Monday, 12 December 2011

baek la sangat

dua orang sahabat karib berbual di kedai mamak berhampiran dengan umah dorang. masing-masing bertanyakan khabar kerana sudah lama sudah tidak bersua muka.

sepet : weyh, cun tak awek aku?

sepat : mane?

si sepet mengeluarkan sekeping gambar.

sepat : ni ke? free hair??

sepet : ye la. yang ni. cun tak? kalo ko cakap tak xun aku cabai mulut ko.

sepat : emm. cun la jugak dari lembu yang atok aku bela.

sepet : mulut ko memang nak kene cabai la. cakap elok siket. awek aku nih.

si sepet  mencebik. tak tahan dengan kata-kata sahabat karibnya.

sepat : betol ape aku cakap. cun siket dari lembu atok aku. ko tengok kaler rambut dye, samekan ngan kaler  bulu lembu atuk aku. nak kaler rambut konon. bajet hot la tu.

sepet : ko jangan pandang dye sebelah mate la pat. walaupon dye freehair, kaler rambut, tapi dye baik ko tau tak..

sepat : ak tak pandang dye sebelah mate la. aku pendang dye dengan spec aku ni hah. ape bukti ko kate dye baek?

sepet : ko tau tak si awek aku nih semayang tak tinggal weyh. sumpah~

sepat : nampak benor tipunya. tak kan lah time dye datang bulan pon solat gak.

sepet : sengal la. awek ko pon tak solat kalu datang bulan. sengek~

sepat : haha. pedan muke ko. so, ape bukti ko cakap yang awek ko nih baek?

sepet : macam yang aku kate tadi la. solat dye tak penah tinggal kot. solehah nyer awek aku. wink wink wink...

sepet membayangkan wajah buah hati kesayangannya. mukenya bercahaya. matanya berkaca. membayangkan kebahagiaan yang bakal mereka tempuh. oh sugguh indah hidup ini jika disamping yang tersayang.

sepat : owh. solehah la sangat awek ko uh. ko tak penah tanye kenape dye tak penah tggal solat?

sepet : ape punye bodoh ko nih pat. kan solat uh wajib. ade ke patot tanye soklan cam budak skolah xabis jer.. bebal~

sepat ; amboi pet, bebal ko bagi kat aku? emm.. baek la sangat awek ko uh. solat leh pulak cakap wajib buat. yang tutup aurat uh tak wajib? bongok~

sepet : erk? tapi dye cakap dye belom sedia agi nak pakai tudung.

sepat : owh. cam tu lak? kalo kat akhirat nati ALLAH nak masuk kan dye lam neraka, ko surh la dye cakap cam nih. " sori la ALLAH, saye belom sedia agi nak masuk neraka."

sepet : erk? tapi dye da cakap kat aku yang mungkin pada umur 30-an dye nak bertudung la.

sepat : haha. tak payah uji akal memang bebal awek ko. skang dye umo bape?

sepet : 23. knape?

sepat : ag tujuh taon la dye nak freehair cam uh? ko cakap kat dye, kenape mesti tunggu 30-an baru nak pakai tudung? tak leh ke kalo pakai sekarang?

merah padam muke sepet. tak tahan lagi dengan cemuhan si sepat.

sepet : lah, sukati dye la nak pakai bile pon.

sepat : memang la. tapi dye yakin ke dye bleh idop sampai umo 30. ntah-ntah lebih awal dari uh.

sepet : ko cakap elok siket. aku sayang dye weyh.

sepat : da kalo sayang nasihat la elok-elok. nak cantik bukan begini caranya. islam tak melarang nak cantik. tapi jangan sampai melanggar syariat ALLAH. peribahasa cakap rambut uh mahkota wanita. tapi biarlah mahkota  itu hanya untuk suami tercinta. bukan untuk si pakwe yang buta. aku doakan korang berbahagia sampai la at depan tok kadi. dan ketika inilah peribahasa itu baru boleh digunakan. mahkota permaisuri khas untuk rajanya.

sepet : ye, betol ape yang ko cakap. mahkota permaisuri untuk rajanya. bukan untuk dipertontonkan. sekarang jugak aku nak pegi beli tudung untuk dye!!

sepat : sekarang kepale ko~ air nih sape yang nak bayar?

sepet : wekk.=P sape yang lambat dye la yang kene bayor.

belom sempat sepat bangun. sepet suda memecut dengan motosikalnya. sepat tersenyum. kadang-kadang hidayah ALLAH itu berbagai cara.

*** *** ***



notakakikilala~
*entry spontan. kalo xbesh mnx mahap lah datuk nenek~

Tuesday, 6 December 2011

sudah tersungkur baru akur

"cilake punya orang." cemuh ajib penuh emosi. kelihatan mukanya merah menyala. tidak tertahan lagi marah didadanya.

"weyh, aku tao la ko tengah panas. ilek r beb." ajiz cuba mententeramkan ajib. dye tahu, manusia mane yang tak marah bila keretanya dicuri. tapi, apakan daya. sume telah berakhir. nasi telah manjadi bubur.

"ko cakap senang ajiz. bukan kete ko yang kene curi. kete aku." ajib mencebikkan mulut. tak puas hati dengan sikap ajiz yang cuba menenangkan dia. "nanti la ko manusia jahanam. kalo aku dapat ko, aku kerat 4 badan ko."

ajiz yang mendengar cemuhan rakannya itu hanya mampu tersenyum.

"weyh jib, sini jap ko." ajiz memanggil kawannya. ajiz dan ajib berkawan rapat sejak di universiti lagi. dorang boleh diaangap seperti aur dengan tebing. kemana sahaja mereka pergi mesti berdua.

"kenapa ko nak kerat manusia uh? xkesian ke kat dye?" ajiz bertanya.

"kesian kepala ko!! wat pe aku nak kesiankan dye. memang patut dye kena kerat. pangai cam babun. xder keje laen ke nak buad hah?" ajib menjawab dengan penuh emosi.

"ajib, ko ingat x 5 tahun yang lalu kite bergaduh pasal ape. ko sanggup putus sahabat dengan aku pasal mende nih." ajiz cuba merungkai kisah lame. dengan senyuman dia melirik wajah ajib.

*** *** ***

(5 tahun yang lalu..)

"aku xstuju dengan hukum hudud. tak kan pasal mencuri pon nak potong tangan. tak ke zalim namenye uh." ajib hempaskan surat khabar di tangannya.

"ajib, cakap leklok cket bleh tak? ni hukum ALLAH. sape kau nak pertikaikan hukum Yang Maha Bijaksana?" ajiz merenung dalam ke mata sahabatnya. mengapa begitu cetek pemikirannya? getus hati ajiz sedih.

dia tahu, mungkin pemahaman ajib kurang dalam hal-hal agama. ini mungkin salah satu sebab mengapa ajib memilih sains politik sebagai bidangnya di unversiti. ajiz hanya mampu berdoa agar ALLAH membukakan hati ajib.

"kenapa kau cakap begitu?" ajiz cuba meminta sebuah penjelasan setelah masing-masing diam dengan khayalan sendiri.

"penjelasan ape lagi? da cukup jelas aku cakap macam uh. cuba ko pikir, kalo lah tangan dipotong, ape yang ko bleh buat? nak makan pon susah la." ajib menjawab berbaur emosi. ah, ajib memang begini. getus hati ajiz.

"memang la. tapi ini hukum tuhan. ko xboleh nak pertikaikan. ape ke? mengape? tu sume keje tuhan la." ajiz membalas dengan lembut.

"ko tak kesian ke tengok orang yang kene potong tangan uh? xkesian?" tanya ajib berasak-asak.

"besar sangat simpati ko kat pencuri uh."

"memang simpati yang patot diberikan kepada mereka. bukan hukuman." tegas ajib. "sepatutnya kita kena bagi dorang kerja. bantu dorang cari rezki yang halal. bukan hukuman yang boleh menjejaskan hidop dia." sambung ajib tanpa melihat ke muka ajiz. 

"ko telah tolak hukum ALLAH sahabat." teguran itu lembut kedengaran di telinga ajib.

"tuhan bagi kita akal suruh befikir macammane nak buat hukum yang munasabah. hukum ALLAH patot diubah mengikut kesesuaian masa dan peredaran zaman." 

"aku nak cakap kat ko bahawa kita ni hanya hamba. analoginya begini. logikkah kita membuat undang-undang untuk majikan yang Maha Bijaksana sedangkan kita nih hanya orang pekerja bodoh? patotkah hukum majikan diubah? diamana perginya kuasa majikan uh? bukankah ALLAH itu Maha Berkuasa?" sedikit tinggi suara ajiz.

"da la. penat la aku cakap ngan ko. cube ko bayangkan kalu ko yang kene potong tangan. mampu lagi ke ko nak teruskan hidup?" ajib sudah naik muak dengan sikap ajiz.

"aku sanggup jika itu menyampaikan aku kepada redha ALLAH." jawab ajiz tenang.

"golongan agama memang begini. da la~ tido ah.." ajib da mula berang.

"ko jangan lupa. ko, aku mahupun sume atas dunia nih mulia kerana islam. jangan nak salahkan benda yang betol jika yang ko pikul uh benda yang salah. kebenaran memang pahit, walaupon ia disusun dengan ayat yang indah." ajiz melangkah pergi. dia yakin suatu hari nanti kebenaran itu muncul jua.

*** *** ***

"kau da berubah sekarang." ujar ajiz tiba-tiba.

"ape yang berubah?" ajib tertanya-tanya.

"kau telah menerima hudud." suara ajiz sedikit sinis. "ko tak simpati ke kat pencuri kereta ko uh?"

"bukan tak simpati, tapi..." ayat ajib tergantung disitu. tidak mampu untuk diteruskan.

"tapi terasa dizalimi? dikhianati? terasa sakit bukan?" ajiz cuba meraih emosi ajib.

"hudud bukanlah sampai kerat empat. itu pun hanya apabila dilakukan siasatan yang teliti. hudud bukan untuk menyiksa apatah lagi menzalimi masyarakat. tetapi sebagai didikan kepada orang laen bahawa perbuatan ini adalah haram dan secara tidak langsung mengundang ketakutan untuk melakukan perkara tersebut. sistematik kan hukum ALLAH?" sebuah pertanyaan dengan nada sinis.

"kalo ko dapat pencuri uh, ko xnak bagi kerja ke kat dye? bantu la dye mencari rezki yang halal." sambung ajiz. memulangkan paku keras kepada ajib.

"da kalo pangai babun, bagi la keje pape pon babun la jugak." ajib menjawab perlahan. merah padam mukanya.

"jangan apabila hak ALLAH dicabar kita diam. tetapi jika hak kita dicabar kita marah. jangan apabila perkara ini belaku kepada kita baru kita sibuk menjilat kembali ludah kita. jangan akur selepas tersungkur. hanya sesalan yang menyusul." ajiz berjalan meninggalkan ajib. alhamdulillah doanya dimakbulkan.



syariah law is beautiful and fair









entry panjang: aku kopi peyh je la heh. xder modal..

sebuah pesanan bermula.. tutt~ (tetibe jer.. haha..)

ayah ; along, tahniah sebab along dah lulus temuduga. now, welkem to da club. selamat menjadi seorang jurutera.

along ; okey ayah. tengs ya !! (buad muke bangge)

ayah ; sebagai seorang ayah, ade sedikit sebanyak pesanan ayah untuk along. alah base la. nak basuh cket sebelom masuk keje. em, along ingat tak kisah pasal ikhlas?

along ; kisah mane ni ayah?

ayah ; okey, mungkin along lupe kot. base lah. bapak borek, anak rintik. da kalo ayah pon pelupa, mesti anak pon terikut skali. ye dak? haha.

along ; =.="

ayah ; okey, ayah da nampak along wt muke muak. ayah tak suke, tak suke. ceni, kisah ni diriwayatkan oleh Imam Ghazali dalam kitab Ihya' 'Ulumuddin. ingat?

along ; em. xbpe nak ingat la. ce cite. cam best jer nih.

ayah ; ceni, kisah dia stat bile ad sorang lelaki soleh tau yang kat hujung kampung dia ada sebatang pokok yang bapak besar jadi sembahan penduduk kampung dia. hah, ayat ayah cam keling kan? xpa xpa, ayah susun leklok jap aek. oke, pada zaman dahulu, ada seorang lelaki yang soleh dan kuat beribadat kepada ALLAH tahu yang kat kampung dia uh ada sebatang pkok yang menjadi sembahan orang kampung. pahtu laki ni pon dengan semangat amek kapak untuk pegi tebang pokok uh.

along ; besar ke kapak dye ayah?

ayah ; besar la kot. mne la ayah tau. sambung balik cite tadi. dalam perjalanan uh, sekoq setan ni pon menyamar jadi sorang lelaki. setan uh menghalang lelaki uh dari menebang pokok uh. oleh kerana setan uh tahan dye, maka lelaki uh pon gaduh la ngan setan uh. round fes dorang gaduh si lelaki soleh uh menang. pahtu si setan uh ajak fight ag sekali. kalah jugak. tak puas ati ag si setan uh. dye pon ajak fight sekali ag. kalah jugak.

along ; alahai.. persetan tol setan uh. pah2 ayah cane?

ayah ; pahtu lelaki soleh uh pon meneruskan perjalanan untuk menebang pokok besar uh. tapi kali ni si setan uh tukar strategi. dye berjanji kat lelaki soleh uh untuk bagi satu dinar emas agar lelaki uh tidak menebang pokok uh. dipendekkan cerita si lelaki uh termakan hasutan si setan uh dan balik la beliau dengan tidak menebang poko tersebut.

along ; uit, ayah tertinggal 'k' la kat ejaan pokok kat atas uh. haa~ kantoi xpndai mengeja. kih kih kih..

ayah ; adohai~ mulut along tak der brek eh? laju jer cakap ayah xpandai mengeja. ikot perangai mak kamu la nih. huh. nah, ayah betol kan. pokok. tak cukup agi? ayah bold kan pulak. POKOK. hah, tengok sampai lebam !

along ; amboih ayah. kalu perangai buruk ja cakap ikot perangai mak. bapak borek, anak rintik la ayah~

ayah ; =.="... da da, sambung balik cite tadi. pada keesokan hari, bila bangun ja dari tidoq si lelaki soleh uh pun tengok bawah bantal. perghh~ memang ade la weyh sekeping dinar emas. memang tak percaya. terbaek ah. amat la suka hati si lelaki uh. tak sabar rase hati si lelaki uh untuk menunggu hari-hari yang mendatang. eceyh, ayat novel. pahtu pada hari kedua uh, lelaki soleh uh bagun ja tidoq terus angkat bantal. pergh~ ade jugak. si setan uh memang telah menunaikan janji dia. bagus la setan nih.

along ; tak yah duk puji sangat la ayah oi~ da kalu namenye setan, setan la jugak.

ayah ; betol kata along. da kalu namenye setan, setan la jugak. pada hari ketiga uh si setan tak letak dinar bawah bantal. bila jer lelaki uh angkat bantal, kosong. tak der pape pon. apabila bila dia sedar bahawa dia ditipu, dia bergegas amek kapak uh dan terus menuju kearah pokok besar uh. niatnya hanya satu. TEBANG !!

along ; pergh~ semangat uh.

ayah ; dalam perjalanan, si setan uh menyamar jadi lelaki yang same sebelom nih. dia cuba menghalang lelaki uh. berlaku lah pergelutan antara lelaki soleh dengan setan uh. namun pada kali nih lelaki soleh uh kalah. round 2 stat, kalah gak. ceh, xleh jadi nih. lelaki soleh uh nak lawan lagi, tapi tetap kalah. oleh kerana terkejut dengan realiti itu, lelaki soleh uh bertanye kat setan. ape yang telah berlaku? kenapa dia kalah sedangkan sebelom nih dia boleh mengalahkan setan uh dengan mudah. along tau ape jawapan setan uh?

along ; xtao. ape ayah?

ayah ; jawapan dye senang jer. " engaku kalah kerana kali ini niatmu bukan lagi kerana mencegah kemungkaran dan kerana ALLAH, tetapi kerana dinar emas". lelaki itu mengaku bahwa dia menjadi lemah kerana niatnya sudah tak ikhlas.

along ; owh, ape ketan ngan situasi saye sekarang nih?

ayah ; kaitan nya ialah buad la kerja ngan ikhlas.

along ; tpi ayah 2 cerita lame. dah xder da setan menyamar jadi manusia. dah xrelevan dah cite nih.

ayah ; sape cakap xrelevan? masih ada ag setan cam uh. tapi bukan setan yang berupa manusia, tapi manusia berupa setan. konsep kerja dorang cukup mudah. "hadiah bukan rasuah".

*** *** ***

lihat, apekah perkaitan pesanan tentang ikhlas dari sang ayah kepada anaknya yang bakal menjadi jurutera? 

satu analogi yang mudah, seorang jurutera diamanahkan untuk memeriksa dan membuat laporan pasal sebuah projek mega untuk sebuah syarikat. pada hari pertama pemeriksaan, jurucakap syarikat tersebut telah memberi sepucuk surat sebagai 'hadiah' dari pihak syarikatnya. didalam sampul tersebut terdapat wang yang mampu membutakan mata hati yang telah rabun. alasan mereka senang, bukankah juga nabi pernah menerima hadiah dari seseorang?

syaitan memang kreatif, macam-macam tipu dayanya kepada manusia. bagi sesetengah pihak, mereka tidak menggunakan istilah rasuah, tetapi menggunakan kerjasama. orang sudah tidak menganggapnya buruk. malah untuk melancarkan urusan.

berbalik kepada analogi tadi, mereka memberi sedikit, tapi mengambil banyak. nanti dia akan tipu ukuran pembinaan, kadar bahan mentah, upah pekerja dan macam-macam lagi. jika orang yang diamanahkan pon dah masuk jerat, senang la mereka nak buat hal. I bekap U, U bekap I. itulah maksud kerjasama yang dikatakan.

jadi, tidak peliklah jika zaman sekarang ada yang buat stadium tapi runtuh. buat lebuhraya tapi retak. buat bangunan tapi tak kukuh. semuanya bermula dari satu asas yang susah dicari. IKHLAS.

*** *** ***

ayah ; nak dengar cite ag tak? juga pasal ikhlas.

along ; em.. bleh gak uh.

ayah ; cite berlaku ni pada nabi ALLAH Nuh A.S. pada hakikatnya nabi Nuh adalah seorang jurutera. hal ini dibuktikan dengan adanya bahtera yang telah dibuat oleh beliau. 

along ; ape kaitan bahtera Nuh dengan ikhlas?

ayah ; ceni, ingat tak nabi Nuh ialah salah seorang daripada nabi ulul-'azmi. telah beratus-ratus tahun beliau berdakwah. tapi hanya ciput jer dari kaum beliau yang beriman dengan apa yang dibawa oleh beliau. segala dugaan telah dia lalui. penghinaan, cacian, maki hamun. semua sudah dirasa. malah diaanggap gila kerana membuat bahtera dia atas gunung yang jauh dari pantai dan sungai. bahteranya pernah dikotori najis-najis kaumnya. betol tak apa yang ayah cakap nih?

along ; betol, tapi along masih tak jumpa ape perkaitan bahtera Nuh dengan keikhlasan.

ayah ; (senyum) okey, bila saja ALLAH menyuruh Nabi Nuh membuat bahtera, beliau dengan bergegas membuat bahtera. denga rasa ikhlas dia membina sebuah bahtera diatas bukit. dia tahu bahwa dia hanya hamba dan ALLAH itu adalah Maha Mengetahui. hingga sekarang bahtera itu masih elok. kamu pernah dengar dindingnya retak? atapnya bocor? zaman sekarang laen. stadium tak sampai 2 tahun, dah runtuh.

along ; owh. baru along paham. (muka da berseri-seri)

ayah ; ayah saja mengingatkan. ikhlas lah dalam bekerja. teladanilah Nabi Nuh. bukan sahaja ada kepakaran, tetapi juga kejujuran. dialah jurutera yang sejati. tidak makan pujukan mahupun ejekan manusia. cuba along bayangkan macammana Nabi Nuh menghadapi ejekan kaumnya.

(masing-masing terdiam.)

ayah ; manusia sekarang laen long. mereka hanya tahu, tapi tidak sedar.

along ; O.o??. maksud ayah?

ayah ; mereka tahu rasuah itu haram, tapi mereka tidak sedar bahawa benda yang mereka buat uh balasannya neraka. na'uzubillah..

along ; erk?? owhh~ 


notakaki:
-diubah suai dari buku BEDUK DIKETUK, pahrol mohd juoi, april 2011, telaga biru sdn. bhd. (betoi x ak wt reference? ikot A.P.A system x?? haha..)
--entry terpanjang setakat ini.


'ketukan yang membawa kesakitan'
sape kene ketuk, dia la yang rasa sakit
sape mkan cili, dia la rase pedasnye








Friday, 2 December 2011

lelaki ini...

ada sebuah kesah..

lelaki ini belum pernah merasakan kasih sayang seorang ayah. ayahnya yang tecinta meniggal dunia ketika dia masih lagi dalam kandungan. namun ia tidak sedikit pun menjadi batu penghalang untuk menjadi seorang ayah yang teguh dalam kasih terhadap anaknya.

lelaki ini ditinggalkan ibunya ketika masih kecil. belum puas meneguk kasih ibunya. namun itu tetap takdir. siapakah yang mampu menahan taqdir ini??

lelaki ini menggigil ketakutan apabila didatangi oleh malaikat. lalu diminta untuk diselimutkan oleh isteri tercinta.

lelaki ini pernah dikatakan gila apabila mengatakan bahawa ALLAH itu Tuhan Sekelian Alam. pernah juga dilontar dengan batu hingga patah giginya ketika dalam medan perang.

lelaki ini rela meninggalkan kampung halamannya demi mencipta sebuah tamadun yang beriman kepada ALLAH. juga menjadi seorang pemimpin sebuah negara yang berbilang bangsa. namun kita tidak pernah mencontohi politik beliau.

lelaki ini gigih menyebarkan kebenaran. mengatakan bahawa tiada yang  berhak disembah melainkan ALLAH.

lelaki ini seorang yang buta huruf dan dan tidak pandai menulis. namun apabila berbicara kata-katanya disinari dengan nur ilmu dari ALLAH.

lelaki ini pernah bertahajjud sehingga bengkak kakinya. walaupun dia tahu bahawa dirinya sudah menjadi ahli syurga.

lelaki ini diejek dan dihina ketika dia mengatakan dia diisrak dan dimikrajkan oleh ALLAH dalam satu malam. semua manusia menidakkannya. namun kata-katanya dibenarkan oleh sahabat karibnya.

lelaki ini tidak meniggalkan harta dan kemewahan kepada ummatnya. namun hanya ilmu yang dapat diwariskan.

lelaki ini tidak pernah berputus asa dalam menyampaikan dakwahnya. dia yakin bahawa Tuhan bersamanya.

lelaki ini sangat lembut bicaranya sehinggakan cahaya hidayah itu mengalir melalui kata-katanya.

lelaki ini mengerang kesakitan ketika ajal menjemput. namun ia masih lagi mengingati ummatnya.

lelaki ini amat menyayangi ummatnya sehinggakan ia meminta agar segala azab sakitnya sakaratul maut ummatnya ditimpakan keatasnya.

lelaki ini, ketika malaikat maut datang menjemput untuk kembali kepada kekasihnya, dia bertanya tentang hak ummatnya.

lelaki ini adalah seorang pejuang agama. seorang Mu`allim yang terulung. seorang Muaddib yang unggul.


*****


semestinya kalian tahu siapakah lelaki ini kan? lihatlah betapa kasihnya dia kepada kita. namun sekadar manakah balasan kasih yang telah diberikan? 

bagaimanakah kita menghayati perjuangan dan pengorbanan Rasulullah kepada kita? ingatlah, tanpa kesabaran dan pengorbanan yang dicurahkan, kita tidak mampu menikmati islam pada hari ini.

sebelum TIDO muhasabahlah seketika.


"bukanlah dari kalanganku bagi sesiapa yang tidak mengamalkan sunnahku" 
-mafhum hadith


Allahummasolli`ala sayyidina Muhammad..


Muhammad S.A.W dihati kami


"lelaki ini yang selalu mencintaimu, selalu... tanpa ragu."




notakaki:
*renung dan hayati cinta Rasullah kepada kita.
**aisha, nah entry yang lu nak. tengok tido uh.. wa da bold. kire ade ketan gak la ek.. hehe.. =p
***jayakan kempen cintakan Rasulullah!!

Saturday, 26 November 2011

Bebellog #1

assalamualaikum.. dan selamat malam. ape cer orang kite? sidang readers yang di hormati. para juri yang arif lagi bijaksana. penjaga masa yang setia bersama dengan jam xder battery keramat beliau. dan juga sidang pendengar hadirin hadirat sekelian.

insya-ALLAH saya pada hari ini akan menyampaikan syarahan yang bertajuk.. APE PON TAK BOLEH..

*pang!! (bayangkan: kene penampar) weyh semabal... ape ko engat ni dewan parlimen ke nak bagi syarahan. WTF~

oke, awak tahu tak yang saya da lame tak hapdet belog nih?? tahu tak?? saya harap awak tahu. bende ni berlaku sebab awak. saya harap awak faham apa yang saya rasa sekarang. saya perlu kan awak sekarang.. plis~~
*ayat gersang jer aku ase... haha.. sengkek~


dah2... ak da nek muak cakap saya-awak ngan korang. nampak tak mate aku da membulat-besar-cam-perut aku nih. nampak? bagus.. nampak sangat korang kelentong aku. perut ak mane ade bulat.. hoho.. (besar uh ade la..)

so,ak tak tahu nak taip ape dalam entry nih. tu pasal belog ak da nek semak. tapi kire oke jugak la kan nek semak. harap kan follower nek, harapan je la. HUH!!

da panjang ke entry aku nih? xcukup ag ek? adoyai. nak tulis ape agi nih... idea tak de. sumpa tak de. aku tak tahu nak merapu ape. ade jugak aku kopi pes entry orang len, pahtu post kat belog aku. market jugak kalo cam uh kan?? haha.. sengal~

aku ade jer cite bes nak kongsi-mongsi ngan korang. kisah aku g BTN, kisah awal tahun baru hijrah la, kisah aku g holiday sakan la. banyak la jugak. tapi masalah sekarang ialah nafsu bebellog aku kureng siket. aku pon tak tau macamane gejala nih bleh melanda diri aku. puas ramalan aku buad. tapi sume hampeh. hadoi~

dah.. da panjang koyt entry aku. so, gerak lu. ape gune wat entry panjang2 tapi takder orang bace. tak ke malu name nye uh. ok bhai, babai dan asssalamualaikum..



ade iras-iras x muka aku ngan dye?? haha =P

Sunday, 9 October 2011

SEMAK itu SENI

sebuah citer pon bermula.....


oke, sebelum ak melalot lebih jauh, izinkan ak bagi salam lu. Assalamualaikum oke, da nmpak da salam aku??? so kalo nmpak, harusla korang jawab kan. dan selepas korang jawab salam aku, ak nak cakap kat korang yang . . . . . . aku da hapdet belog aku.. kehkehkeh... *(muka teruja)

skop lalutan (kata dasar-MELALUT) aku ari nih ialah sebuah pertanyaan. jadi jika wujud disana sebuah pertanyaan maka haruslah ada jawapan. konsepnya same jer ngan kentut. jika disana adanya kentut maka secara otomartik ada bunyi. tapi tang aku xleh blah bila dye ajak skali si bau uh datang. peh~~ terbaek la. nak pulak baru jer makan nasi lauk telur kicap. maka, NI MAKAN DYE!! *(sambil cuba hayun kaki kencang-kencang kat kepala)

berbalik kepada perbincangan kita (sangat lah hai~). sebagai contoh pertanyaan ialah, "awak apa khabar??". jadi jawapannya haruslah "khabar baek". ataopon "alhamdulillah baek..". jadi, agak bengong bagi sesiapa yang jawab " saya da makan da tadi. terima kaseh la ek.". nampak tak kelarian skop pertanyaan uh? nampak tak semabal ayat dye uh? nampak? tak? sah rabun.. keh keh keh...

untuk soklan yang lebih mencabar, korang bleh tanye pasal status seseorang. oke, contoh yang mudah ialah, "awak da kawen ke blom?"  untuk menjawab soklan nih, banyak step yang perlu korang ambil. antaranya seperti berikut :

1. jika korang ditanya di tempat awam seperti kawasan rekreasi ke hape ke, fes skali korang kene cari bini orang yang paling cun kat situ. nk lebih afdhal yang ada suami kat sebelah beliau.
2. pergi dakt sket ngan awek uh ph2 baru la korang jawab soklan tdi. contoh jawapan.. "saya da kawen da. ni la bini saya. cun x?"
3. bersedia untuk kene pelempang.
* nota kaki: jgan pegi selagi korang belom kene pelempang dan ayat nih, NI MAKAN DYE!!


_____________
NOTAKAKILAGI
*korang xpham kan ap yang aku tulis?? oke la, normal la uh. sebab aku pon xtao ap yang ak tulis.. bia pi dia laa~~~
*nak berjinak-jinak balik ngan blog. belog ak da jadi semak da pon.
*INI TESTI(NG POST!!

Sunday, 7 August 2011

tour 2 lib negara

assalamualaikum. ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAIYYIDINA MUHAMMAD. rasanya belom terlambat aku nak ucap selamat menyambut ramadhan kareem buad korang. oke, perenggan satu abes!!

setelah berfikir panjang lebar, maka aku buad keputusan untuk menghadpet blog aku yang da naek semak nih. da lame rasenye ak xhapdet. nafsu ku yang bergelora sebelum ini menjadi gersang bak ikan keli kelaparan kaseh sayang. menanti dibelai dan terbuai. dan semestinya ingin hidup yang lebih indah.. (oke, ak da stat mengarot!!)

sebenarnya aku nak bagitau korang sume yang aku g perpustakaan negara. nah, amek ko. x nmpak ag?? PERPUSTAKAAN NEGARA. niat aku satu, mencari maklumat syiakhuna Ibnu Khaldun untuk tugasan kertas kerja pendek ataopon nme manje beliau KKP. ini adalah salah satu bukti menunjukkan bahawa aku adalah student yang rajin. NOKTAH!!

ari nih ak nak cite sal ak pegi lib (baca:perpustakaan) semalam. kisah bermula bila kawan aku ajak join grup dorang pegi lib negara. aku yang sedang agak kering serta gersang fulus ini hanya mampu mengatakan "nti la aku pkir dulu". 

******

demi meraikan hati sahabat, aku rela kan jua walaupon fulus aku hanya tinggal doploh sen dalam dompet. baek x aku? sila angguk kepala laju-laju. kitorang gerak dari ipg pkul 9.30 walaupon perjanjian dibuat pada pukul 8.30. alar, base la. melayu kan mudah lupe.. haha.. :p naek teksi pegi ke KTM UKM dan bergerak ke BTS.

ringkasan....
9.30 : gerak ke KTM UKM 
9.45 : naek KTM pegi BTS
10.00 : naek rapid KL pegi titiwangsa
10.lebey2 : smpai titiwangsa, tggu member qadha` hajat n bergerak ke lib negara
11.00 : sampei lib negara. KHALAS!!

******

da bace ringkasan? ak wt cm2 sebab aku malas nk cite panjang-panjang. wat letih jer. kan lebih senang wt ceni. asalkan motif sampai.. (ayat pmalas la nih..) haha.. :p

oke, sampei jer kt lib, aku pon g r jumpe akak yang jage kaunter pertanyaan uh. aku pon tanye,

"salam kak, nak tanye bleh? akak da mkan lom??"

"wassalam. akak da makan. adik da mkan lom??"

"harus la saye da mkan. saye kan xpose. harhar."

"owh. adek da awek?? ensem la awak. berkenan akak."

"ohmakkao~ saye tau saye tau saye ensem. xperlu kot akak nak puji lebih-lebih."

"awak, saye nak wt awak jadi laki saye bleh x??"

"sori kak, saye layan doktor jer."

*jgan bace dialog diatas, sume nye tipu.. haha.. :p

haha.. ceni, ak tanye akak uh buku yang berkaitan ngan Ibnu Khaldun. pah2 akak uh ckap la buku uh duk kat rak sekian, baris sekian, nombor sekian dan bla bla bla.. (juga ayat org pemalas... )

ak gerak ke tmpat yang ditunjuk. dan alhamdulillah, ALLAH memberi kesenangan kepada aku. sampei jer kt temapt uh, kawan aku ckap ade sorg budak ipg aku wt assgment same ngan aku. so, ak ngan muke macho pon pegi la tekel ckap kat dye nak pinjam buku. tapi dye uh agak kuang asam. dye ckap,

"ko nak hape hah??

"uit, ilek r. xkan marah kot. aku nak pinjam buku ko leh??"

"peh, manyak cun muke ko. pegi cari sdiri la."

"uit, mmang ak cun pon. tengok kaki r ade bulu ke x."

"wekk. ko mgaku jer doy. blah r. ak nk wt keje."

"ade aku kesa ko nk wt pe?? ak nk buku ni." sambil amek buku uh.

"weyh, kuang diajar ko nih. bak balik buku uh." cube merampas buku. aku pon lari la dalam lib uh. cilok sane cilok sini. tapi si awek uh semangat jer kejar ak. aku xde hal, aku pecut jer. aku lompat dari meja ke meja lain. dye lak xmo kalah ngan aku. dye amek buku pah2 baling kat aku. alah, setakat buku, elak sambil korek idung pon boleh. 

bile dye tengok aku dengan selamber poyo elak serangan dye, dye hangin satu badan. dye mngamok kot. dye pon bertukar jadi super saiya. alar, macam cite dragonball uh la. tpi rambut dye tak terpacak la. kalo terpacak harus nmpak rambut. bile nampak rambut konpem dose bab aurat.

*oke, aku menipu dan harus korang kene tipu. ye dak?? haha..

 abaikan cite atas. lpas aku ckap aku same tajuk ngan dye, dye pon ckap amek la. cyap sembang ag ngan aku. tapi tang xleh blah dye tau name aku. ohmakkao~ baru aku tau ak nih glamer. mungkin sebab hensem kot.. lalalalala~~

******


pah2 ktorang kuar dari lib pkul 4. terus ke masjid jamek. solat asar then terus ke mydin ntok memborong. lepas uh kitorang gerak ke kenny rogers ntok breaking fast. tapi mmandangkan aku nih tengah gersang, ak pon amek alternatif beli nasi bungkus pah2 makan kt KR (jumhur ulamak bace ; kenny rogers.. haha.. ) 

tapi yang aku sedih nak mampoih bile ak tengok muke kengkawan aku tyme nk order. almaklum la elaun xmasuk ag, so harus la dorang pon gersang sme cam aku. haha. naseb baek aku da rembat nasi bgkus. kalo x konpem aku pon same cm dorang. oke, ini pgalaman baru berbuke kat KR. giler !! nak maghrib pon pasang lagu bukan-bukan. damn damn damn!!

ph2 balik ke msjid jamek n blik ke IPG. tapi dugaan sekali ag bile kami terkandas kat BTS dekat ngan TBS. huh, aku tengok awek-awek da buad muke muak. haha. dipendek kan cite sang awek-awek sume selamat sampei kat IPG pkul 11 mlam. ktorang yang lelaki nih tggu si tren yang terputus kabel uh baik. n alhamdulillah selamat sampei kat ipg kul 12.30. 

dan kesimpulannya ialah kami xsolat trawih semalam.. huh!!

oke, sekian dan babai~~


tggu grup solat *muke muak


masjid jamek

budak jumud xpenah datang lib.. haha..


gmbar ahli rombongan


lme ak tggu.. snap pic upenye.. huh!!

bile terkandas..


peace walaopon terkandas



notaibujarikaki
*saje taip entri pnjg2, sebab nk lepas gian. da lame kot xhapdet.
*sori, gmba blur. kamera nset jeh.
*kredit 2 AJ ntok gambo. tahniah~~

Sunday, 3 July 2011

menunggu satu penyeksaan

di pagi hari minggu yang hening, hujan  turun membasahi bumi. damai. mengantok mula menggoda mate. ohh~~

*****

pukol 10.53 pagi..

Yidin : weyh, awek kelas aku nak kuar nih. ko ade nak kirim bende ke??

Mey : emm, sape uh?? aku nak kirim salam bleh??

Yidin : baek punye jawapan. dye cakap da beli smalam. sekali ngan tong sampah. dye nak masokkan hang dalam uh. NOKS!!

Mey : haha. ilek la weyh. asai emo sangat kot. datang bulan ke? kehkehkeh...

Yidin : malas aku layan ko. xder pekdah. huh!!

kemudian mereka menyambung balik aktiviti maseng-maseng. Qemey sambung lyan fb. yidin pulak ngan nset ye. alah, tengah mesej-mesej lettew~~..

Mey : weyh, ko xingat ke yang kite belom bekpes ag ari nih??

Yidin : a'ahkan. yela. aku lupa la. kite belom bekpes ag ari nih. da la semalam makan megi jer. perot aku pon da kuar lagu maher zain dah ni.

Mey : hamboi ayat, bombastik sakan. yela aku tau la kau uh cikgu pendidikan islam. maher zain jer ko layan..

Yidin : haha. ade ku kesa? so, kite nak buad cane nih?

Mey : alah. ape punye soklan la ko. suruh la si awek uh belikan nasi. gune duit dye dulu. ps2 kite bayar la.

Yidin : a'ahkan. xsia-sia aku dapat kawan cam ko. da la hensem. bijak lak uh.

Mey : V_V.. * bangga..

*****


pukol 12.10 tgah ari..

Mey ; weyh, mne awek uh nih? aku da lapar tahap cipan beranak kemba dah ni. lame kot aku tunggu.

Yidin : laa. ilek la. dye cakap sat g sampei la uh.

Mey : tapi ak da lapar sangat da ni.

Yidin : ko pergi la masak megi. ko kan banyak stok megi. hadoyai.

Mey : weyh, bijak gak otak ko. biarpon muke cam mangkuk tandas, tapi otak geliga la jugak. haha.

Yidin : lahanat tol.. =.="

*****

pukol 4.05 petang..

Mey : weyh, mane awek uh hah? da jenuh aku tunggu nasik aku.

Yidin : ape ko hengat ko sorang jer yang lapo. aku pon lapo gak weyh. perut aku nih da macam mesin kayu jer bunyi. haru tol.

Mey : tao pon ko. abes perut aku bukan setakat mesin kayu. da macam enjin lori jer bunyinye. T.T

Yidin : da, kite g solat lu. pasni pulak kite tunggu. hadoi.

*****

pukul 6.01 petang..

Yidin : da jom. dye da balik. dye da mesej pon kat aku nih.

Mey : emm, naseb baek wujud agi nasik aku. kalo tak, memang aku bakar maktab nih. hadthoyai..

*****

korang boleh bayang betapa seksa aku menunggu bekpes aku?? opss sori. bukan bekpes, bahkan breakfastlunchdinner. seksa aku menunggu weyh... hadoi!!!


 beskan kalo aku bekpes ngan mende nih?? wuwuwu~~



*rindu akan beliau diatas nih.. wow!!



 nota
*da kebulur aku xmkan nasik.. wuwuwu~
*maseh sebab tolong belikan aku bekpeslunchdinner.. huahuahua..
*aku post 2 entri la hari ni.. vavava~~..

Saturday, 2 July 2011

babak ketiga ; # puteriku..

puteriku, aku tersentuh bila ramai dikalangan kalian gugur di tangan kumbang. sedarlah sayang, dirimu untuk suamimu. bukan untuk temanmu.

puteriku, aku meratap bila kalian lebih suke melempiaskan kecantikanmu. jagalah ia, kerana ia adalah mahkota buat dirimu.

puteriku, aku diruntun kesedihan bila melihat malumu semakin pudar. dari masa berganti masa. hari ke hari dan seterusnya. dimanakah ia wahai ibu kepada anak-anakku? teguhkanlah malumu..=)

puteriku, sekali lagi jiwa ku terusik bila melihat kalian lebih suka mengamalkan adat kebaratan dalam berpakaian. adakah kalian akan menjadi jumud jika berpakaian baju kurung? ketahuilah, dengan pakai baju kurung korang akan lebih manis-cun-gah-meletop-mantop-pergh... fuh~~

puteriku, jangan kau ghairah dalam mengejar nafsumu. bersederhanalah dalam berpakaian.

puteriku, aku merindui wanita seperti ummul mukminin Khadijah. rela menafqahkan harta demi perjuangan suaminya.

puteriku, aku merindui wanita seperti ummul mukminin `Aisyah. bersikap matang walaupun masih muda.

puteriku, aku masih menanti seorang wanita yang akan mewarnai dunia ini dengan cahaya kebahagian.

puteriku, aku masih sabar menunggu dunia ini dikurniakan wanita setaat Fatimah.

puteriku, dirimu adalah permata. berhati-hatilah kerana permata adalah kegilaan semua manusia.

puteriku, sedarlah KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA.. =)


woot2~~ cun macam paksdare.. V_V



random:
# 'ku' diatas tiada ketan ngan luqman rahim.
# giler minat awek pakai baju kurung. =)
# hapdet pde pkul 4.03 pagi.. *semangat..*
 # entry nih xder ketan ngan sesape oke. juz nukilan si mamat mamai..

Friday, 1 July 2011

babak kedua: # rindu itu nikmat

assalamualaikum dan selamat malam. ape cer sume?? chat?? ade yang sakit ke?? oke, aku arap korang sume chat wal afiat. jangan notti oke. allahumma solli ala saiyyidina Muhammad.

skang aku tengah ada depan leptop buruk. tengah pikir ape mende yang aku nak tulis untuk entry minggu nih. em, bagi aku mase untuk aku pikir jap ek. emmmmm......... alamak! xder idea la beb. da puas aku tunggu. beliau belom gak datang. hadoh !!!

oke, ceni la. dalam entry nih aku nak melalot jer. sesape yang x suke bleh klik kat simbol pangkah di bucu kanan dan sambung maen fb yang tergendala. dapat?? jelas??

aku nak tanye korang bleh? boleh ek. ceni, korang penah tak korang rase rindu yang amat sangat? tak kire la korang rindu kat sape pon. kat awek ke, pakwe ke, ayah ibu ke dan sebagainya. mungkin korang penah kan? alah, tipu la kalo x pernah. kalo yang tak pernah uh terima la hakikat yang korang uh cacat. xder unsur-unsur rindu. haha..
(sile bukak tingkap luas-luas pah2 terjon.. haha..)

jadi, apekah aktiviti-aktiviti korang sekiranya rindu uh mengamok?? mngkin ade diantara korang lebih suke menyendiri dan xbanyak cakap. ade yang akan buat ape yang dorang suke. contohnya, hobi dorang korek idung. so, bila rindu uh datang dan mengisi segenap ruang didada mereka, maka dorang akan korek hidung dorang dengan rakus. haha. gile siot aku punye ayat. loya kott.. uwek~

oke, itu mungkin pada setengah masyarakat dunia yang suke korek idung. bagaimane lak kalo yang suke drive kete sambil berdiri. termasok juga membetolkan urat dagu yang terseliuh. amat-amat mengharukan. jadi aku sebagai bakal pemimpin dunia pada abad ini akan menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang oleh dilakukan jika seseorang itu ditimpa perasaan rindu. korang nak tahu apekah itu?? sile pergi ke perenggan seterusnya...............

oke, aktiviti yang aku cadangkan ialah BACE AL-QURAN. ini siyes oke. xder satu pun rindu yang lebih agung dari merindui tuhanmu. so, bacalah ayat-ayat cinta dari-Nya. kerana didalamnya terdapat 1001 bahkan lebih penawar. tak perlu lagi korang bersedih jika rindu itu datang. seterusnya, yakinlah bahawa RINDU ITU ADALAH NIKMAT. =)


"bila selangkah kau rapat pada-Nya, seribu langkah Dia rapat padamu.."



notakakikudung:
*mood berblog kurang..=(
*xder modal nak hapdet blog
*tido lagi best
*motif : rajin-rajin lah bace quran

Saturday, 18 June 2011

babak pertama: # semangat yang hilang

assalamualaikum. alhamdulillah. selawat dan salam keatas Nabi Muhammad s.a.w dan juga para sahabatnya yang diredhai, serta para pengamal sunnahnya. alhamdulillah sekali lagi gua mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada ALLAH kerana walaupon semangat ini sudah hilang, namun dia masih lagi meniupkan roh islam dan iman didalam diri ini. adakah gua masih lagi tidak mahu bersyukur? oke, intro yang agak tunggang langgang...

jadi, hari yang dahulunya ditunggu-tunggu sudah hampir menjelma. jika dulu gua rase cam semangat nak mampos jer menuggu hari tersebut. tapi kini da hilang bagai harimau disampuk buaya. (ade ketan x ni??) jika dulu gua rase cam tak sabar je nak duk diamdiamdimejaph2blajaph2kalomengantokguatido tapi skang kesabaran gua teruji bila semangat gua yang taff(lah sangat) seperti body gua ni hilang. hadoi. T.T

dalam hati gua memang nak pegi tapi da kalo name anak bongsu a.k.a anakummiyangcomel+kiut+hensem+terunameletop memang tak leyh tahan la kan. korang cube bayangkan, jika dulu gua hanya perlu bangun pada pukul 6.30 pagi ntok solat subuh. kini kene bangun tepat pada waktu azan subuh berkumandang. pergh! dalam sekelip mate je suasana berubah korang tau x? nak pulak bangun pagi-pagi kene mandi sebab nak masuk kelas pukul 7.45 pagi. lagi haru gua rase der. tapi kalo gua duk kat umah, jangan harap pukul 8.00 pagi, pukul 10.00 belom tentu nampak lobang idung gua nih. haha. bukan tu je der. bangun pulak cyap dengan makanan skali atas meja. bes x? bes kan.. tapi kat sane sendiri bikin maa. kalo sendiri bikin gua xberkira la sangat sebab gua memang terer bab masak memasak. tapi tang yang gua xleh blah kene bayar der. ape tak nampak?? gua boldkan. BAYAR. tang ni yang gua naek minyak nih.

korang pikir ek. cane gua nak kumpul duit nak pinang anak dara orang kalo hari-hari spuloh hinggit gua belanjakan. hadoi. jawabnya umo 41 la gua kawen. huhu.

oke, gua blah lu. gua nak cari balik semangat gua. sekian dan maseh bace entri yang xder motif nih. peace yawy!!



kembali pada ALLAH adalah sebaik-baik tempat kembali




nota(bulu)kaki:

# tajuk entri uh korang bleh pcaye.. tang post uh biarkan. itu hanya merapu aku semata-mata.. haha. =p
# memang gua tengah hilang semangat. sape yang nak bagi kata-kata semangat bleh klik sini untuk ambek no phone gua. (maseh sebab bagi sokongan kepada gua..)
# baru gua ingat, gua da lme x murajaah. mungkin 3 hari koyt. Astaghfirullah.. patot la xder semangat pon. huh.
# oke, yang post uh bleh tinggal. amek motif kt gmbar uh ek. walao ape pon yang terjadi, kite masih ade ALLAH. so, jangan bersedih sesungguhnya ALLAH bersama kite..*senyum*
# link kat atas uh tipu semata-mata.. sape yang tertipu sori ek.. kehkehkeh.. =p 

Wednesday, 15 June 2011

ini pon rojak la jugakkan??

woot2~~

assalamualaikum dan selamat pagi bagi negara mexico. selamat petang bagi egypt dan selamat malam bagi bumi mesia. haha. alhamdulillah, masih hidop dengan sihat. tapi kadang-kadang datang lak batuk yang tak dijemput. biarlah, mungkin itu kifarah dosa.

oke, dalam entri nih aku nak cite pasal perasaan aku skang. perasaan aku skang mungkin sedih+gembira+kecewa+bebal+bongok+sengal+gedik dan sebagainya. tengok, banyak kan mende-mende yang tergaul sebati uh. haha. macam rojak la. tu la pasal aku letak tajuk entri camtu. jadi nampak tak ketan antara tajuk ngan post uh. nampak kan?? iye, mamang aku cerdik pon.. V_V (bajet ade orang puji.. haha..)

nak dijadikan kesah, ade sorang kawan aku nih mintak tolong aku temankan dye pegi KB ntok beli barang. dye sebenarnya budak maktab aku. tapi dye tolak tawaran untok ke maktab sebab dye dapat Universiti Malaya kat nilam puri. so, aku yang dilahirkan dengan rase baek budi bahasa pon merelakan la teman dye. dye yang berasal dari P.pinang  sangatlah sehat berbicara. dengan loghat yang sampai skang aku tak paham-paham. yang tak bleh blah skali dye cakap aku lampi. huh. ni ag satu perkataan loghat yang aku tak paham. mende LAMPI uh woi.!! ko jawab skang. noks..

seterusnya, aku nak ucap maseh sebab bagi singgit. huh. memang kedekut habis ko. laen kali ko lak yang belanja aku. tapi ari ni bia la. nak raikan ko yang baru kat negeri aku. laen kali aku lak nak menggedik ngan ko suruh ko belanje aku. tapi, sume nyer ok la. enjoy habis. walaupon kat ending uh aku berdebar sebab ko xmsok kampus ag walaopon ari dah malam. haha.

oke, bersempena dengan tajuk enti uh rojak, aku nak merojakkan lagi entri aku nih. fisrt skali aku mintak maaf ngan sume readers aku. sori bebanyak ek. aku takot nanti ade yang terasa ati ngan aku. xbesh gak aku blaja nanti kan. pahtu sume kawan2 dari darjah 1 sampei la darjah 6. then terputus jap. pahtu sambung balik taon nih. seribu kali sori. harap sori ini dilevered kepada sume kawan-kawan aku ek..

then untok sume kengkawan, xkire la senior ke junior MTAQ, mintak maaf dari hujung bulu ketiak hingga la ke hujung bulu kaki. jangan amek hati sangat dengan perangai bebal aku uh. oke, sedih lak aku rase. sekian ntok kali nih. aku rase entri aku kali nih memang betol-betol rojak lah. haha..

oke, sekian dan babai...



burung yang KESEPIAN JIWA.. haha


untuk rojak yang lebih PERGHH.. layan mende nih skali..


 


 *maaf, penulisan ak hari nih agak keling.. mungkin sebab aku letih +ngantok+lenguh kaki+lenguh tangan+ kramp kaki dan berikutnya.. huh.. masih lagi rojak~~

*selamat menjawab final exam ntok abang kemba aku yang duk mesir uh.. aku da tak boleh g msir dah. ko je yang dapat bang. tapi ko balik nanti beli la batu-batu permata yang cun untok aku ek. aku nak wt cincin la. ph2, rajin2 la jenguk aku kat bangi nih.. haha..

Friday, 10 June 2011

malu itu perisai

assalamualaikum. Allahumma solli 'ala sayidina Muhammad, wa 'ala aalihi wasohbihi ajma'in. selamat maenyambut hari jumaat kepada sume readers. dan selamat bermalam jumaat kepada yang dah kawen. haha =p. dan selamat hari lahir kepada sume insan yang menyambut hari lahir pada hari ini, esok, lusa, dan hari-hari yang berikutnya. semoga ALLAH merahmati kalian. dengan nama ALLAH yang Maha Besar, aku memulakan entri ini.

saya tertarik dengan satu hadis nabi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah s.a.w, "iman itu ada 70 bahagian. yang paling tinggi ialah La Ilaaha Illallah dan yang paliing bawah adalah membuang duri dari jalan. dan malu itu adalah sebahagian daripada Iman." (hadis riyawat Bukhari)

jadi, disini nabi telah memberikan peringatan yang cukup jelas. bahkan tepat, telus, jujur dan terbaek!! mengapa?? kerana malu itu adalah perisai yang mampu melindungi maruah insan dari tercalar. fitrah insan, dilahirkan bersama perasaan malu. jadi mengapa perlu 'membunuh' malu sedangkan ia adalah satu aset yang menyelamatkan kita bukan sahaja di dunia bahkan akhirat yang kekal abadi.

sabda Rasulullah s.a.w, "malu dan iman adalah berpasangan. bila salah satunya hilang, maka yang lain juga turut hilang." jadi, kesimpulan yang cukup mudah ialah, malu itu selari dengan iman. jika begitulah malunya, maka demikianlah imannya. oke, sekarang cuba kite fikir sejenak, mengapa masih berlakunya pelbagai masalah sosial dalam dunia sekarang sedangkan banyak ceramah-ceramah diadakan? mengapa masih banyak kes pembuangan bayi walaopon sudah banyak rancangan-rancangan berbentuk kerohanian disiarkan di kaca tv? jawapannya mudah. kerana mereka masih lemah iman!!

sekarang, bagaimana cara untuk mendapatkan rasa keimanan yang jitu. juga jawapannya mudah. mantapkanlah rasa malumu!! malu dan iman boleh diibaratkan seperti roh dan jasad. masakan mampu bergerak jasad tersebut jika tiada roh didalamnya. begitulah juga dengan iman. bagaimana ingin mendapatkan iman yang kental jika malu itu hanya setebal kulit bawang??

malu ini terbahagi kepada dua. malu kepada manusia dan malu kepada ALLAH. ramai yang bertanya, perlukah malu kepada ALLAH? dengan mudah, mengapa tidak sayang!! bahkan malu kepada ALLAH adalah lebih baek daripada dunia dan seisinya. lupakah kita bahawa ALLAH telah mengangkat darjat kite dari setitis air mani yang hina kepada sebuah tittle yang hanya diberikan kepada manusia, iaitu 'sebaik-baik kejadian'. tetapi dalam keadaan sedar kite melakukan maksiat kepada ALLAH. tidak malukah kite?? jadi dengan sifat malu ini kita mampu menghindarkan diri dari melakukan perkara-perkara yang keji. lihat betapa pentingnya malu itu.

sedarlah bahawa ALLAH tidak buta, tuli, dan sesungguhnya ALLAH suci daripada sebarang kecacatan. oleh itu, jika kalian yakin dengan pekara ini, maka perasaan malu kepada ALLAH akan segera harum dan mekar di hati kalian. dan berbahagialah sekiranya perasaan ini berputik dan mewangi di dada kalian.

menjadi sunnatullah, setiap insan dijadikan bersama dengan sebuah maruah. jika rosak maruah ini, maka rosaklah insan ini. jika terjaga maruah ini, maka hebatlah insan ini. ingatlah, maruah ini perlu dijaga oleh sebuah perisai. dan ketahuilah bahawa perisai itu adalah MALU.

oke, sekian. assalamualaikum.



"jika dunia ini diakhir kemusnahannya, maka cukuplah malu sebagai penghalang daripada api neraka."




seorang pemalu.. hikhikhik..


p/s:
*adanya ini kerana ini

Thursday, 2 June 2011

medical check-up punye kisah

assalamualaikum. oke, terus ke topik ek. ceni, pagi2 lagi aku da trun dari umah untuk wt medikal cekap. dengan semangat yang terbokar-bokar(terbalik eh? haha.. biakan..)aku dan akak aku setat PAJERO PUTIH then fly ke bndar JERTEH. tapi sebelom uh aku pegi bank BSN lu untuk bukak ekaun. maklumlah pitis elaun masuk ikot bank uh, terpaksa la jugak aku beratur macam kubautengahtngguturnjamban. PFFT!! =.=' amatlah ramai orang. hatoyai, mau nye aku sekeh pale sorang2 kat c2. mengapa time aku masuk bank jer msti ramai orang. xder tempat lain ke korang nk brkumpul?? (woi qemey, ko jgan jadi bebal sangat bleh x? lol..)

then lepas uh, aku g la kat klinik untuk wt medikal cekap. abes sume klinik aku tanye tentang medikal cekap. tpi sume nye hampeh. korang bayangkan dari kul 10 sampei pkul 1 tengahhari aku masuk keluar klinik ntok tnye tentang medikal cekap. da macam orang jual ubat pon ade gamaknya. msuk ngan bagi salam, ph2 tnye kabar, sentiasa senyum walaopon akak yang kat kaunter uh dah marah2 aku. haktuih!! ape ko ingat aku hingin sangat wt medikal kt klinik kao. xkuasa ai nyah.. huh!!

oleh kerana aku frust yang maha amat sangat ketat-ketat sendat-sendat rapat-rapat, ak pon blah balik umah aku. Tido ag bes! getus ati ak. tapi encik apak lak suruh pegi wt kt klinik Rahim, depan sekolah lelaki pasir putih. aku dengan kemalasan yang meneyelubungi  hanya pakai kaen plekat then pegi setat PAJERO PUTIH. aku nekad, kali ni ak nak pegi medikal hanya pakai kaen pelekat jer sebab sangat frust.. =.='

ph2 aku slamat sampai kt klinik uh. segala urusan berjalan dengan baek. bermula dengan check darah sampei la ke pringkat x-tray. sume nye oke. tapi dalam blik x-tray akak uh tanye, knape pakai kaen plekat? aku ngan selamba jawab, "ntah, nak kasi bebas cket.." haha. xde la cm2 aku jawab. aku ckap kt ye aku baru jer slesai solat zohor. rase malas lak nk pkai seluar. akak uh pon senyum kt aku. ala2 nk mengoda g2.(sori kaq, qemey xlyan budak farmasi. haha (V_V) )

lpas uh, perot da mula bedangdut mntak diisi. aku pon masuk la KFC psir puteh jap. nak melantak segala jenis bgai yang ade kt c2. bile ak masuk jer kfc, sume orang pandang ak *pasan hnsem sekejap.. haha* tamat jer sesi amek mengamek order nih, aku pon carik tmpat untuk melantak. untuk melantak dengan sempurna da mabrur, aku memilih meja yang hujung skali. kebetulan sebelah meja aku ade tiga org remaja. dua laki-laki dan selebihnya pompuan.

tnpa mengambil jarak jauh, aku mulakan pemkanan aku dengan basmalah. tengah syok aku melantak, aku terdengar orang sebelah meja gelak2 halus. kali pertama aku biarkan jer. tpi masok kali yang ke empat, agak lantang bebunyi perkataan "pelekat" sambil ketawa girang. kebetulan aku pandang muke salah sorang mmat kt c2, dye ckap kat kwan dye ngan lantang.. "dye pakai pelekat pon pelik ke?? bukannya dye telanjang bulat.." pehh!! dengar jer ayat cm2, mau jer aku potong mamat uh wt  kecik2 ntok megi soup. bhalol!! tapi naseb baek awek kao cun. kensel nk mengamok. tpi cun dye pon cun mekap. ak rase kalu buang mekap uh, konpem cun tapak slipar jepun aku ag berbanding ngan muke dye. haha.

oke, cerita da tamat. babai..



*walaopon berkaen plekat, tapi hnsem xkuang hebatnyer kan. haha

Sunday, 29 May 2011

tentang jodoh

assalamualaikum dan selamat pagi. sari berita utama. seorang pemuda mereng yang berada di jerteh, terengganu sudah mula bangun untuk menaip entri baru. beliau dipercayai sudah membunuh tragis hampir sepuluh orang nyamuk yang lalu lalang didalam bilik beliau. menurut seorang saksi, lelaki itu cuba untuk menyekeh dahi nyamuk-nyamuk sekelian. tetapi terlebih sehingga menyederakan tulang-tulang halkum. namun bagaimanapun, pihak polis berjaya menenangkan beliau selepas diberikan suntikan jarum menjahit saiz 14. lelaki tersebut dibawa ke balai untuk disoal siasat. sekian~
 
oke, habis untuk berita pagi. hari ini bersama saya Dr. Luqman Rahim Al-khumaasiy untuk mengupas satu tajuk yang cukup femes di kalangan remaja. mungkin ada di kalangan pendengar sekalian yang belum tahu ape tajuk itu. jadi, tajuk yang akan saye kupas pada hari ni ialah.. MILIK SIAPAKAH GADIS INI? (bajet bebebor mamat nih.. haha)


oke, skang aku da xmo bajet2. aku nak siyes. aku nk tnye korang. khususnye kaum adam. Apakah ciri-ciri bini idaman korang? oke, ag skali. APEKAH CIRI-CIRI BINI IDAMAN KORANG? da nmpak?? kalo xnmpak boleh cabut mate ph2 tohok kelaut. haha. jadi, mesti macam-macam jawapan yang korang letak. cantik, baek, lemah lembut, ayu, sejuk mate memandang dan ape segala bagai lagi la jawapan korang. tapi, jawapan yang mesti ade ialah baek, solehah, beriman, bertakwa, sabar, kuat ibadah, taat akan suami dan sebagainya. cubela korang tanye sesape pon. mesti salah satu dari skema jawapan yang atas uh ade dalam jawapan dorang. tak kire la mude ke tua, kecik ke besar, hatta yang abang-abang gengster pon menginginkan isteri yang solehah. jadi, timbul persoalan disini, mampukah kalian-kalian semua mendapatkan isteri-isteri yang solehah?? disini ade tipsnya.

sebelom mendapat yang solehah, seseorang itu mesti menjadi yang soleh. begitu juga dengan yang lain. sebelom mendapat isteri yang baek, korang juga( khusus kaum adam) harus menjadi seorang lelaki yang baek. satu formula yang mudah bukan? soleh=solehah. begitulah juga dengan sebaliknya. ini bukan satu formula yang tak berasas oke. ini telah termaktub indah didalam al-quran. ALLAH telah berfirman yang bermaksud:

"wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita yang keji, dan wanita yang baek adalah untuk lelaki yang baek dan lelaki yang baek adalah untuk wanita yang baek...."-Surah An-nur, ayat (26)

jadi, untuk mendapatkan yang terbaek, kite mesti jadi yang terbaek. mungkin melalui jodoh ALLAH ingin membuka pintu hidayah buat kalian. bukankah ALLAH yang berhak memberikan hidayah kepada sesiapa pon yang dikehendakinya? jadi, jika cahaya hidayah sudah mula menyinar, maka sambutlah ia dengan hati yang terbuka. ini menunjukkan ALLAH masih sayangkan kita. *senyum*

oleh itu, berubah la dari sekarang untuk mendapatkan isteri yang solehah. ingat, semuanya bermula dari kita. jika kite soleh, maka kite akan mendapat isteri yang solehah. jika kita mendapat isteri yang solehah, maka insya-ALLAH kita akan mendapat anak yang soleh. tak gitu?? kemana tumpahnya kuah kalau tak ke pinggang sendiri?

selain itu, berdoalah kepada ALLAH agar jodoh kalian bersama dengan mereka yang rapat denganNya. semoga cinta kalian mekar dan harum sehingga melewati pintu syurga firdausi. sekian~


*ayat cedok di sini


*doa untuk dekatkan jodoh yang tak dekat




notakakitangantubuhbadan;
*sakit tekak sebab batuk kuat sangat.
*demam sebab pegi kg bahagia mandi air bukit yang sangat sejuk.

Monday, 23 May 2011

xpayah bace..

assalamualaikum dan salam sejahtera. sihat? da mkan? buat ape uh? da mandi? da solat ke blom?

oke, habis untuk perenggan pertama. aku harap korang sume jawab la soklan xdi uh. jadi sebenarnya berat untuk aku menghapdet blog nih. korang tahu la yang aku nih jenis pemalas tahap yalayew-vava.. haha.. hamek kao. aku pon x tau tahap ape dah uh. tapi dari segi istilah uh memang tahap kritikal, parah, tenat, nazak dan koma. atau digabungkan menjadi satu ayat iaitu da nk mampos. oke, nmpak ye ape yang aku tulis? DA NAK MAMPOS. aku arap korang bersedia untuk perenggan seterusnya.

sebenarnya pada entri kali ni aku nk bagitau satu perkara yang maha amat penting!! sekali lagi aku guna istilah taukid cap ayam.. haha.. so, nawaitu aku gune taukid itu untuk menunjukkan betapa amat-amat-amat penting perkara ini untuk dikongsi bersama korang. ape yang aku bakal cakap ini mungkin dapat menggores perasaan seseorang. dan mungkin juga menyentuh isu-isu perkauman dan isu-isu keagamaan. namun aku harap korang dapat bersabar dan berfikiran terbuka. jangan cepat melatah atau bahase kelantan ialah PONGOH.

mengapa aku nasihatkan korang supaya bersabar dan berfikiran terbuka? sebab suda ramai yang aku temui especeli rakyat mesia selalu saja melakukan kesalahan same. mereka sering saja bertindak secara melulu tanpa berfikir  untuk kali kedua, ketiga, keempat and so on. jadi, sebagai rakyat mesia yang sehat dari segi rohani(iye ke) dan jasmani( emm, bleh la..), marilah sesama kita berdoa agar sentiasa berada didalam suasana husnu-zzonn (bersangka baek).dengan mengamalkan sistem siasat dahulu insya-ALLAH kita akan terpelihara daripada segala perselisihan pendapat.

oke, da abes satu essey. dimulakan dengan perenggan yang ringkas. diakhiri dengan salam. salam ini khas ditujukan kepada semua readers. assalamualaikum.


p/s
* xder modal nk tulis.. bedal je ni..
*sangat mengantok, yalayew-vava.
*tiada gmbar untuk ari nih.. babai.. sekian.

Saturday, 21 May 2011

baek tayah kan??

ketika sedang menunggu bas, sorang pemuda tengah syok melihat gadis-gadis cun yang berhadapan dengannya. namun dalam banyak-banyak gadis uh, ade sorang yang berjaya mencuri tumpuan beliau.

si gadis: kenapa abang asyik tengok saya??

pemuda: abang tengok kamu eh? sori kalau buat awak tak selesa. *senyum*

si gadis: takpe. abang dari mane nih?

pemuda: abang dari sekola.

si gadis: abang cikgu ke?

pemuda: iye, cikgu. abang mengajar kat sekolah depan sane uh. *senyum*

si gadis: owh. abang da makan? 

pemuda: da. abang da makan da. em, abang suke la tengok awak pakai baju kurung. nampak manis. *senyum*

si gadis: eh. xder la. base jer la. *senyum malu*

pemuda: ape pulak base nyer. awak nampak manis la kalo pakai baju kurung.

si gadis: em. oke la bang. saye pergi dulu la ek.

pemuda: oke.

si gadis tersebut berjalan menuju kearah sebatang pohon yang rendang untuk berteduh disana.namun, pemuda tersebut semakin leka melihat gadis tersebut. setiap langkah yang diatur oleh gadis tersebut dilihat dengan senyuman. beberapa minit kemudian, sang gadis kembali semula kepada pemuda tersebut. rimas dengan senyuman pemuda itu.

si gadis: kenapa abang selalu tengok saye? *nada berbaur sedikit perasaan marah*

pemuda: manis la awak pakai baju kurung. * masih lagi memuji*

si gadis: kalau ye pon manis jangan la sampai tengok pon tak berkelip. *nada tak puas ati*

pemuda: betol. abang tak tipu. nampak manis adik pakai baju kurung. plus pulak adik pakai baju kurung yang lut sinar nih. atau tembus pandang orang kite cakap. full satu badan clear. haha. adik, ape gune pakai baju kalo habis satu badan nampak. baek tayah pakai terus.

si gadis: erk.. *muka da merah tahan malu*

*****

harharhar. ape reaksi kalo korang yang mengalami situasi begini? oleh itu, aku menyeru kepada kaum hawa supaya bermanis-manis didalam berpakaian. jangan sesekali mencuba  untuk memakai pakaian yang 'lut sinar' atau 'tembus pandang' dalam base mlayu stendek. seperti yang dikatan oleh pemuda itu, clear satu badan. full HD. tiada sebarang ganguan. haha.

aku juga naek heran ngan perangai manusia skang. especeli yang bergelar awek. mengapa korang masih dedahkan aurat? sedangkan korang tahu yang mendedahkan aurat itu berdosa. atau korang sengaja mempermainkan hukum ALLAH?? perumpamaan yang mudah ntok korang:

"mengapa korang maen t**i (terpaksa sensor) sedangkan korang tahu bende uh kotor?? BHUDHUSH!!"


haha. korang yang BHUDHUSH atao tahi yang kotor?? oke.. sekian~~=p




*mungkin pemuda itu ialah ini?


P/s: 

*cite rekaan semata-mata. xder kene mengena yang masih edop atao pon yang da arwah. tapi sape yang ade kurap, dye yang gatal. haha..

*saje masukkan profesion cikgu. sebab aku dapat maktab.. haha. gedikkan?? (memang!!) =p

Wednesday, 18 May 2011

aku tak paham

bismillah. assalamualaikum dan selamat malam. alhamdulillah. selawat dan salam ke atas nabi MUHAMMAD S.A.W

oke, habis untok pendahuluan yang ringkas, padat, cepat, dan tepat. korang tengok tajuk uh... tengok la.. oke, nampak tak? nak aku eja ke? hadoi, oke lihat sini. alif tambah kaf tambah wau bunyi dye "aku". ta' baris atas lpas dye ad huruf qaf. bunyi dye "tak". huruf pa baris atas tambah ha' lepas dye ada mim yang mati. so, bunyi dye "paham". jadi kalo korang sambung sume perkataan uh keluarlah bunyi.." ak tak paham". da reti?? oke bayar untok kelas mengajar jawi.. ingat free ke? hahaha =p

sebenarnye aku agak panas malam ni ko tao. nak tao sebab pe?? sebab tadi lepas makan aku ade borak-borak la dengan ibu terchenta. ape yang aku borak uh tak leh di tulis disini sebab mengandungi unsur 18SX.. harhar. weyh, korang jangan pikir jauh-jauh. xder pape yang aku borak. cume bincang pasal jodoh aku jer. *senyum*


tapi tadi aku kate aku panaskan. so tak kan cakap pasal kawen pon panas. hadoi. ceni. lepas jer aku cakap pasal jodoh aku uh..*senyum lagi* aku tanye lak tentang Fulanah yang pernah mengandung anak luar nikah. damn kan?? haktuih tol. aku tanye ummi aku tentang baby dye uh. pasal dye tak yah tanye la. pandai-pandai la dye nak hedop. *tahap takat didih da sampai. da xbleh senyum*

ummi aku cakap, baby dye uh dye jual kat orang. terkejut aku kao tau. what? jual? damn!! ape punye emak la manusia nih. bleh pulak dye buat baby nih cam gula-gula. seposen dua biji. ya ALLAH. ade otak ke tak kao nih hah? kalo ade otak tunjuk kat aku mane otak kao. aku nak sepak laju-laju. takder gune ade otak kalo perangai cam kambing gurun. weyh, kambing gurun pon pandai bela anak dye. hadoi... *suhu aku da capai tahap luar tabi'ie*

aku tanye ag ummi aku, cane perngai dye sekarang. pahtu ummi aku cakap dye da stat balik da pakai seluar ketat-ketat. ya ALLAH. tak insap-insap la minah ni. hari tu elok-elok aku tengok dye bertudung lingkup(lah sangat). walaopon dye pakai tudng kecik tapi ade la riak-riak nak berubah uh. aku siap puji agi dye ari tu. tapi dalm aty la. tapi sekarang cane?? damn.. lol. sume xleh caye. lantak ko lah nak pakai cane pon. ade ak kesa??


cian baby uh. dye x berdosa la noks. ape punye makhluk la. lahanat tol <--- (base yang ksar. jgan gne oke.) da korang da syok buat 'projek mega' korang, knape msti dapt hasil korang xtrima? kenape hah? ke korang xtau yang 'projek mega' korang uh bleh membuntingkan betisna-betisna. <--- (juga base ksar. pon xleyh gune) tolong la ek. hasil uh dari benih terbaek korang. segar dari ladang orang tua-tua ckap. tolong la jaga baby uh dengan penuh kaseh-sayang. jangan buang-buang. jangan gugur-gugur. haram weyh. kalo aku tanye kao nak masuk syurga msti korang akan jawab nak. tpi kenapa bnde haram yang korang buat? =_='


anak uh anugerah ALLAH. xkire la halal ke, haram ke, out of marriage (luar nikah la maksud dye..) ke, luar rumah ke hape ke, yang pnting korang kene jage dye. tak yah pertikai la tentang perasaan malu uh. sebab, knape baru sekarang korang reti malu. mase mule-mule nak stat 'projek mega' uh x reti malu?? BHUDHUSH..


oke, sebelom hangin aku mencapai tahap impak maksima siri ke-21. baek aku blah. layan NAJWA LATIF  *senyum balik* nyanyi ag best.. haha=p. sekian


ibu ialah penerus semangat sang anak


tiada yang hebat melainkan pelukan sang ibu