"weyh, aku tao la ko tengah panas. ilek r beb." ajiz cuba mententeramkan ajib. dye tahu, manusia mane yang tak marah bila keretanya dicuri. tapi, apakan daya. sume telah berakhir. nasi telah manjadi bubur.
"ko cakap senang ajiz. bukan kete ko yang kene curi. kete aku." ajib mencebikkan mulut. tak puas hati dengan sikap ajiz yang cuba menenangkan dia. "nanti la ko manusia jahanam. kalo aku dapat ko, aku kerat 4 badan ko."
ajiz yang mendengar cemuhan rakannya itu hanya mampu tersenyum.
"weyh jib, sini jap ko." ajiz memanggil kawannya. ajiz dan ajib berkawan rapat sejak di universiti lagi. dorang boleh diaangap seperti aur dengan tebing. kemana sahaja mereka pergi mesti berdua.
"kenapa ko nak kerat manusia uh? xkesian ke kat dye?" ajiz bertanya.
"kesian kepala ko!! wat pe aku nak kesiankan dye. memang patut dye kena kerat. pangai cam babun. xder keje laen ke nak buad hah?" ajib menjawab dengan penuh emosi.
"ajib, ko ingat x 5 tahun yang lalu kite bergaduh pasal ape. ko sanggup putus sahabat dengan aku pasal mende nih." ajiz cuba merungkai kisah lame. dengan senyuman dia melirik wajah ajib.
*** *** ***
(5 tahun yang lalu..)
"aku xstuju dengan hukum hudud. tak kan pasal mencuri pon nak potong tangan. tak ke zalim namenye uh." ajib hempaskan surat khabar di tangannya.
"ajib, cakap leklok cket bleh tak? ni hukum ALLAH. sape kau nak pertikaikan hukum Yang Maha Bijaksana?" ajiz merenung dalam ke mata sahabatnya. mengapa begitu cetek pemikirannya? getus hati ajiz sedih.
dia tahu, mungkin pemahaman ajib kurang dalam hal-hal agama. ini mungkin salah satu sebab mengapa ajib memilih sains politik sebagai bidangnya di unversiti. ajiz hanya mampu berdoa agar ALLAH membukakan hati ajib.
"kenapa kau cakap begitu?" ajiz cuba meminta sebuah penjelasan setelah masing-masing diam dengan khayalan sendiri.
"penjelasan ape lagi? da cukup jelas aku cakap macam uh. cuba ko pikir, kalo lah tangan dipotong, ape yang ko bleh buat? nak makan pon susah la." ajib menjawab berbaur emosi. ah, ajib memang begini. getus hati ajiz.
"memang la. tapi ini hukum tuhan. ko xboleh nak pertikaikan. ape ke? mengape? tu sume keje tuhan la." ajiz membalas dengan lembut.
"ko tak kesian ke tengok orang yang kene potong tangan uh? xkesian?" tanya ajib berasak-asak.
"besar sangat simpati ko kat pencuri uh."
"memang simpati yang patot diberikan kepada mereka. bukan hukuman." tegas ajib. "sepatutnya kita kena bagi dorang kerja. bantu dorang cari rezki yang halal. bukan hukuman yang boleh menjejaskan hidop dia." sambung ajib tanpa melihat ke muka ajiz.
"ko telah tolak hukum ALLAH sahabat." teguran itu lembut kedengaran di telinga ajib.
"tuhan bagi kita akal suruh befikir macammane nak buat hukum yang munasabah. hukum ALLAH patot diubah mengikut kesesuaian masa dan peredaran zaman."
"aku nak cakap kat ko bahawa kita ni hanya hamba. analoginya begini. logikkah kita membuat undang-undang untuk majikan yang Maha Bijaksana sedangkan kita nih hanya orang pekerja bodoh? patotkah hukum majikan diubah? diamana perginya kuasa majikan uh? bukankah ALLAH itu Maha Berkuasa?" sedikit tinggi suara ajiz.
"da la. penat la aku cakap ngan ko. cube ko bayangkan kalu ko yang kene potong tangan. mampu lagi ke ko nak teruskan hidup?" ajib sudah naik muak dengan sikap ajiz.
"aku sanggup jika itu menyampaikan aku kepada redha ALLAH." jawab ajiz tenang.
"golongan agama memang begini. da la~ tido ah.." ajib da mula berang.
"ko jangan lupa. ko, aku mahupun sume atas dunia nih mulia kerana islam. jangan nak salahkan benda yang betol jika yang ko pikul uh benda yang salah. kebenaran memang pahit, walaupon ia disusun dengan ayat yang indah." ajiz melangkah pergi. dia yakin suatu hari nanti kebenaran itu muncul jua.
*** *** ***
"kau da berubah sekarang." ujar ajiz tiba-tiba.
"ape yang berubah?" ajib tertanya-tanya.
"kau telah menerima hudud." suara ajiz sedikit sinis. "ko tak simpati ke kat pencuri kereta ko uh?"
"bukan tak simpati, tapi..." ayat ajib tergantung disitu. tidak mampu untuk diteruskan.
"tapi terasa dizalimi? dikhianati? terasa sakit bukan?" ajiz cuba meraih emosi ajib.
"hudud bukanlah sampai kerat empat. itu pun hanya apabila dilakukan siasatan yang teliti. hudud bukan untuk menyiksa apatah lagi menzalimi masyarakat. tetapi sebagai didikan kepada orang laen bahawa perbuatan ini adalah haram dan secara tidak langsung mengundang ketakutan untuk melakukan perkara tersebut. sistematik kan hukum ALLAH?" sebuah pertanyaan dengan nada sinis.
"kalo ko dapat pencuri uh, ko xnak bagi kerja ke kat dye? bantu la dye mencari rezki yang halal." sambung ajiz. memulangkan paku keras kepada ajib.
"da kalo pangai babun, bagi la keje pape pon babun la jugak." ajib menjawab perlahan. merah padam mukanya.
"jangan apabila hak ALLAH dicabar kita diam. tetapi jika hak kita dicabar kita marah. jangan apabila perkara ini belaku kepada kita baru kita sibuk menjilat kembali ludah kita. jangan akur selepas tersungkur. hanya sesalan yang menyusul." ajiz berjalan meninggalkan ajib. alhamdulillah doanya dimakbulkan.
syariah law is beautiful and fair |
No comments:
Post a Comment