Sunday 29 May 2011

tentang jodoh

assalamualaikum dan selamat pagi. sari berita utama. seorang pemuda mereng yang berada di jerteh, terengganu sudah mula bangun untuk menaip entri baru. beliau dipercayai sudah membunuh tragis hampir sepuluh orang nyamuk yang lalu lalang didalam bilik beliau. menurut seorang saksi, lelaki itu cuba untuk menyekeh dahi nyamuk-nyamuk sekelian. tetapi terlebih sehingga menyederakan tulang-tulang halkum. namun bagaimanapun, pihak polis berjaya menenangkan beliau selepas diberikan suntikan jarum menjahit saiz 14. lelaki tersebut dibawa ke balai untuk disoal siasat. sekian~
 
oke, habis untuk berita pagi. hari ini bersama saya Dr. Luqman Rahim Al-khumaasiy untuk mengupas satu tajuk yang cukup femes di kalangan remaja. mungkin ada di kalangan pendengar sekalian yang belum tahu ape tajuk itu. jadi, tajuk yang akan saye kupas pada hari ni ialah.. MILIK SIAPAKAH GADIS INI? (bajet bebebor mamat nih.. haha)


oke, skang aku da xmo bajet2. aku nak siyes. aku nk tnye korang. khususnye kaum adam. Apakah ciri-ciri bini idaman korang? oke, ag skali. APEKAH CIRI-CIRI BINI IDAMAN KORANG? da nmpak?? kalo xnmpak boleh cabut mate ph2 tohok kelaut. haha. jadi, mesti macam-macam jawapan yang korang letak. cantik, baek, lemah lembut, ayu, sejuk mate memandang dan ape segala bagai lagi la jawapan korang. tapi, jawapan yang mesti ade ialah baek, solehah, beriman, bertakwa, sabar, kuat ibadah, taat akan suami dan sebagainya. cubela korang tanye sesape pon. mesti salah satu dari skema jawapan yang atas uh ade dalam jawapan dorang. tak kire la mude ke tua, kecik ke besar, hatta yang abang-abang gengster pon menginginkan isteri yang solehah. jadi, timbul persoalan disini, mampukah kalian-kalian semua mendapatkan isteri-isteri yang solehah?? disini ade tipsnya.

sebelom mendapat yang solehah, seseorang itu mesti menjadi yang soleh. begitu juga dengan yang lain. sebelom mendapat isteri yang baek, korang juga( khusus kaum adam) harus menjadi seorang lelaki yang baek. satu formula yang mudah bukan? soleh=solehah. begitulah juga dengan sebaliknya. ini bukan satu formula yang tak berasas oke. ini telah termaktub indah didalam al-quran. ALLAH telah berfirman yang bermaksud:

"wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita yang keji, dan wanita yang baek adalah untuk lelaki yang baek dan lelaki yang baek adalah untuk wanita yang baek...."-Surah An-nur, ayat (26)

jadi, untuk mendapatkan yang terbaek, kite mesti jadi yang terbaek. mungkin melalui jodoh ALLAH ingin membuka pintu hidayah buat kalian. bukankah ALLAH yang berhak memberikan hidayah kepada sesiapa pon yang dikehendakinya? jadi, jika cahaya hidayah sudah mula menyinar, maka sambutlah ia dengan hati yang terbuka. ini menunjukkan ALLAH masih sayangkan kita. *senyum*

oleh itu, berubah la dari sekarang untuk mendapatkan isteri yang solehah. ingat, semuanya bermula dari kita. jika kite soleh, maka kite akan mendapat isteri yang solehah. jika kita mendapat isteri yang solehah, maka insya-ALLAH kita akan mendapat anak yang soleh. tak gitu?? kemana tumpahnya kuah kalau tak ke pinggang sendiri?

selain itu, berdoalah kepada ALLAH agar jodoh kalian bersama dengan mereka yang rapat denganNya. semoga cinta kalian mekar dan harum sehingga melewati pintu syurga firdausi. sekian~


*ayat cedok di sini


*doa untuk dekatkan jodoh yang tak dekat




notakakitangantubuhbadan;
*sakit tekak sebab batuk kuat sangat.
*demam sebab pegi kg bahagia mandi air bukit yang sangat sejuk.

Monday 23 May 2011

xpayah bace..

assalamualaikum dan salam sejahtera. sihat? da mkan? buat ape uh? da mandi? da solat ke blom?

oke, habis untuk perenggan pertama. aku harap korang sume jawab la soklan xdi uh. jadi sebenarnya berat untuk aku menghapdet blog nih. korang tahu la yang aku nih jenis pemalas tahap yalayew-vava.. haha.. hamek kao. aku pon x tau tahap ape dah uh. tapi dari segi istilah uh memang tahap kritikal, parah, tenat, nazak dan koma. atau digabungkan menjadi satu ayat iaitu da nk mampos. oke, nmpak ye ape yang aku tulis? DA NAK MAMPOS. aku arap korang bersedia untuk perenggan seterusnya.

sebenarnya pada entri kali ni aku nk bagitau satu perkara yang maha amat penting!! sekali lagi aku guna istilah taukid cap ayam.. haha.. so, nawaitu aku gune taukid itu untuk menunjukkan betapa amat-amat-amat penting perkara ini untuk dikongsi bersama korang. ape yang aku bakal cakap ini mungkin dapat menggores perasaan seseorang. dan mungkin juga menyentuh isu-isu perkauman dan isu-isu keagamaan. namun aku harap korang dapat bersabar dan berfikiran terbuka. jangan cepat melatah atau bahase kelantan ialah PONGOH.

mengapa aku nasihatkan korang supaya bersabar dan berfikiran terbuka? sebab suda ramai yang aku temui especeli rakyat mesia selalu saja melakukan kesalahan same. mereka sering saja bertindak secara melulu tanpa berfikir  untuk kali kedua, ketiga, keempat and so on. jadi, sebagai rakyat mesia yang sehat dari segi rohani(iye ke) dan jasmani( emm, bleh la..), marilah sesama kita berdoa agar sentiasa berada didalam suasana husnu-zzonn (bersangka baek).dengan mengamalkan sistem siasat dahulu insya-ALLAH kita akan terpelihara daripada segala perselisihan pendapat.

oke, da abes satu essey. dimulakan dengan perenggan yang ringkas. diakhiri dengan salam. salam ini khas ditujukan kepada semua readers. assalamualaikum.


p/s
* xder modal nk tulis.. bedal je ni..
*sangat mengantok, yalayew-vava.
*tiada gmbar untuk ari nih.. babai.. sekian.

Saturday 21 May 2011

baek tayah kan??

ketika sedang menunggu bas, sorang pemuda tengah syok melihat gadis-gadis cun yang berhadapan dengannya. namun dalam banyak-banyak gadis uh, ade sorang yang berjaya mencuri tumpuan beliau.

si gadis: kenapa abang asyik tengok saya??

pemuda: abang tengok kamu eh? sori kalau buat awak tak selesa. *senyum*

si gadis: takpe. abang dari mane nih?

pemuda: abang dari sekola.

si gadis: abang cikgu ke?

pemuda: iye, cikgu. abang mengajar kat sekolah depan sane uh. *senyum*

si gadis: owh. abang da makan? 

pemuda: da. abang da makan da. em, abang suke la tengok awak pakai baju kurung. nampak manis. *senyum*

si gadis: eh. xder la. base jer la. *senyum malu*

pemuda: ape pulak base nyer. awak nampak manis la kalo pakai baju kurung.

si gadis: em. oke la bang. saye pergi dulu la ek.

pemuda: oke.

si gadis tersebut berjalan menuju kearah sebatang pohon yang rendang untuk berteduh disana.namun, pemuda tersebut semakin leka melihat gadis tersebut. setiap langkah yang diatur oleh gadis tersebut dilihat dengan senyuman. beberapa minit kemudian, sang gadis kembali semula kepada pemuda tersebut. rimas dengan senyuman pemuda itu.

si gadis: kenapa abang selalu tengok saye? *nada berbaur sedikit perasaan marah*

pemuda: manis la awak pakai baju kurung. * masih lagi memuji*

si gadis: kalau ye pon manis jangan la sampai tengok pon tak berkelip. *nada tak puas ati*

pemuda: betol. abang tak tipu. nampak manis adik pakai baju kurung. plus pulak adik pakai baju kurung yang lut sinar nih. atau tembus pandang orang kite cakap. full satu badan clear. haha. adik, ape gune pakai baju kalo habis satu badan nampak. baek tayah pakai terus.

si gadis: erk.. *muka da merah tahan malu*

*****

harharhar. ape reaksi kalo korang yang mengalami situasi begini? oleh itu, aku menyeru kepada kaum hawa supaya bermanis-manis didalam berpakaian. jangan sesekali mencuba  untuk memakai pakaian yang 'lut sinar' atau 'tembus pandang' dalam base mlayu stendek. seperti yang dikatan oleh pemuda itu, clear satu badan. full HD. tiada sebarang ganguan. haha.

aku juga naek heran ngan perangai manusia skang. especeli yang bergelar awek. mengapa korang masih dedahkan aurat? sedangkan korang tahu yang mendedahkan aurat itu berdosa. atau korang sengaja mempermainkan hukum ALLAH?? perumpamaan yang mudah ntok korang:

"mengapa korang maen t**i (terpaksa sensor) sedangkan korang tahu bende uh kotor?? BHUDHUSH!!"


haha. korang yang BHUDHUSH atao tahi yang kotor?? oke.. sekian~~=p




*mungkin pemuda itu ialah ini?


P/s: 

*cite rekaan semata-mata. xder kene mengena yang masih edop atao pon yang da arwah. tapi sape yang ade kurap, dye yang gatal. haha..

*saje masukkan profesion cikgu. sebab aku dapat maktab.. haha. gedikkan?? (memang!!) =p

Wednesday 18 May 2011

aku tak paham

bismillah. assalamualaikum dan selamat malam. alhamdulillah. selawat dan salam ke atas nabi MUHAMMAD S.A.W

oke, habis untok pendahuluan yang ringkas, padat, cepat, dan tepat. korang tengok tajuk uh... tengok la.. oke, nampak tak? nak aku eja ke? hadoi, oke lihat sini. alif tambah kaf tambah wau bunyi dye "aku". ta' baris atas lpas dye ad huruf qaf. bunyi dye "tak". huruf pa baris atas tambah ha' lepas dye ada mim yang mati. so, bunyi dye "paham". jadi kalo korang sambung sume perkataan uh keluarlah bunyi.." ak tak paham". da reti?? oke bayar untok kelas mengajar jawi.. ingat free ke? hahaha =p

sebenarnye aku agak panas malam ni ko tao. nak tao sebab pe?? sebab tadi lepas makan aku ade borak-borak la dengan ibu terchenta. ape yang aku borak uh tak leh di tulis disini sebab mengandungi unsur 18SX.. harhar. weyh, korang jangan pikir jauh-jauh. xder pape yang aku borak. cume bincang pasal jodoh aku jer. *senyum*


tapi tadi aku kate aku panaskan. so tak kan cakap pasal kawen pon panas. hadoi. ceni. lepas jer aku cakap pasal jodoh aku uh..*senyum lagi* aku tanye lak tentang Fulanah yang pernah mengandung anak luar nikah. damn kan?? haktuih tol. aku tanye ummi aku tentang baby dye uh. pasal dye tak yah tanye la. pandai-pandai la dye nak hedop. *tahap takat didih da sampai. da xbleh senyum*

ummi aku cakap, baby dye uh dye jual kat orang. terkejut aku kao tau. what? jual? damn!! ape punye emak la manusia nih. bleh pulak dye buat baby nih cam gula-gula. seposen dua biji. ya ALLAH. ade otak ke tak kao nih hah? kalo ade otak tunjuk kat aku mane otak kao. aku nak sepak laju-laju. takder gune ade otak kalo perangai cam kambing gurun. weyh, kambing gurun pon pandai bela anak dye. hadoi... *suhu aku da capai tahap luar tabi'ie*

aku tanye ag ummi aku, cane perngai dye sekarang. pahtu ummi aku cakap dye da stat balik da pakai seluar ketat-ketat. ya ALLAH. tak insap-insap la minah ni. hari tu elok-elok aku tengok dye bertudung lingkup(lah sangat). walaopon dye pakai tudng kecik tapi ade la riak-riak nak berubah uh. aku siap puji agi dye ari tu. tapi dalm aty la. tapi sekarang cane?? damn.. lol. sume xleh caye. lantak ko lah nak pakai cane pon. ade ak kesa??


cian baby uh. dye x berdosa la noks. ape punye makhluk la. lahanat tol <--- (base yang ksar. jgan gne oke.) da korang da syok buat 'projek mega' korang, knape msti dapt hasil korang xtrima? kenape hah? ke korang xtau yang 'projek mega' korang uh bleh membuntingkan betisna-betisna. <--- (juga base ksar. pon xleyh gune) tolong la ek. hasil uh dari benih terbaek korang. segar dari ladang orang tua-tua ckap. tolong la jaga baby uh dengan penuh kaseh-sayang. jangan buang-buang. jangan gugur-gugur. haram weyh. kalo aku tanye kao nak masuk syurga msti korang akan jawab nak. tpi kenapa bnde haram yang korang buat? =_='


anak uh anugerah ALLAH. xkire la halal ke, haram ke, out of marriage (luar nikah la maksud dye..) ke, luar rumah ke hape ke, yang pnting korang kene jage dye. tak yah pertikai la tentang perasaan malu uh. sebab, knape baru sekarang korang reti malu. mase mule-mule nak stat 'projek mega' uh x reti malu?? BHUDHUSH..


oke, sebelom hangin aku mencapai tahap impak maksima siri ke-21. baek aku blah. layan NAJWA LATIF  *senyum balik* nyanyi ag best.. haha=p. sekian


ibu ialah penerus semangat sang anak


tiada yang hebat melainkan pelukan sang ibu


Friday 13 May 2011

bila rindu ini berputik lagi

oke. Assalamualaikum, selamat malam, dan salam sejahtera. Alhamdulillah aku maseh sehat walafiat walaopon aku termati tadi (hamboi tatabahasa, gile siot. ade ke perkataan termati? haha). maksud aku ialah aku tertidor tadi a.k.a jenerow selepas berjaya menamatkan salam terakhir sembahayang asar. tertidor  mungkin 'terlalu' dan berbaur dengan 'maha amat'  letih sebab menunggang kuda ijau yang xder kaki ditambah pulak dengan hiasan seni stiker L berwarna merah bagi mewakili nama ak, LUQMAN. bukan kerana aku maseh memegang lesen memandu L haha =p. 


sakit pinggang ak menggila dan memberontak apabila menunggang dari negeri pulai chondong ke negara jerteh selatan. berdekatan dengan kedai pak mat tayar, tepi kilang kertas tok dor jani. fuhh, amat menyeksa jiwa raga mahupon bakul yang berlobang sana-sini. namun masih bisa untuk meletakkan baju busuk untuk dibasuh pada esok hari. haha.


sekian untok intro yang berlambak uh. so aku skip isi pertama dan kedua. kita terus ke isi yang ke-3 ek. oke, eksyeli ari ni ialah ari yang last ak g skola EMTEK uh. agak sebak kau. sedih memagari setiap angel hati. kelamarin baru jer abes amek exam STTQ. gile vavi punyer susah madah 'arudh. ak pon tak tahu apa yang aku jawab. haha. tapi harap-harap ada la Dur Tsani. kalo tak ade, tak ke mesir la aku weyh.


isi yang ke-4, mase duk skola ari boleh dikatakan setiap ari duk tunggu waktu keluar dari skola. rase macam bes yang mahaamatsangat. gila kau, tengok aku punye taukid. taukid sangat-sangat uh. tapi memang btol la aku kata. rasa macam bes sangatsangatsangat. tapi bila tiba jer hari yang ditunggu-tunggu uh. sebak pulak rase. macam nanges pon ada. tapi yang nanges uh orang laen la. aku cool jer.TT_TT.


untuk semua kawan-kawan a.k.a saem-saem, sori bebanyak kalo ak ada wat salah ngan korang. kalo ada rezki dapat la kite jumpe ag. siyes ak cakap aku rindu kat korang. siyes!! tak tipu. rase teringat balik mase kite mula-mula kenal. siap gune 'saya-awak' ag. haha. gedik nak mampos. cube korang ingat balik. time kite same-same sembang atas katil. melalak tak tentu hala. dah macam orang hilang akal pon ada. bes kan time uh.


ph2, ce korang ingat balik. time naek kanten atas amek nasi lepas kelas quran. lepak sambil minum air abe mey. makan pulak ngan biskut kering. syok ooo. sambil makan sambil umpat-umpat ustaz. haha. (sori ust, laen kali xmo umpat2 dah..) =p. ph2 ingat balik time same-same kene lari keliling court sebab buat hal. ph2 same-same masuk bilik guru disiplin. hadoi, mau nanges aku..


ah.... cukop-cukop. aku rase kalo aku tulis pon takkan abes sebab banyak cerita-cerita suka duka asam masin manis payau pahit kat skola dulu. mate aku pon da mula berair. so, sebagai langkah keselamatan, baek aku stop kat sini jer. laen kali kalo aku ade mase aku hapdet la khas ntok cerita-ceritu pada zaman skola.(nak tanye bleh?? ada ke perkataan cerita-ceritu dalam bahasa malaysia?? ahakz =p ). 


last, aku arap bleh jumpa korang satu ari nanti. and aku akan simpan kenangan ni lek lok.. isk isk isk..TT_TT. sekian.....




yang merindui korang,
QEMAY


spm 2010


sofwe