Tuesday 26 November 2013

UPSR adik-adik

[kisah ini adalah realiti semasa]

Jali: assalamualaikum, eh Najib (bukan name sebenar), anak ko dapat bape UPSR?

Najib: tak dapat A pon. sume C dan D jer. anak ko bape?

Jali: alhamdulillah. anak aku dapat 5A. In sya ALLAH aku cuba mintak MRSM. So lepas uh anak ko nak sambung kat mane?*bangga*

Najib: tak tahu lah. hantar madrasah je kot. tak pon pondok kat hujung sane. *mengeluh*


... ... ... *** abih crite*** ... ... ...

Assalamualaikum. Hye! da lame aku tak hapdet belog nih. last apdet bulan 7 ritu. Ni lak da bulan 11. kire la sendiri bape bulan aku tak buat mende alah ni. mungkin kemahiran berbahasa aku jadi kurang siket kot.

Terus kepada topik utama. Stail macam biasa, aku lebih suka wat dialog untuk korang senang tangkap. Sebab kekurangan aku adalah kurang dari segi penulisan. Mungkin aku nih jenis syok sendiri. *ahakss*

tuan puan yang saya homati, sesungguhnya entry pada kali ini saya khususkan kepada ibu bapa yang boleh berfikir. Bukan kepada ibu bapa yang ada otak tapi akalnya mungkin kurang sihat. *maaf bahasa kurang ajar*. Jika pemikiran pakcik-makcik, tuan-puan adalah seperti Najib diatas, (diingatkan, bukan name sebenar ya!), maka dukacita saya maklumkan bahawa mentaliti pakcik jauh lebih merosot, tidak sehaluan dengan wawasan 2020.

Maaf, jangan cepat melenting. Izinkan saya menjelaskan hajat saya. Sebenarnya aku bukan suka-suka nak apdet belog, mengadap laptop. Tapi aku khuatir mende ini jika dibiarkan akan terus menjadi darah daging masyarakat kita. Dan pada akhirnya bukan darah, tetapi BARAH!

Cuba tanya diri korang, sejauh mana pentingnya Islam pada diri kita. Cukup, pikirlah yang tu dulu. Aku lihat zaman sekarang trend mak bapak bila tengok result anak dorang, mula gelabah cari pondok/madrasah untuk dorang belajar kat sana. bila ditanya kenapa, mereka menjawab hanya tempat itu yang sanggup mengambil pelajar yg berkeputusan 'tak berapa cemerlang' nih.

Tapi bila anak dorang dapat result supa-dupa gempak, sibuk cari borang segala jenis bagai sekolah elit, yang korang labelkan sebagai sekolah terbaik. Berhempas pulas untuk melayakkan anak diorang supaya dapat belajar di 'taman ilmu impian' yang mereka dambakan. Tak cukup dengan borang, di cari kabel Yb-Yb yang berpengaruh, hajatnya satu, anak aku dapat belajar disekolah yang elit.

wow! hebat pemikiran pakcik-makcik sume. Jika yang tak bape nak menjadi, pass kat pondok. Jika yang menjadi, pass kat sekolah yang gile elit.

Cukuplah~ ape jenis penyakit akal yang datang aku pun tak tahu.

Cuba pakcik tengok, celik mate luas-luas, kasi otak yang sempit akal uh jadi seluas mata memandang! Zaman sekarang pendakwah dan ustaz-ustaz diperlekehkan oleh orang ramai. Orang cakap,

-"Eleh, ustaz pondok apa tahu. Cakap english un trabur."

-"Eh budak pondok nih. Lambat tangkap betul lah. Cakap banyak kali baru nak paham!"

-"Euuww, ko kawen ngan budak pondok? ape barang. paling2 tidak bisnes man!"

Dah cukup, kalau aku nak tulis sume jenis contoh, sampai malam tahun baru un tak habis.

Nak tanye, apa punca mende bleh berlaku? sebab apa? sebab..

sebab keBIOLan masyarakat kita!

Kenapa tidak yang cerdik pandai di hantar kemadrasah untuk belajar ilmu dan menjadi ustaz, menjadi pendakwah?

Mari berfikir,
-Orang Kristian semakin hari semakin berjaya memurtadkan orang islam. korang tahu kenapa?

-Orang Kristian ada banyak kaedah untuk memurtadkan orang islam. korang tahu kenapa?

-Orang Budha sanjung tinggi para sami mereka. korang tahu kenapa?

Sebab mereka meletakkan agama pada tahap yang paling utama.

Bila anak dorang dapat cemerlang, dorang anta anak dorang pergi gereja. Supaya bila anak dorang besar nanti dapat jadi paderi. Biar anak dorang gunekan kepandaian dorang untuk agama.

Masyarakat kita?

Yang pandai berlumba-lumba, bahkan kalo boleh merangkak mereka sanggup merangkak, nak daftar anak masuk sekolah berprestasi tinggi. (Walaupon bukan semua ibu bapa begitu, tetapi peratusannya tinggi.)

Yang kurang pandai kat madrasah. Tu pon jenuh cari sekolah yang sanggup terima anak mereka. Jika semua tak terima, madrasah tempat dia. (Walaupon bukan semua ibu bapa begitu, tetapi peratusannya tinggi.)

Eh ape sewel otak masyarakat kita? Nampak sangat agama adalah pilihan yang terakhir. Oo mai gout! Kalau macam ni gaye korang buat pilihan, tak mustahil pekara yang sama akan berlaku pula pada masa akan datang.

-Orang islam berjaya dimurtadkan

-Para pendakwah dan ustaz, ustazah terus-terusan diperlekahkan.

dan, paling aku khuatir, ISLAM terus di-pilihanterakhir-kan.

makcik-pakcik, tak salah keputusan yang pakcik buat. Cuma ketidakwarasan mentaliti pakcik yang saya pertikaikan. Meletakkan agama pada yang terakhir. Itu saja.

Aku akui, ade sekolah elit yang meletakkan nilai-nilai islam pada kehidupan harian mereka. Syabas aku ucapkan.

Akhir sekali, tolong ubah, kalo boleh panjang-panjangkan hal ini. Jika kawan korang ade yang berpikiran begini, sila silalah ketukkan kepala mereka. Agar penyakit akal dan mentaliti ini teros hilang dari otak mereka.

Sekali lagi aku nak cakap, entry ni tujuan untuk bukak minda masyarakat yang meletakkan agama pada pilihan  terakhir.

The last one, doakan aku sihat sepenuhnya. Peratus kesihatan kaki pada hari ini alhamdulillah 70%.

Aku harap korang terima pandangan aku. Andai aku silap perbetulkan, jangan men rembat cakap lepas mulut. Itu cara paling aku tak suka.

Islam pada masa hadapan terletak pada bahu anak-anak kita sekarang. Dan anak-anak adalah tanggungjawab pakcik makcik semua.

Assalamualaikum.

_______
*aku tulis ni sebab ak cukup terkesan dengan ulama melayu pertama yang menjadi tenaga pengajar di Universiti Oxford, Dr Muhammad Afifi Al-akiti, seorang bekas pelajar pondok. Idea ini juga tercetus bila aku mendengar perbualan kawan-kawan bapak aku tentang perihal anak-anak mereka.


Kaedah talaqqi adalah kaedah yang digunakan oleh ulama silam, dan kaedah tu paling berkualiti.

Sunday 7 July 2013

aku ke ko?

assalamualaikum. dua situasi pada dunia sekarang.

Situasi Pertama:

Si Isteri: abang, ape nak jadi ngan anak kita nih? solat xreti. bace quran xreti. tyme puasa ponteng puasa. biadap.

Si Suami: reliks. cool bebeh. jangan gabra. pandai la cikgu kat sekolah didik dia.

Si Isteri: ok, ya tak ya jugak. yuran da bayar. kalo xbrubah nti kite g attack la sekolah uh.

Situasi Kedua:

Guru Besar: ustaz, kenapa ngan budak ni nih? markah rendah jer. slalu ponteng kelas. solat tak penah ade kat surau. dengar cite dorang xreti solat.

Ustaz: saya da ajar dye. tapi xmakan saman la. lantak dye. mak ayah dorang ade. pandai la dorang didik anak dorang. jangan pandai buat anak jer, didik tak reti. lagi pun xtrun pointer sekolah kite kalo budak uh tak lulus. ramai lagi budak laen yang dapat bekap.

*** *** ***

oke, tu sahaja cerita rini. murid zaman sekarang telah menjadi mangsa kepada "kebergantungan harapan" guru dan ibu bapa. guru mengharapkan ibu bapa mendidik anak murid mereka. begitu juga si ibu dan bapa. mengharapkan guru untuk mendidik anak-anak mereka. dengan alasan "lebih layak" atau "mang itu keje dye pon."

tanggungjawab siapa murid-murid sekarang? masing-masing menolak tanggungjawab ini. bayangkan anda ditempat kanak-kanak itu, apa perasaan anda? jika perit dan pahit, begitu juga mereka. kerana kita manusia.

tipu jika saya mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai cita-cita. bantu mereka untuk mencapai impian mereka. impian mereka besar bak gunung. namun keadaan ini ibarat jentolak-jentolak yang rakus menyodok pokok-pokok balak digunung tersebut.kini gunung itu kian botak dan x berseri lagi.*cam harem jer perbandingan aku. HAHA.* 

kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama. peranan ibu bapa dan guru amatlah besar dalam membentuk mereka untuk menjadi seorang manusia. tanggungjawab ini mesti dipikul oleh semua orang. bukan pada seseorang individu sahaja. guru dan ibu bapa mestilah mewayangkan peranan masing-masing.

sekian noktah. semoga bermanfaat~

"Dalam membentuk seorang anak yang Super Muslim, ibu bapa dan guru terlebih dahulu mesti berubah menjadi insan yang Super Power Muslim."

-sekadar gambar hiasan-

#ayat entri nih macam ayat essei PMR an? biarkan~

Friday 7 June 2013

fenin ini fenin mabuk

hai~ assalamualaikum. dan selamat datang ke belog yang da lama naik kulat.

pada hari ini saya berhasrat untuk menceritakan perjalanan cuti sekolah saya. untuk pengetahuan umum, cuti saya berjumlah tiga minggu. sebab saya seorang bakal guru, tetapi belajar diawah sistem IPTA. jadi cikgu cuti sekolah dua minggu tambah ngan cuti budak IPTA seminggu untuk gab antara semester nih ngan semester depan. jadiknya saya cuti tiga minggu. kan? 2+1=3. wow hebatnya math saya!

oke, sudah setop! aku sudah muak wt ayat skema budak sekolah rendah. jadi cerita cuti sekolah aku bermula bila cuti sekolah bermula. yes, memang ayat aku ulang-ulang. sebab aku xder ayat nak letak. boleh kan?

cuti minggu pertama aku tak balik kampung pon. aku kene stay kat Bangi sebab kene temankan akak aku yang IPG Pompuan Melayu Melaya konvo kat PICC. minggu kedua lak aku kene stay kat Sepang sebab aku join untuk persembahan Konvo cikgu-mekgu-pakcik-makcik yang sambung program PGSR. PGSR uh iyolah Pengijazahan Guru Sekolah Rendah. khas untuk guru2 SK yang ade diploma jer.

point dalam entry ini ialah aku sudah terkena satu penyakit iaitu Pheningish Angklonitsmeth. atau nama sebenar dye mabuk angklong. HAHA. siyes, hal in berlaku kerana aku terlalu taksub untuk bermain angklung sehinggakan semua benda yang aku dengar bunyi macam angklung.

sebelum itu, kenal tak angklung uh ape?? ini rupe dye..


untuk pengetahuan korang, angklung nih diperbuat dari buluh. dia perlu digoncang untuk mengeluarkan bunyi sedap lunak. angklung nih dia ade note2 dia yang macam-macam. dan aku pulak memilih untuk main note B dan D.

untuk pengetahun korang jugak, aku kenal menatang ni pon mase aku masuk IPG bile geng PEKOM and Orkestra Tradimoe Pekom wat persembahan. geng2 nilah yang mengetengahkan muzik tradisonal dan moden boleh diadun sebati. dan yang aku paling taksub bile dorang main lagu 'anak kampung' versi dorang! syok woo~

dan, aku mula malas menaip. layan gamba pulak~

geng kompang arak VIP

geng Pekom semua yang join(kompang+gamelan+caklempong)

no komen.HAHA

mulut muncung2 uh khusyuk counting oke!

geng kompang arak VIP (lagi)

satu jer gamba gua sempat posing, yang lain sibuk counting note

the mastaria, coach kitorang, ustaz isa~

ooke, itu muke kelat sebab gua tersalah masuk note gua.


ni depan PICC, cam cobra an kat atas uh..

oke sekian, wassalam.

*PEKOMPERI= persatuan kompang kontemporari.

**TRADIMODE= tradisional + moden.

#iklan#
-kami sedia membuat persembahan di segala jenis macam majlis. kecuali majlis orang mati. HAHA. bleh rujuk kat blogspot kami. babai~
-page official kami ini

Tuesday 26 February 2013

menyahut seruan itu~


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.
(surah Az-zumar : 53,54)

assalamu'alaikum.

Allahumma solli 'ala Muhammad.

segala puji dan puja hanya milik ALLAH, selawat dan salam keatas junjungan yang sangat dicintai, Muhammad S.A.W dan juga kepada sahabat dan ahli keluarganya. dan salam kesejahteraan kepada orang-orang soleh dan para pejuang yang cintakan syahid.

merenung kalam cintaNya diatas, aku tersentak dari mimpi duniawi. indah bermaksiat kepadaNya umpama menelan racun. manisnya dirasa tetapi kesannya sangat pedih. meninggalkan seribu duka bukan pada diri, tapi jua pada hati.

tafakkur kian rancak, menerobos segala hijab yang menghalang. cuba insafi diri sahabat. kini baru aku tahu kenapa semua ini berlaku. ilmu yang ada hanya singgah, tidak bertambah malah tidak mengubah. tidak mengubah diri mereka bahkan aku sendiri yang rebah. rebah dalam dunia yang malap, bahkan gelap! ya, aku kian tersesat~

ayuh teman kembali pada Tuhan. aku mencari berkat diatas apa yang aku dapat. semoga ia kekal sehingga tibanya ajal. biarlah sedikit, tetapi hidup tidak terhimpit. biar banyak, tetapi tidak tamak.

kalam cintaNya berbisik:

"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun."(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
(surah Nuh:10-13)

walau banyak yang aku lakukan, tapi tidak berjaya. sedih dan pedih bercantum padu. ku rasakan sesak dada. badan merana hati terseksa.

dan aku tahu apakah puncanya. seruan itu harus ku sahut. taubat itu masih terbuka. rahmat kasih-sayangnya masih menunggu untuk menyapa. menyapa diri yang telah alpa. alpa dari tuhan yang Maha Mencipta. seruan itu kian kedengaran.harus ku sahut! tetapi bila? bukan esok malah lusa. tapi saat ini juga. 

dan sekarang aku yakin! taubat itu ubat. ubat kepada orang yang tersesat. dari jalan tuhan yang Maha Hebat.

astaghfirullah~





"Tuhanku, dosa ku menggunung tinggi, tapi rahmatMu melangit luas. Tuhan, selangkah ku rapat padaMu, seribu langkah Kau rapat padaku. Wahai Tuhan, aku berjalan mendekatiMu, Engkau berlari mendapatkan aku. ALLAH, ini tanganku dan ini airmataku. ku angkat memohon hanya padaMu. menangis kerana takutkanMu. wahai Tuhan yang Maha Pengampun, aku pohon redhaMu dan engkau menghadiahkan syurga itu untuk aku. jadikan aku dari golongan hamba-hambaMu yang berpegang teguh dengan agamaMu." 
AMIN~"


notakaki:
- agak tertusuk bila terbaca ayat al-quran diatas -_-!
- indahnya bila ade B.I.G (berkat ilmu guru)

Thursday 14 February 2013

ini hati punye cerita maa!!

tweeett tweeet (bunyi nset lah konon)

"beb, asal hah lelaki pelik ngat bile tengok ustazah2 cam kitorang pake tudung bawal.. padahal kitorang ttup aurat gak. xde la kitorang free hair!! kang ade jugak kitorang gangnam style nati kang.."

keesokan harinya masuk lak satu mesej...

(twweeeeeeettt tweett)

"salam, hina sangat ke kalo pompuan pake tudung bawal yang kecik uh?? mesti ke labuh baru nampak baek? cane kalo pakai tudung labuh tapi ikhtilat tak jage.. maen bercampor jer ngan lelaki. bagi saya hati paling penting~"


______________________________________________

aku rase pelik. kenape pada minggu nih tudung bawal dijadikan isu. sehangat isu kalimah ALLAH dalam arena politik. dan isu Shila Amzah lari dari umah dalam industri hiburan.. seperti isu Nazmi Faiz dan pelbagai isu2 lain.
*xpayah nk tulis semua uh luqman oii~. nak tunjuk up-to-date lah konon.. HAKPUIH!

oke, aku cuba me-respon mesej tersebut. dan itu tak bermakna aku paling layak untuk memberi respon. aku harap korang amik kesa ape yang aku cakap. dan plis jangan terasa ati dengan ape yang aku cakap. mungkin ade pedasnya dan ade manisnya. so sediakanlah air untuk meredakan rasa pedas dan jarum insuline  untuk dicucuk pada diri korang bagi mengurangkan rasa manis pada kencing korang.. erk.. kencing manis la maksod aku.. haha...

. . . . . . . .

sebelum aku pot pet lebih panjang, aku bersyukur korang diberi hidayah oleh ALLAH untuk bertudung dari tak bertudung. dan mungkin korang perlu lebih masa untuk menyempurnakan diri. In syaa ALLAH~

sebenarnya, aku tak kesa enti-orang nak pakai tudung jenis ape sekalipon. bawal ke, jaws ke, ikan bilis un aku xkesa. tapi yang perlu korang tahu ialah SAIZ tudung. jika korang pakai tudung bawal tapi besar dan menutup bahagian dada, ia tak jadi pelik. tapi kalo enti-orang pakai tudung labuh tapi saiz dye ntok budak kecik, tetap juga dianggap pelik. walaupon name dye tudung labuh. kan?

tapi ape guna labuh kalo tudung jarang?? macam bleh telus pandang. silap2 ade orang cakap, "weyh, rambut ko kat bahu jer??" pah uh mula enti-orang ase nak marah kan?? "huish ko neh tak jage pandangan!!"
*cane nak jage kalo da ko pegi tayang terang2 punye. da orang bagi, takkan xtengok!!

ade orang cakap:

"aku tengok dak2 kos laen pakai tudung kecik oke jer. dak Medic oke jer, dak Law, dak TeSL.. xde un orang pandang serong.. tension!!"
*izinkan aku untuk mengambil korang (dak2 kos laen) sbagai contoh... tapi hakikatnya lebih ramai dak kos korang pakai tudung labuh dari dak2 ustaZZASS!! -.-'

erk~ asal enti-orang xsamekan teros ngan orang gila yang tak pakai tudung uh?? pon orang tak pandang pelik kan??

ceni beb, perkara sebenar yang kite perlu tahu ialah SIAPA DIRI KITE SEBENAR?? sedar diri, ko adelah muslimah yang akan ALLAH bagi syurga. apatah seorang ustazah guru agama islam. kemon lah!

penah dengar x ayat ceni..

"xpadan ngan hapal Quran, pangai macam sakai jer.."
*aku penah kene~ T.T

atau ayat yang ceni...

"hey!! ko uh cikgu TeSL, xkan xreti speaking kot!!" atau, "mak datok, cekgu Math un xreti nak darab bahagi??"

jadi, ape orang akan kate kalo guru agama islam pakai tudung kecik?? (termasok semua jenis tudung)
mungkin lebih hebad dari uh kan??

ade juga orang cakap:

"perlu ke labuh untuk nampak baik. don't judge the buku by pembalutnya oke!!"

erk~ sebelom ak pegi lebih jauh nun disana. cuba bace-hadam ayat nih dulu. check it out...


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(al-ahzab : 59)


jelas ayat tadi?? menutup aurat bukan sekadar menutup. tetapi menutup dan melabuh.. nun jelas diatas ayat sana.

ade pulak yang cakap ceni:


"kalao saya pakai tudung kecik tak bermakna saya jahat. mereka nun diluar sana ramai je yang pakai tudung lebuh tapi hati mereka rosak. mereka suka mengumpat. mereka suka menghina. jadi saya selesa dengan cara saya sekarang. biar tudung kecik tapi hati baek."

emm~ aku rase la kan ayat diatas same ngan ayat orang2 yang tak mao bertudung. penah dengar ayat ceni??

"biarpun aku tak bertudung, tapi aku baek. solat aku jaga. puasa aku tak tinggal. plus ngan senin khamis ag. luaran xpenting. yang penting hati.."

nampak persamaan ayat uh? just tukar "tak bertudung" ngan "tudung labuh".. yang laen same jer..
*ayat nih da lapok!! sekian~

aku teringat kate2 ostad ak..

"jika bahasa mencerminkan bangsa, maka akhlak luaran mencerminkan hati dalaman."

mula2 aku un xleh trima ape yang dia cakap uh. tapi bile aku pikir2 balik, ade betul gak. pernah korang dengar hadis nabi tentang hati. jika rosak hati maka rosaklah seluruh tubuh. jika baek hati maka baeklah seluruh amal perbuatannya.

jadi, manakan mungkin hati yang baek tapi luarannya kurang baek. kalo hati baik mesti luaran baek. kalo hati kurang baek mesti luaran kurang baek.

so, adakah nabi tersilap cakap atau kita yang tersilap? bukankah setiap yang nabi kate merupakan wahyu ALLAH. dan nabi tidak pernah sekali-kali bercakap bohong !
(ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD)

jadi kalo kita kate hati yang penting, luaran xpenting.. maknanye ade masalah pade hati kita.

oleh itu, berubah lah walaupon payah.. cuba sedikit demi sedikit. lebih baek telan yang pahit demi kebaikan dari telan yang manis tapi membawa keburukan. sedikit dengan ikhlas menghilangkan kepahitan yang maha menggunung. tapi yakinlah yang pahit itu akan menjadi manis kerana ALLAH tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. lebih2 lagi jika ingin berubah. 

aku harap enti-orang bleh terima ape yang aku cakap. usaha, doa dan berserah milik aku. tapi hidayah tetap milik ALLAH. semoga DIA membuka ruang dan memberi rezki kekuatan untuk berubah. 

"Tuhan kami, tunjukkanlah kebaikan kepada kami dan berikanlah rezki kekuatan kepada kami untuk melakukannya, dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan dan rezkikanlah kekuatan kepada kami untuk menjauhinya.. Amiin~"

*sebenarnya entry nih bukan saja pasal tudung labuh, tetapi sume benda pasal tudung. dari segi saiz, sifatnya tebal atau nipis dan pelbagai aspek agi. indahnya jika berfesyen patuh syariat. buatlah sesuatu dari hati. dan aku mohon maaf dari hati yang serba kekurangan jika korang kurang selesa dengan ape yang aku cakap.

bertudung dengan sempurna milik semua, bukan hanya milik ustazah sahaja. milik semua yang bergelar muslimah. dan untuk bakal bidadari syurga :)

hanya satu sebab aku menegur, kerana masih ade yang sayang. dan tegurlah aku jika aku silap. sangat dialu-alukan~

 assalamu'alaikum!!



nota kaki
*maaflah lame xapdet, bakat menulis un semakin berkurang.
**untuk pengetahuan yang lebih, sila klik sinisini dan sini.. selamat membaca!!
***enti-orang uh ialah enti=awak dalam bahase arab (khas untuk pompuan sahaje).. saje nk praktik bahase arab =)