Saturday 2 May 2015

Di Garisan Permulaan

assalamualaikum dan salam sejahtera.

alhamdulillah, ALLAH da beri kekuatan untuk aku bangkit dan kuiat untuk menaip entry baru.

dan hai followers yang selalu saport aku dan sentiasa tertunggu-tunggu aku punyer tulisan *ade kerr?* masuk bulan hari nih dah 10 bulan aku tak hapdet blogg.

tak ape lah. bukan aku tak sudi nak apdet. tapi kekangan kerja yang sangat ketat.

sekarang alhamdulillah aku semakin sehat dan baby dalam perut pun semakin hari semakin besar *bila la aku nak kurus ni -.-'* walaupun dalam kesibukan dunia student yang kadangkala menghimpit dan menyesakkan dada aku, tapi alhamdulillah makan tetap aku utamakan walaupun kadang-kadang tengah malam. heee

kadang-kadang orang mungkin kata aku sombong sebab tak selalu text dan lepak macam dulu. so please geng, aku tak sombong tapi aku tercungap-cungap mengejar jadual yang sentiasa penuh.

dan....

yeya kali pertama aku pergi ke sekolah sebagai guru dan mengajar subjek major aku. alhamdulillah perasaan agak eksaited. dan terlebih eksaited kot. dan minggu depan adalah minggu last di SK Dengkil. sayang sebenarnya aku nak tinggal SK Dengkil. kat sana aku rasa macam ada satu semangat untuk terus berdiri dalam dunia pendidikan.

banyak menda aku belajar bila aku berpraktikum nih. kawalan disiplin dalam kelas sangat penting. bila aku tengok muka suci budak-budak nih, terus terbayang masa aku sekolah rendah dulu. sememeh kot. haha

dunia pendidikan sekarang tak sama dengan dunia pendidikan dulu. tekanan kerja guru sama saja dengan tekanan kerja profesion lain. mungkin lebih. percayalah.

kini didepan aku adalah hutan belantara yang harus aku pelopori. untuk aku jadikan si kayu jati itu sebagai perabut, si mengkuang itu sebagai tikar. sang singa bukan sahaja gagah malah ada berguna untuk negara. sang serigala yang lincah berkata-kata.

di belantara ini juga ada serangga yang mengganggu, ada duri yang bisa merobek kulit kaki ku. biar darah yang mengalir ini adalah satu bayaran pengorbanan untuk anak didik terchinta.

disini,
aku disini,
digaris permulaan,
sebuah perjuangan.


"Aku Mua'allim, belantara dihadapan ini akan aku ubah menjadi sebuah kota. padanya ada segala. agar mengalir terus pahala, selagi mana ia diguna, walau aku sudah tiada"


bagunlah sebagai seorang muallim :')


Sunday 31 August 2014

aku tidak marah

suasana pagi yang dingin amat menyenangkan.

*beep*

kedengaran deringan telefon di sudut meja. satu pesanan ringkas dari aplikasi whatsapp diterima.

"akak ada kirim barang untuk kau. nak tak?"

"dah kalau barang aku, mestilah aku nak." - sent.

"oke belanja aku eskrem dulu."

"malas." - sent. ringkas.

"kalau tak nak belanja, aku tak nak bagi."

"tak nak bagi sudah." - sent

"seriyes tak nak?"

"emm. " - sent. ringkas.

** ** ** **

jam-jam kuliah sudah tiba dipengakhirannya. semua pelatih berkemas untuk ke masjid. Zohor mungkin bertandang tidak kurang 5minit lagi.

*beep*

"betul ke ko xnak barang ko nih?"

"nak. tapi kalau ko xnak bagi xpe lah." - sent.

perlu segera ke masjid. takut tidak sempat letakkan beg di bahagian depan masjid. maklum saja sejak akhir-akhir ni banyak kes kehilangan laptop.

*beep* -  telefon berbunyi lagi. ah biarkan. aku nak segera.

** ** ** **

"Kerol, aku da kat bawah. cepat turun. tadi janji nak antar kete aku g bengkel." - Si Kamal sudah tersengih di tempat parking.

"oke jap, aku tukar baju lu. tak kan nak kuar pakai baju kuliah. rimas lah."

"oke bereh."

sedang bersiap untuk keluar, satu pesanan dari whatsaap diterima.

"aku ada kat lib. kalo nak barang kau meh amik kat sini."

"kau bawak esok je lah. aku nak kuar r jap ag. ag pun kalo rase benda tu membebankan, buangkan aja." - sent.

nak cepat. taip ikut terlintas.

"oke, insyaALLAH. ustaz jangan garang sangat."

** ** **

beberapa hari kemudian,

ketika sedang asyik melakar mural didinding sekolah untuk tugasan khidmat masyarakat, tiba-tiba telefon berbunyi,

"hello, eh nak eskrem tak? hari tu beria sangat nak eskrem. meh sini aku belanja." satu pertanyaan dalam percakapan didalam tailan telefon.

"nak!" - riak muka eksaited. ya aku da tahu. kau alah pada mahkluk eskrem nih.

beg plastik dihulur, didalamnya ada eskrem.

"terima kasih." senyum. "kenapa ritu ko xnak bagi aku eskrem? ko marah aku eak?" - satu soalan dilontarkan sambil membuka plastik eskrem.

"tidak. aku tidak marah. tetapi aku mahu kau sedar, buatlah sesuatu kerja tanpa mengharapkan balasan. kerana nanti balasan itu akan datang dari sumber yang engkau tidak jangka." - aku renung kebawah. "aku tidak marah. jauh sekali benci. kerana kita kadangkala tersilap dalam perbuatan." - bisik hatiku.

"kerul, ko jangan marah." - ada butiran cairan jernih dimatanya.

"ya, memang! aku tak marah." - tegas hatiku, dan beredar pergi.

buat kesekalian kalinya aku bertegas lagi, "aku tidak marah!"


terima kasih langit kerana sudi temankan aku selama ini. - aku tidak marah.

#jangan berkcil hati, jangan menangis, jangan kecewa, kerana AKU TAK MARAH :')

Wednesday 6 August 2014

Kembar ke twin eh?

assalamualaikum.

syukur dan puji hanya untuk ALLAH, tuhan seluruh alam.

selawat dan salam keatas kekasih yang dirindui, Nabi Muhammad s.a.w.

aku da rasa da lame aku tak up new entry.

jika tanya bloger lain kenapa mereka tak buat entry baru mereka mungkin cakap busy.

tapi kalo korang tanye aku kenapa tak buat entry baru aku dengan bangga dan kembang idung aku cakap malas.

yelah, senanya nafsu aku untuk berbloging nih semakin merosot.

tiada awek cun nak komen,

tiada calon mertua nak komen,

tiada tice cun nak komen,

sedih, sentap, kecewa.

oke, sebelum aku tutup entry nih, jemput blog baru aku,

kire macam kembar blog ni lah.

khas untu education. yelah, macam xde berguna kan aku amik kos pendidikan kalo xleh bagi manfaat kepada orang lain. aku pon nak jadi orang yang nabi sebut;

"sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia lain."

oke, klik sini

terima kasih.