Friday, 2 December 2011

lelaki ini...

ada sebuah kesah..

lelaki ini belum pernah merasakan kasih sayang seorang ayah. ayahnya yang tecinta meniggal dunia ketika dia masih lagi dalam kandungan. namun ia tidak sedikit pun menjadi batu penghalang untuk menjadi seorang ayah yang teguh dalam kasih terhadap anaknya.

lelaki ini ditinggalkan ibunya ketika masih kecil. belum puas meneguk kasih ibunya. namun itu tetap takdir. siapakah yang mampu menahan taqdir ini??

lelaki ini menggigil ketakutan apabila didatangi oleh malaikat. lalu diminta untuk diselimutkan oleh isteri tercinta.

lelaki ini pernah dikatakan gila apabila mengatakan bahawa ALLAH itu Tuhan Sekelian Alam. pernah juga dilontar dengan batu hingga patah giginya ketika dalam medan perang.

lelaki ini rela meninggalkan kampung halamannya demi mencipta sebuah tamadun yang beriman kepada ALLAH. juga menjadi seorang pemimpin sebuah negara yang berbilang bangsa. namun kita tidak pernah mencontohi politik beliau.

lelaki ini gigih menyebarkan kebenaran. mengatakan bahawa tiada yang  berhak disembah melainkan ALLAH.

lelaki ini seorang yang buta huruf dan dan tidak pandai menulis. namun apabila berbicara kata-katanya disinari dengan nur ilmu dari ALLAH.

lelaki ini pernah bertahajjud sehingga bengkak kakinya. walaupun dia tahu bahawa dirinya sudah menjadi ahli syurga.

lelaki ini diejek dan dihina ketika dia mengatakan dia diisrak dan dimikrajkan oleh ALLAH dalam satu malam. semua manusia menidakkannya. namun kata-katanya dibenarkan oleh sahabat karibnya.

lelaki ini tidak meniggalkan harta dan kemewahan kepada ummatnya. namun hanya ilmu yang dapat diwariskan.

lelaki ini tidak pernah berputus asa dalam menyampaikan dakwahnya. dia yakin bahawa Tuhan bersamanya.

lelaki ini sangat lembut bicaranya sehinggakan cahaya hidayah itu mengalir melalui kata-katanya.

lelaki ini mengerang kesakitan ketika ajal menjemput. namun ia masih lagi mengingati ummatnya.

lelaki ini amat menyayangi ummatnya sehinggakan ia meminta agar segala azab sakitnya sakaratul maut ummatnya ditimpakan keatasnya.

lelaki ini, ketika malaikat maut datang menjemput untuk kembali kepada kekasihnya, dia bertanya tentang hak ummatnya.

lelaki ini adalah seorang pejuang agama. seorang Mu`allim yang terulung. seorang Muaddib yang unggul.


*****


semestinya kalian tahu siapakah lelaki ini kan? lihatlah betapa kasihnya dia kepada kita. namun sekadar manakah balasan kasih yang telah diberikan? 

bagaimanakah kita menghayati perjuangan dan pengorbanan Rasulullah kepada kita? ingatlah, tanpa kesabaran dan pengorbanan yang dicurahkan, kita tidak mampu menikmati islam pada hari ini.

sebelum TIDO muhasabahlah seketika.


"bukanlah dari kalanganku bagi sesiapa yang tidak mengamalkan sunnahku" 
-mafhum hadith


Allahummasolli`ala sayyidina Muhammad..


Muhammad S.A.W dihati kami


"lelaki ini yang selalu mencintaimu, selalu... tanpa ragu."




notakaki:
*renung dan hayati cinta Rasullah kepada kita.
**aisha, nah entry yang lu nak. tengok tido uh.. wa da bold. kire ade ketan gak la ek.. hehe.. =p
***jayakan kempen cintakan Rasulullah!!

1 comment: