Sunday 7 July 2013

aku ke ko?

assalamualaikum. dua situasi pada dunia sekarang.

Situasi Pertama:

Si Isteri: abang, ape nak jadi ngan anak kita nih? solat xreti. bace quran xreti. tyme puasa ponteng puasa. biadap.

Si Suami: reliks. cool bebeh. jangan gabra. pandai la cikgu kat sekolah didik dia.

Si Isteri: ok, ya tak ya jugak. yuran da bayar. kalo xbrubah nti kite g attack la sekolah uh.

Situasi Kedua:

Guru Besar: ustaz, kenapa ngan budak ni nih? markah rendah jer. slalu ponteng kelas. solat tak penah ade kat surau. dengar cite dorang xreti solat.

Ustaz: saya da ajar dye. tapi xmakan saman la. lantak dye. mak ayah dorang ade. pandai la dorang didik anak dorang. jangan pandai buat anak jer, didik tak reti. lagi pun xtrun pointer sekolah kite kalo budak uh tak lulus. ramai lagi budak laen yang dapat bekap.

*** *** ***

oke, tu sahaja cerita rini. murid zaman sekarang telah menjadi mangsa kepada "kebergantungan harapan" guru dan ibu bapa. guru mengharapkan ibu bapa mendidik anak murid mereka. begitu juga si ibu dan bapa. mengharapkan guru untuk mendidik anak-anak mereka. dengan alasan "lebih layak" atau "mang itu keje dye pon."

tanggungjawab siapa murid-murid sekarang? masing-masing menolak tanggungjawab ini. bayangkan anda ditempat kanak-kanak itu, apa perasaan anda? jika perit dan pahit, begitu juga mereka. kerana kita manusia.

tipu jika saya mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai cita-cita. bantu mereka untuk mencapai impian mereka. impian mereka besar bak gunung. namun keadaan ini ibarat jentolak-jentolak yang rakus menyodok pokok-pokok balak digunung tersebut.kini gunung itu kian botak dan x berseri lagi.*cam harem jer perbandingan aku. HAHA.* 

kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama. peranan ibu bapa dan guru amatlah besar dalam membentuk mereka untuk menjadi seorang manusia. tanggungjawab ini mesti dipikul oleh semua orang. bukan pada seseorang individu sahaja. guru dan ibu bapa mestilah mewayangkan peranan masing-masing.

sekian noktah. semoga bermanfaat~

"Dalam membentuk seorang anak yang Super Muslim, ibu bapa dan guru terlebih dahulu mesti berubah menjadi insan yang Super Power Muslim."

-sekadar gambar hiasan-

#ayat entri nih macam ayat essei PMR an? biarkan~