ayah ; along, tahniah sebab along dah lulus temuduga. now, welkem to da club. selamat menjadi seorang jurutera.
along ; okey ayah. tengs ya !! (buad muke bangge)
ayah ; sebagai seorang ayah, ade sedikit sebanyak pesanan ayah untuk along. alah base la. nak basuh cket sebelom masuk keje. em, along ingat tak kisah pasal ikhlas?
along ; kisah mane ni ayah?
ayah ; okey, mungkin along lupe kot. base lah. bapak borek, anak rintik. da kalo ayah pon pelupa, mesti anak pon terikut skali. ye dak? haha.
along ; =.="
ayah ; okey, ayah da nampak along wt muke muak. ayah tak suke, tak suke. ceni, kisah ni diriwayatkan oleh Imam Ghazali dalam kitab Ihya' 'Ulumuddin. ingat?
along ; em. xbpe nak ingat la. ce cite. cam best jer nih.
ayah ; ceni, kisah dia stat bile ad sorang lelaki soleh tau yang kat hujung kampung dia ada sebatang pokok yang bapak besar jadi sembahan penduduk kampung dia. hah, ayat ayah cam keling kan? xpa xpa, ayah susun leklok jap aek. oke, pada zaman dahulu, ada seorang lelaki yang soleh dan kuat beribadat kepada ALLAH tahu yang kat kampung dia uh ada sebatang pkok yang menjadi sembahan orang kampung. pahtu laki ni pon dengan semangat amek kapak untuk pegi tebang pokok uh.
along ; besar ke kapak dye ayah?
ayah ; besar la kot. mne la ayah tau. sambung balik cite tadi. dalam perjalanan uh, sekoq setan ni pon menyamar jadi sorang lelaki. setan uh menghalang lelaki uh dari menebang pokok uh. oleh kerana setan uh tahan dye, maka lelaki uh pon gaduh la ngan setan uh. round fes dorang gaduh si lelaki soleh uh menang. pahtu si setan uh ajak fight ag sekali. kalah jugak. tak puas ati ag si setan uh. dye pon ajak fight sekali ag. kalah jugak.
along ; alahai.. persetan tol setan uh. pah2 ayah cane?
ayah ; pahtu lelaki soleh uh pon meneruskan perjalanan untuk menebang pokok besar uh. tapi kali ni si setan uh tukar strategi. dye berjanji kat lelaki soleh uh untuk bagi satu dinar emas agar lelaki uh tidak menebang pokok uh. dipendekkan cerita si lelaki uh termakan hasutan si setan uh dan balik la beliau dengan tidak menebang poko tersebut.
along ; uit, ayah tertinggal 'k' la kat ejaan pokok kat atas uh. haa~ kantoi xpndai mengeja. kih kih kih..
ayah ; adohai~ mulut along tak der brek eh? laju jer cakap ayah xpandai mengeja. ikot perangai mak kamu la nih. huh. nah, ayah betol kan. pokok. tak cukup agi? ayah bold kan pulak. POKOK. hah, tengok sampai lebam !
along ; amboih ayah. kalu perangai buruk ja cakap ikot perangai mak. bapak borek, anak rintik la ayah~
ayah ; =.="... da da, sambung balik cite tadi. pada keesokan hari, bila bangun ja dari tidoq si lelaki soleh uh pun tengok bawah bantal. perghh~ memang ade la weyh sekeping dinar emas. memang tak percaya. terbaek ah. amat la suka hati si lelaki uh. tak sabar rase hati si lelaki uh untuk menunggu hari-hari yang mendatang. eceyh, ayat novel. pahtu pada hari kedua uh, lelaki soleh uh bagun ja tidoq terus angkat bantal. pergh~ ade jugak. si setan uh memang telah menunaikan janji dia. bagus la setan nih.
along ; tak yah duk puji sangat la ayah oi~ da kalu namenye setan, setan la jugak.
ayah ; betol kata along. da kalu namenye setan, setan la jugak. pada hari ketiga uh si setan tak letak dinar bawah bantal. bila jer lelaki uh angkat bantal, kosong. tak der pape pon. apabila bila dia sedar bahawa dia ditipu, dia bergegas amek kapak uh dan terus menuju kearah pokok besar uh. niatnya hanya satu. TEBANG !!
along ; pergh~ semangat uh.
ayah ; dalam perjalanan, si setan uh menyamar jadi lelaki yang same sebelom nih. dia cuba menghalang lelaki uh. berlaku lah pergelutan antara lelaki soleh dengan setan uh. namun pada kali nih lelaki soleh uh kalah. round 2 stat, kalah gak. ceh, xleh jadi nih. lelaki soleh uh nak lawan lagi, tapi tetap kalah. oleh kerana terkejut dengan realiti itu, lelaki soleh uh bertanye kat setan. ape yang telah berlaku? kenapa dia kalah sedangkan sebelom nih dia boleh mengalahkan setan uh dengan mudah. along tau ape jawapan setan uh?
along ; xtao. ape ayah?
ayah ; jawapan dye senang jer. " engaku kalah kerana kali ini niatmu bukan lagi kerana mencegah kemungkaran dan kerana ALLAH, tetapi kerana dinar emas". lelaki itu mengaku bahwa dia menjadi lemah kerana niatnya sudah tak ikhlas.
along ; owh, ape ketan ngan situasi saye sekarang nih?
ayah ; kaitan nya ialah buad la kerja ngan ikhlas.
along ; tpi ayah 2 cerita lame. dah xder da setan menyamar jadi manusia. dah xrelevan dah cite nih.
ayah ; sape cakap xrelevan? masih ada ag setan cam uh. tapi bukan setan yang berupa manusia, tapi manusia berupa setan. konsep kerja dorang cukup mudah. "hadiah bukan rasuah".
*** *** ***
lihat, apekah perkaitan pesanan tentang ikhlas dari sang ayah kepada anaknya yang bakal menjadi jurutera?
satu analogi yang mudah, seorang jurutera diamanahkan untuk memeriksa dan membuat laporan pasal sebuah projek mega untuk sebuah syarikat. pada hari pertama pemeriksaan, jurucakap syarikat tersebut telah memberi sepucuk surat sebagai 'hadiah' dari pihak syarikatnya. didalam sampul tersebut terdapat wang yang mampu membutakan mata hati yang telah rabun. alasan mereka senang, bukankah juga nabi pernah menerima hadiah dari seseorang?
syaitan memang kreatif, macam-macam tipu dayanya kepada manusia. bagi sesetengah pihak, mereka tidak menggunakan istilah rasuah, tetapi menggunakan kerjasama. orang sudah tidak menganggapnya buruk. malah untuk melancarkan urusan.
berbalik kepada analogi tadi, mereka memberi sedikit, tapi mengambil banyak. nanti dia akan tipu ukuran pembinaan, kadar bahan mentah, upah pekerja dan macam-macam lagi. jika orang yang diamanahkan pon dah masuk jerat, senang la mereka nak buat hal. I bekap U, U bekap I. itulah maksud kerjasama yang dikatakan.
jadi, tidak peliklah jika zaman sekarang ada yang buat stadium tapi runtuh. buat lebuhraya tapi retak. buat bangunan tapi tak kukuh. semuanya bermula dari satu asas yang susah dicari. IKHLAS.
*** *** ***
ayah ; nak dengar cite ag tak? juga pasal ikhlas.
along ; em.. bleh gak uh.
ayah ; cite berlaku ni pada nabi ALLAH Nuh A.S. pada hakikatnya nabi Nuh adalah seorang jurutera. hal ini dibuktikan dengan adanya bahtera yang telah dibuat oleh beliau.
along ; ape kaitan bahtera Nuh dengan ikhlas?
ayah ; ceni, ingat tak nabi Nuh ialah salah seorang daripada nabi ulul-'azmi. telah beratus-ratus tahun beliau berdakwah. tapi hanya ciput jer dari kaum beliau yang beriman dengan apa yang dibawa oleh beliau. segala dugaan telah dia lalui. penghinaan, cacian, maki hamun. semua sudah dirasa. malah diaanggap gila kerana membuat bahtera dia atas gunung yang jauh dari pantai dan sungai. bahteranya pernah dikotori najis-najis kaumnya. betol tak apa yang ayah cakap nih?
along ; betol, tapi along masih tak jumpa ape perkaitan bahtera Nuh dengan keikhlasan.
ayah ; (senyum) okey, bila saja ALLAH menyuruh Nabi Nuh membuat bahtera, beliau dengan bergegas membuat bahtera. denga rasa ikhlas dia membina sebuah bahtera diatas bukit. dia tahu bahwa dia hanya hamba dan ALLAH itu adalah Maha Mengetahui. hingga sekarang bahtera itu masih elok. kamu pernah dengar dindingnya retak? atapnya bocor? zaman sekarang laen. stadium tak sampai 2 tahun, dah runtuh.
along ; owh. baru along paham. (muka da berseri-seri)
ayah ; ayah saja mengingatkan. ikhlas lah dalam bekerja. teladanilah Nabi Nuh. bukan sahaja ada kepakaran, tetapi juga kejujuran. dialah jurutera yang sejati. tidak makan pujukan mahupun ejekan manusia. cuba along bayangkan macammana Nabi Nuh menghadapi ejekan kaumnya.
(masing-masing terdiam.)
ayah ; manusia sekarang laen long. mereka hanya tahu, tapi tidak sedar.
along ; O.o??. maksud ayah?
ayah ; mereka tahu rasuah itu haram, tapi mereka tidak sedar bahawa benda yang mereka buat uh balasannya neraka. na'uzubillah..
along ; erk?? owhh~
along ; erk?? owhh~
notakaki:
-diubah suai dari buku BEDUK DIKETUK, pahrol mohd juoi, april 2011, telaga biru sdn. bhd. (betoi x ak wt reference? ikot A.P.A system x?? haha..)
--entry terpanjang setakat ini.
'ketukan yang membawa kesakitan' sape mkan cili, dia la rase pedasnye |
gua paling anti kalau eja huruf 't' tukar dengan 'd'. serius sakit hati baca. ARGHH!
ReplyDeleteko karang nie weyh??? hebadd ah! tahniah2! btw, nice entry, :)
ReplyDeleteehm... 100 markah untuk cter nie... tq
ReplyDeletelpas bace entri nih, berminat lak nak beli buku Beduk Diketuk ni..
ReplyDeletebtw, thanks ya, nice sharing :)