Sunday, 7 October 2012

bebellog #8:


Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi di cakerawala
Menghiasi taman indahnya permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

Mujahidah sejati akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa

Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah
Aisyah, Fatimah, menjadi muqarrabin
Bermujahadah, merebut cinta
Dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan
Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam iringan dosa-dosa


_______________________________________________


huhoi~ assalamualaikum. ape cer korang sume? sihat? ak tak sihat hari nih. tapi BERRRRtambah SIHAT.. haha.. oke, mesej xsampai kan? aku boldkan  oke? BERRRRRtambah SIHAT. haa~ da dapatkan maksud dye uh. jap, kenapa BERRRR uh je yang besar? 
Jawapan : suke ati aku la. belog ak kan~

(seluar aku semakin kecik.. -.-')

tengok kat atas uh. tu bukan sajak oke. tu lirik lagu dari Nahwan Nur. ntah aku un tak kenal grup dari mane nih. aku jumpe mende nih un sebab aku godek-godek lappy abang aku. maklum la kan aku nih miskin. tak mampu nak beli lappy baru.

(mampu mengkeDEPANkan perut je.. -.-')

*ckigu BM, betul ke perkataan mengkedepankan uh? sila tegur eeh~ haha

oke, motif aku kopi dye nye lirik sebab bagi aku la kan lirik makan dalam seyh. terseksa bende yang duduk sebelah jantung-jiran peparu-kawan limpa, a.k.a hati. haha. gila bapak dye punyer explain!! suwey la.

and the penutup is, sila layan lagu Nahwan Nur, Untuk Mujahidah Sejati. 

KLIK SINI untuk dengar. =)
*tipu

kbye~ assalamualaikum.

(selawat kat nabi dulu.) ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD


bace quran ye dik.. nti besar jadi mujahidah sejati ^^,


Saturday, 29 September 2012

bebellog #5 ke 6 eh? :menangis la pulak

hye sume. assalamualaikum. ape kabar? aku sihat jer. sebelom gua masuk ke isi2 entry, ape kate kite selawat dulu. ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYDINA MUHAMMAD. (kan da dapat pahale uh.)

jap. aku nak stat cane eh sentence ak nih?? (ceh, cakap omputih uh~) em. cane? hadoyai. ni lah gara-gara lame sangat xhapdet belog. na tulis intro pon da terabor ayam. LOL.

amacam? boleh trima xalasan aku? kununnya xreti wat intro sebab da lame xhapdet belog? kalu xleh terima sila buat arahan yang tersebut:

1. lihat bucu kanan belah atas skrin korang.
2. nmpak tak ade simbol X kan??
3. oke, abaikan simbol uh.. *HAHA*
4. lihat skrin balik. (sebab nak bace arahan yang seterusnya.. )
5. tengok bucu bawah belah kiri.
6. ade nampak tak yang bulat kaler biru?
7. kalu nampak angguk.
8. xnampak pon angguk.
9. oke, suma angguk. maknanya kepala korang masih berfungsi dengan baik (ucap alhamdulillah~)
10. oke, abaikan yang atas uh..

ceni la. aku ade satu tip nak kongsi ngan korang. haaa~ teruja tak? teruja la teruja la teruja la. *kasi penampang sebijik!*

dah.. ak da habis idea nak tulis ape. sekarang aku nak mintak korang cadang tajuk untuk aku tulis belog. sila komen kat bawah ea..

setakat ni jer aku nak bebel. tak leyh lebih-lebih. nanti abeh air liur aku. sape nak reload kalu abeh?

kbye~ assalamualaikum.

notakaki:
*tip yang betul-betul punya. cara nak jimat letrik rumah..
**tekan button windows.
***tekan arrow belah kanan.
****tekan enter.




Saturday, 22 September 2012

kita tak sedar kan??

kehidupan student..

student A: der, orang da azan la weyh. jom g solat kat masjid sesame. =)
student B: aik, awal lak azan rini. ko pegi r lu. aku nak wat esseimen dulu nih. nati aku solat la nga iman nati kat bilik. jemaah jugak kan~

_***_

kehidupan seorang bapa..

anak: Papa, malam nih ade party kt umah kawan Syasya. nak join bole?
Papa: eh, bole~ (angguk kepala laju)
anak: tapi papa Syasya rase nak pakai skirt la malam nih. baru nampak seksi siket. nati ramai la yang tengok kat Syasya nati. glemer gi2.. auw~
papa: pakai la ape pon sayang. yang penting u xrosakkan papa punye bisnes.
anak; luv u papa!!

_***_

kehidupan seorang artis..

wartawan: ape komen u bile orang cakap u makin seksi?
artis: eh, ape pulak nak komen2.. da memang i nak pakai seksi pon. barula up 2 date!!
wartawan: suami u xmarah ke?
artis: x. suami i xmarah pon. dye paham pekerjaan i. so, redha i terletak bawah tapak kaki suami. wat pe nak ikot orang cakap.

_____________________________________________________________________


bila Rasulullah dihina, semua ummat islam bangkit membantah~

*student

"eh, orang yahudi hina nabi la. kuang hajau betol. jom kita wat demontrasi!"

*bapa

"sayang, mereka hina nabi kita la. sampai hati dorang. nati syasya jangan jadi ceni tau!!"

*artis

(apdet status FB)
"saya sebagai pemenang anugerah bintang paling seksi abad ini mengutuk keras kepada mereka yang hina Rasulullah. Saya sayang Rasulullah!"

*sang balak kepada awek dye

u, u da tengok da ape yang orang kafir buat. dorang hina nabi la. jom apdet status kat FB. oke, i tido lu ye. ummuaahh~ <3... jgan lupa esok date!"

_____________________________________________________________________


Rasulullah pernah bersabda:
Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)



bace hadis atas dan faham! hadam! telan! jangan buang!

bile golongan yang memusuhi islam menghina dan mengutuk nabi, kita melenting dan cakap," kuang hajo, baik korang buat permhonan maaf secara terbuka."

betol, kita sayangkan Rasulullah. dan itu adalah tandanya.

tapi, dalam tak sedar kita telah mengkhianati Rasulullah. 

kita mengaku bahwa ALLAH adalah Tuhan seluruh alam, dan Rasulullah sebagai Utusan ALLAH.

dan kita juga mengaku bahaa Al-quran itu adalah BENAR

dan mengakui bahawa janji-janji ALLAH itu BENAR

dan beriktikad bahawa Baginda adalah sebaik-baik ikutan

dan kita juga mengakui bahwa islam adalah agama yang BENAR

tapi, kenapa bila Rasulullah cakap aurat itu wajib ditutup, kita tak ikot??

bila Baginda cakap solat jemaah dimasjid adalah lebih afdhal, kita tak beramal??

bila ALLAH cakap neraka itu seburuk-buruk tempat kembali, kita xkesah. yang penting kita enjoy.

kemon bro. cuba pikir andai Rasulullah ada dalam masayarakat kita pada hari ini, mungkin baginda akan tersenyum melihat keberanian kita menentang kaum yahudi laknatullah. Ya, baginda bangga.

tapi, apakah reaksi baginda bila melihat kaumnya tidak menutup aurat dengan sempurna? membiarkan masjid dipenuhi cicak berbanding manusia? melihat akan kedayusan seorang suami? dan melihat sifat mungkir amanah sang bapa?

mungkin menitis air mata baginda.

usah menunding jari kepada mereka. kerana itu adalah tabiat mereka. LAKNATULLAHU 'ALAIHIM.

tapi tugas kita ape? bukan sekadar berdemontrasi. bukan juga sekadar apdet status FB dan buat tweet. tapi lebih dari itu.

cukuplah mengkhianati baginda. kembali kepada sunnahnya. kerana kita Pencinta Rasulullah!

bila duk belek2 FB, aku terkesima dengan status FB seorang kawan. dye cakap:


enemies of islam not fear with burning tyre... but they fear with the crowded mosque. because they knows, the power of muslim come from ALLAH.


dekatkan diri kepada ALLAH. dan kita mampu menandingi mereka. :)


cintakan Rasulullah, ikutilah sunnahnya




"ini adalah rekaan semata-mata untuk menerangkan hakikat sebenar"

Wednesday, 8 August 2012

HAHA HAHA !!

oke peps~ gelak dulu ea... HAHA HAHA.. XD

ape cer skang doe. chat? ak un chat. same la kite~

oke da abih apdet. kbai~



wekk~ :P


notakaki:
*aku sjer jer nak share sal gamba nih.
**nmpak x entry yang xde ketan ngan tajuk uh?? HAHA

(HAHA uh same kan ngan HAHA tajuk uh. yes! related gak ngan tajuk akhirnya..)

Thursday, 2 August 2012

tak jemput un, tapi datang gak

musim yang ditunggu-tunggu da sampei. KKP. yeah~ =.='


nmpak x muka bz uh??


sebab satu sem sekali masuk lib, so bdak2 ni menunjukkan kejakunan mereka secara total. haha.


penjakun tegar. dari kiri: aziq, rean, jamil, mey mey



tengok!! senyum cam teruja yang maha amat an? oh damn!


kbai~

#ni belog saye, so haruslah nak tayang muka saya. HAHA!!

langit yang satu, tapi ia untuk semua.

SITUASI PERTAMA

"hey, tadi an aku jumpa brader uh tak pose. huish~ terok betol."

"alah, mungkin dia musafir kot."

"musafir kebendenya. brader uh duk belakang umah sewa kite jer."

"dah uh kenape ko tak pegi tegor jer??"

"eh, aku lak. ko la. ko an budak agama. aku nih pengajian melayu kot."

#pang! (amek hang penampaq sedaih~)

*** *** ***

hai peeps~ da rase da penampar uh rase cane? bes kan? kalo ko jumpa agi manusia spesies ceni sila bagi siku hampa yang tajam uh kat muka dia. bole?

ko tau tak? ALLAH buat syurga bukan untuk golongan agamawan sahaja. sebab Dia tahu yang golongan Pengajian Melayu un hamba Dia. 

sebab ape beb? sebab ALLAH tengok taqwa bukan rupa, pengajian, ko asal mane and bla bla bla ag.

dan satu ag. sebab satu hari nati ALLAH tanye balik kat sume manusia ape yang dorang buat untuk islam terus tegak kat dunia. dan soalan uh nanti bukan exclusive untuk agamawan sahaja, bahkan untuk golongan- yang lain. paham? ke nak suh aku bagi penampaq sedaih ag baru hang nak hadam n telan. then baru paham. mahu!!??


___*___*___



SITUASI KEDUA

"syeikh, enta bile nak jadi imam nih? asyik orang same jer yang jadik."

"eh. ana xmacam enta. ana base jer. enta uh hafiz. untungla hafiz."

#gedegaq!! (amik hang penumbuq sekoq)


*** *** ***


buat korang yang penah alami situasi ceni, aku sarankan korang p tumbuk muka orang yang berkenaan. sebab ape? sebab orang uh hanya reti cakap tentang keuntungan, tapi nak buat keuntungan tak reti. so, bagi penumbuq sedaih~

bukan ape. nak suruh dye tao yang untung xdatang terkedek-kedek kat korang. korang kene usaha. baru dapat. 

kalo da tahu mende uh untung tunggu ape lagi, same-same la buat. jangan maen cakap jer. tu tak cerdik namenye. 

contoh nye mudah. korang kuar ngan kawan2 korang. mase uh korang sangat lapar. nasi da ade kat depan mate. tunggu makan jer. kawan2 korang da setat melantak tapi ko just tengok je nasi uh. pah uh bleh lak cakap "untung la orang uh kenyang makan nasi." 

hadoyai. aku kate mangkok kang ade yang terasa. da mende uh ade depan mate. tunggi ap lagi? pulun la mangkok! 



*** *** ***



"sesungguhnya orang yang paling mulia diatas muka bumi ni ialah orang yang paling tinggi taqwanya"- Al-Quran


nota kaki:
*taqwa hilang seri jika tidak dibajai dengan iman dan amal. 
*sebab ape ALLAH cipta syurga untuk semua? sebab ALLAH nak menunujukkan yang Dia ini Maha Adil. kerana iman tak dapat diwarisi kepada seorang anak oleh seorang ayah yang bertaqwa. PAHAM??

Wednesday, 1 August 2012

ini sebuah realiti

assalamualaikum peeps~

percubaan untuk membunuh diri dalam kelas. apdet blog!! HAHA..

aku ase ipg patot blok la blogger time kuliah. nanti ramai yang jadi macam aku. apdet blog time kuliah. haha.
aku arap reaktor ipg xbace blog aku nih.

oke, skang aku nak taip ape eh? hadoyai~ apdet blog tapi xtau nk tulis ape. ape barang bro?? (eh helo, aku tak jual barang oke. aku cekgu.)

ngeng~ blur doe. ceni la. aku nak story satu citer ea. arap2 dapat jadi pengajaran buat ak ngan ko!! paham?

ari uh IPG aku ade wat kursus pengurusan jenazah. pahtu aku ditugaskan untuk g amik penceramah kat shah alam. dengan mentah-mentah aku tolak. gila kao!! bangi ke shah alam jaoh toqq! sejam lebih kot. naek kematu lutut aku drive kete. tapi belom sempat aku tolak kawan ak da sanggup nak temankan aku. sebenarnya aku tolak uh bukan aku takot letih. tapi aku nih jenis buta jalan. ahaha. tu sebab aku tolak uh. bole tak ko bayang aku leh sesat jalan walaopon da berpuluh-puluh kali aku lalu. uish~ ape punya bengap la aku nih. ( makan megi banyak sangat kot) eh, megi lak yang salah~ =.='

oke, sambung balik cite..

aku setat bertolak nk g shah alam uh dalam kul 4 pagi. hah kao~ 4 pagi ag turun. memang la an. majlis setat kul 8. pegi balik da 3 jam. tambah pulak sesat cket jai 4 jam. so, kire ngam2 la an.

aku un drive la an. pecot punye pecot sampai la kat masjid Jalan Sulam kul 5. dek sebab letih ak duk pening2 pilih jalanxdi, aku un teros naek masejid dan teros tido. pergh~ nikmatnya dunia ak ase time uh. yang kawan aku lak sibuk duk pikir sal sahur. ceyh~ shiak la. dorang xpe la bleh tido jer lam kete. pah uh sampai bleh plak pikir sal sahur. manyak minyak muke ko!!

tengah dorang duk sembang2 sal sahur uh, maka datanglah seorang lelaki...... jeng jeng jeng (suspen le tu. haha.) lelaki uh ahli qaryah masjid la.lepas maen pandang2 ngan member aku, dye un tegor ktorang. mungkin ade kesan jalan jauh kot. dye tanye yang kitorang datang dari mane? kitorang cakap la yang ni kitorang datang dari bangi, bla bla bla bla~

pah uh tetibe pakcik uh tanye, da shur ke blom? kawan aku nih dengan muke selamba jer jawab belom. siyes aku xcaye. mamat ni bukan maen macho kat IPG, sekali dye jawab yakin gilak. mungkin lapar sangat kot.

pahtu pak cik un teros bangun. amik nset n call bini dye. "yang, tlong siapkan nasi tiga pinggan. ade 3 orang budaktakmalu musaffir xsahur ag. nati abang bawak dye pegi umah ea." terkejot kerbau aku dengar doe. ALLAH. muka aku da tebal bhai~ tapi kawan uh da main kenyit2 mate. siakap punye orang. nampak sangat tengah kebulur.

pakcik uh un bawak kitorang pegi umah dye yang kat depan masjid. masuk je rumah bini dye da senyum2 kat kitorang. malunya aku xyah cakap la an. mau pecah muka nih. kalo la boleh aku jalan guna muka da lame aku wat tau~

*haiyark!! btery laptop da low. aku ringkas kan ea. malas nak taruk charge. kelas da nak abih.

ALLAH~ sumpa aku xpcaya ade ag manusia yang baik ceni. yang sanggup bagi mkan kat kitorang walaopon baru 5 mnit kenal. Kaya nya Engkau ya ALLAH. tapi muka kawan aku uh cam base jer. ceyh, sape tak suke dapat makan sahur free.

natijahnya, baru la aku tau hikmah kenapa aku ditugaskan untuk datang kt shah alam nih. ALLAH nak tunjuka kat aku yang masih ade manusia yang hatinya masih suci sesuci top macam embun. insaf~


aku sahur ngan mende nih la. *tipu*

oke, bai~


nota kaki :
#pakcik nih ade anak pompuan lawa. HAHA..

Friday, 27 July 2012

saya depan, awak belakang

assalamualaikum.. selamat menyambut ramadhan al-mubarak.. (aku harap maseh awal ag koyt aku ucap mende nih.. hehe)


*** *** ***


*saya*: awak, saya nak bagi awak something nih.. 

_awak_: eh, awak nak bagi ape? (teruja)

*saya*: nah, amik la.. saya bagi awak quran kecik nih.

_awak_: eh, tetibe kot. untuk ape nih?

*saya*: bukan tetibe, tapi memang nak bagi awak pon. amek la. nanti saya jadi imam awak semak la bacaan saya ea. maaf. saya sedang cuba untuk menjadi imam yang baik untuk awak. untuk hari ni, esok, dan selama-lamanya. tapi saya perlukan sokongan awak.

_awak_: (terdiam...........)

*saya*: biarkan SAYA DI DEPAN, AWAK DI BELAKANG. sungguh saya menghargai awak. kerana awak permata buat saya. jadi biarlah saya yang menjaga awak. dan bimbing awak. :) untuk selamanya.


*** *** ***


# cerita kat atas uh rekaan semata-mata hidung dan mulut. xde kene mengena yang da hidup dan yang masih meninggal dunia. (HAHA!)
# entry nih sebenarnya untuk pencerahan isu pegang quran ketika solat. oleh itu, sila tekan sini. eh tak~ sana. tak jadi ke? sinu kot.. (eh, ade ke perkataan sinu??)
# sambil-sambil updet blog, kene la jugak mengarot siket-siket.. (bulan pose pon nk mengarot gak ke?? astaghfirullah. sila bagi pelangkong kat saya sebijik~)




cincin uh yang penting :)


gambar hiasan semata-mata



*kbai~ assalamualaikum.. :)

Tuesday, 24 July 2012

bebellog #6: ngeng~

assalamulaikum peeeeeeeeeps~

caner ramadhan taon nih? sonok? hebat? dahsyat? pape un kene syukur kt ALLAH ea.. :)

eah~ jap... pejam mate...

tarik nafas... yea, tarik nafas..

dalam-dalam cket..

eah! idea xdatang doe... xpe2, pejam mate ag... tenangkan fikiran lu..

sambil-sambil korek idung..

WHAT!! korek idung??!!

ak pose la rini.. DAMN!!

haha.. :P


ak mengidam nak makan colek perut weyh~


kbai~

#entry nih ak taip dalam kelas. ustzah tengok pelik jer. agak kalut oke. HAHA#


Friday, 29 June 2012

bebellog 5 : aauucakk!!

Assalamualaikum

Pengumuman, pemilik belog ini masih hidup dan sihat wal 'afiat


Aucakkk~ HAHA!

*lame kan xapdet belog nih?? saje malas.. HAHA..
*abaikan budak kecik kt blakang uh.. 

Saturday, 14 April 2012

bebellog 4 : letak sediri tajuk

merinudi dia... ya, dia..


masih menanti dia..



untuk dia yang membaca :
aku tidak tahu siapakah dirimu,
siapakah wali mu,
bumi mana kamu berpijak,
apakah bangsa mu,
sejernih mana mata mu,
semanis mana cinta mu,
tetapi aku yakin kamu adalah dia..

Friday, 30 March 2012

colek VS lopak tikey

assalamualaikum. aku ada disini hanya untuk melengkapi kekurangan dirimu. begitu juga dirimu kan?


*** *** ***

weyh kao~ ape kabar? da lame rasenya aku tak menaip belog. mungkin sebab jadual KKP yang sangat padat dan mendesak aku untuk melupakan cik belog nih. (oh belog~plis jangan majok nah..) tapi, dengan sifat kesetiaan yang ada pada aku, mana mungkin aku mendustai ketulusan hati cik belog. kan kan kan???

*aku da abis pendahuluan, isi teros~

dalam entry kali nih aku nk huraikan tentang tajuk yang kat atas uh. tajuknya bunyi ceni, colek VS lopak tikey. (weyh ap uh?) nme sebenar beliau ialah rojak buah VS lompat tikam. ade setengah qaul kata tikam lidah. nah kau. cam belajar feqah lak kan mean qaul-qaul nih.. keh keh keh..

seterusnya, ape yang aku nak kaitkan dengan dua mendalah ni? xde ketan kan? nak kate aku kene wat kkp pasal mende nih memang tak la kan. ape ko ingat ade madah memasak lak ke kat ipg nih? oh pelis~ aku takut ramai lak yang cirit makan menda yang aku masak nati. ahaks~

*entry aku belom abes ag ea..

korang tengok LT (sebut lompat tikam), ade macam2 kaler kan? merah ade, putih ade. tak dilupakan warne ijo. kaler itam pon nak tumpang sekaki. tapi jika salah satu dari warna nih xde, secara otomatik nafsu nak makan jadi kurang. dan mungkin agak pelik kalo warna2 tadi ditukar kepada warna laen.

begitu jugak dengan colek @ rojak buah. semua buah-buahan digaul sebati dengan perisa. ade rase manis, masam, pahit, tasteless dan sebagainya. tapi bila dicampur dengan buah-buahan laen, mendalah uh menjadi lebih superb. dan asenya kurang enak bila salah satu dari buah-buahan asasnya xde.

*dan...

aku nak kias kan kat sini, persahabatan kite macam mendalah ni. aku ade untuk melengkapi korang. dan semestinya hadirnya korang untuk melengkapi aku. manusia tidak pernah sempurna kerana sifat kesempurnaan itu hanya milik ALLAH secara mutlak. 

lihatlah pada kueh LT uh, jika aku sang pulut, maka aku akan kekal menjadi pulut hingga ke akhir hayat. akan tetapi jika aku bersama kalian, aku akan menjadi lompat tikam dan harganya juga meingkat. faham maksud aku kan?

konsepnya same dengan rojak buah. kita berasal dari pokok yang berbeza, warna yang berlainan. dan semestinya juga rasa yang berlawanan. tetapi kita dapat disatukan dalam satu pinggan dan menjadi kegilaan ramai orang awam. hebat kan kita? 

ada kamu untuk melengkapi aku. =)



colek buoh @ rojak buah


tengok uh, ade kaler merah. ijau pon ade. bukan ke uh kaler2 epal? HAHA.
(lompat tikam @ tikam lidah)



ok bai~

Monday, 5 March 2012

maka aku lah pasir itu..

assalamualaikum..

selama aku berkenalan dengan kalian..
tipu jika aku cakap yang aku nih xpenah wat korang sakit ati. bohong kalo aku cakap korang sume suke dengan perangai aku. kelentong jika aku cakap korang bangga ada sahabat macam aku. kan?

*** *** ***

kucing : aku da fedap ngan ko. menyampah gila. puih~
ayam : maaf kan aku. aku tak sengaja. pliss~
kucing : maaf maaf maaf. tu la keje ko dari aku kenal dulu sampai sekarang. buat keje tak penah betol. dah la. malas aku nak layan ko. lembap cam makan semut ja. B@#%H!
ayam : (menitis airmata..)

*** *** ***

kawan...
jika sahabat mu salah, tegurlah dya dengan baek. bukan begitu caranya. dye juga punya perasaan. sama seperti kamu. 

kawan...
seorang sahabat bukanlah sesempurna manusia. kerana manusia yang sempurna hanya MUHAMMAD s.a.w.

kawan...
sekali air mata sahabat mu jatuh kerana perbuatan mu, sejuta kejujuran belum pasti dapat menggantikannya. kerana airmata adalah dari hati. jika ia mengalir, maka hatinya sedang terluka.

kawan...
jika engkau mahukan sahabat yang sempurna, maka janganlah engkau hidup didunia ini. kerana sahabat yang sempurna tidak lagi ada di zaman ini.

kawan..
aku tahu aku bukan seorang ilmuan untuk berdamping denganmu. aku juga bukan seorang hartawan untuk aku seiringan dengamu. tetapi aku hanya seorang sahabat yang setia disisi temannya di kala susah dan senang. salah kah perbuatan aku ini?

kawan...
jika engkau merak yang punyai mahkota, maka aku hanya gagak yang punyai bulu yang hitam. tetapi ingat sahabat, merak mana yang mampu terbang? kerana itu tuhan ciptakan aku untuk kamu.

kawan...
jika kau matahari pada waktu siangnya, maka aku tidak mampu bersinar pada malam hari, kerana aku adalah bulan. katakan padaku bulan manakah menyinar tanpa cahaya dari sang matahari? kerana itu DIA ciptakan engkau untuk aku.

kawan... 
terima lah aku seadanya. jika itu salahku, maka anggaplah itu kekuranganku. maafkan jika aku bukan terbaik untuk engkau.

kawan...
akhir sekali, jika engkau sebuah berlian, maka aku rela menjadi pasir hanya untuk menyempurnakan perbandingan antara berlian dan pasir. tentunya berlian lebih berharga.

aku sedar dan aku tahu. MAKA AKU LAH PASIR ITU.






friendship isn't how you forget, but how you forgive
not how you listen, but how you understand
not how you see, but how you feel
not how you let go, but how you hold on !




khas untuk kamu yang terluka kerna diriku. airmata mu tangisan diriku. usapilah airmatamu..



Saturday, 3 March 2012

ini bukan balasan, tetapi rencah dalam persahabatan

assalamualaikum.. biarkan gambar ini berbicara..



berdiri bersama ketika senang sama ertinya duduk bersama ketika susah



"Ya ALLAH, Tuhan yang menciptakan hati-hati ini. Pemilik tubuh kerdil ini. di tanganMu terlatak nyawa nyawa kami. teguh kan tali ini ya ALLAH. agar ia tidak gentar dan goncang dengan kehadiran cubaanMu. Ya ALLAH, tuhan yang terletak kepadaNya segala kekuatan. campakkan secebis kekuatan untuk kami. agar kami tidak meminta pertolongan selain dariMu. agar kami yakin bahawa persahabatan keranaMu adalah ukhuwah yang sebenar."


اللهم صلي علي سيدنا محمد وعلي اله وصحبه وسلم


اللهم آمين..



notakaki
- maafkan aku, aku bukan terbaik untuk korang. (cubalah untuk senyum walaopun ia susah!)
-sumber gambar, 1hari 1foto. Laily Hassan~

Tuesday, 21 February 2012

memang dunia tak adil

(entry ini mungkin akan mengguris hati mana-mana pihak. jutaan kemaafan dipinta sebelum aku memulakan entry ini)

assalamualaikum. selamat pagi dan selamat selamanya.

*** *** ***

lelaki : aku kalo nak pilih bini, aku tak kan pilih bini yang pakai seksi. dedah aurat ke hulur ke hilir. eee~ memang xde moral lah~

perempuan : aku kalo nak pilih suami, aku tak kan pilih yang smoke. euuw~ geli aku. dah la isap asap, bau dye uh memang xleh blah! huh~

*** *** ***

korang penah dengar perbualan-perbualan sedemikian? baik dari pihak laki atau pihak perempuan. sume nak perfect kan? tapi dunia sekarang seolah-olah telah menggelapkan sebelah pihak sedangkan sebelah pihak lagi disuluh dengan terang walaupon sudah jelas. faham maksud aku?

ceni situasi sekarang, jika korang bukak FB mesti belambak gila yang duk wat status "wanita tutup aurat lawa", "ape ke hal pompuan bukak aurat?" "malas aku wat bini pompuan bukak aurat" dan berbagai-bagai lagi status yang memang pergh mantap!

tapi korang penah tak bukak FB tengok status ceni, "orang merokok same cam isap ekzos keretapi", "lelaki merokok tak hensem", "wat pe isap rokok? nak wat kentut pon tak bole, ni kan pulak nak wat kenyang~" dan segala jenis status yang mempunyai maksud yang lebih kurang.

nah~ korang jelas maksud aku kan? sebelah pihak digelapkan dan sebelah pihak disuluh dengan jayanya? maaf, aku tahu entry ni agak ekstrem kan? tetapi sampai bila harus korang menggunakan cara nih? hanya menyuluh haram pada sebelah pihak sedangkan menggelapkan hukum haram  yang selainnya. 

maaf, aku bukan menyokong pembukaan aurat. jauh sekali menggalakkan perempuan untuk bukak aurat dengan senang lenang. hukum dah jelas, aurat wajib ditutup. 

tapi hukum merokok juga haram sahabat. sama sahaja dengan bukak aurat. haram tetap haram.

sekarang, cukup la mengamalkan haram sebelah pihak sedangkan mendiamkan haram yang selainnya. 

disini hujjah nya :

ditanyakan kepada Syeikh Muhammad Salih Al-Utsaimin, "apakah hukum merokok berikutan dalil dalam al-quran dan hadis?"
maka jawabnya : HARAM

dalilnya dalam firman ALLAH :

"dan janganlah engkau membunuh dirimu sendiri. sesungguhnya ALLAH Maha Penyayang kepada mu" 
- (An-Nisa' :29)

"dan janganlah kamu menjerumuskan diri kamu kedalam kebinasaan"
-(Al-Baqarah :195)


tidak diragukan lagi, membeli rokok adalah suatu bentuk pembaziran bahakan di'balas' dengan kemudharatan kepada diri dan orang laen. hal ini merujuk kepada dalil yang kedua. 



*** *** ***

merokok adalah haram. sape buat yang haram maka berdosa. =]


menutup aurat adalah wajib. haram meninggalkan yang wajib.
haram adalah berdosa =]

*** *** ***


buat saudara-saudara ku, 
jika awek korang tolak cinta korang sebab korang smoke, itu ADIL!!

buat saudari-saudari ku,
jika korang ditolak sebab membuka aurat, itu juga ADIL!!

tapi, selagi nyawa masih di jasad, pintu taubat masih terbuka luas. bukankah ALLAH itu Maha Pengampun?

ok bai~

*** *** ***

notakaki:
* maaf, aku bukan nak menyentuh sensetiviti (betol ke aku eja nih? hehe..) mane-mane pihak. tapi ini realiti sekarang.
** maaf kepada yang terasa. aku hanya insan yang menyampaikan buah fikiran. jika betol amik sebagai iktibar. jika salah, suka kiranya aku menerima sebuah teguran.
*** akhir sekali, maaf kepada sahabat dan sahabiah. =].. peace ea~
**** 2nd time taip entry dalam kelas. duduk tepi che mat. 






Wednesday, 1 February 2012

berani mati

hello! assalamualaikum. ape kabar korang sume? pastikan sihat selalu ya.

lame kan aku xhapdet. ade la jugak dalam seminggu. bukan aku tak nak, tapi keje aku bapak melabung pecah bumbung punya banyak. siyes tak tipu. baru jer bukak cuti, berderet datang. tapi nak wat cane, da name agi pelajar. tipu la kalu tak bizi. ye dak?

oke. cukup lah wat alasan luqman woi~. bizi mengalahkan PM. haha. bialah. aku punye alasan. sukati la. ape masalah kao? huh!

wuuhuu~ oke. aku ade satu citer nak gitau kat korang. semalam aku tido lewat weyh. kul 3 kot. gara-gara nak siapkan keje lukis-melukis nih. bile siap jer keje uh aku da nawaitu lam hati ketat-ketat yang aku nak tido. tapi bile jer aku nak parking kepale aku atas bantal, kawan aku masuk dengan gitar dye. pergh~ ade tetamu lak pepagi buta nih. sabor jelah.

kalo dye masuk untuk minum air takpe, tapi si mamat bertuah nih masuk nak suruh aku dengar dye menyanyi. ya ALLAH. sumpa aku terbakar semalam. siap goreng gitar sekali uh. pergh~ menyirap darah ni seyh. tapi sabor je la. tak kan aku nak halau kot. gila hape nak halau. berkat uh. tetamu kan bawa berkat. nasi baik sore mamat uh bleh tahan. kalo tak da lame aku terajang jauh-jauh. huh!!

natijahnya, aku mengantuk sebab tak cukup tido semalam. dan natijahnya jugak aku jadi ilang fokus blaja ari nih. dan hasilnya juga aku wat keje berani mati. TAIP ENTRY TIME LECT DUK MENGAJAR!! hyahyahya... gila nak mampos. kalu kantoi cane? potong elaun weyh. kalo kene potong elaun cane? miskin la aku.. waa~ xnak miskin xnak miskin.

da la. lect da renung pelik da kat aku uh. sebelom aku kantoi baik aku post lu ini entry. haha. ok bai~ salam.


muke bengong. "gharib jiddan"

Thursday, 26 January 2012

cantik sangat ke muke ko nak amik yang orang punya?

assalamualaikum. Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad. hai korang! sihat? kalo xsihat pandai-pandai la ikhtiar ea. haha.

(post ini mungkin agak kasar bunyi dia. harap kuatkan mata untuk membaca. tanam dalam-dalam sabar korang. jangan tersentap sudah)

"Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. dan Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui."
-surah At-taubah, ayat 103.

berdasarkan dalil diatas. jelas ALLAH mewajibkan ibadat zakat kepada hamba-hambaNya. kalo di mesia aku agak berbangga sebab ramai yang da mula sedar tentang kewajipan berzakat. tapi dalam reramai yang berzakat uh, masih ramai lagi yang tak berzakat. hadoi~ mungkin hidayah ALLAH belom sampai. *ayatbiasabilekitetanyebilenakwatamal* (puih~ ALLAH xbagi hidayah kalo ko tak mintak)

tapi kebanggaan aku uh berkecai bak kaca yang jatuh atas batu. korang boleh bayang? ceni, korang amek pinggan kaca mak korang, pahtu baling atas batu depan rumah. gedebawq!! hah. camtu lah perasaan bangga aku. teruk tak? memang teruk la kan.

korang tau tak sebab ape aku punya perasaan jadi cam uh? sebab ade pihak-pihak yang tak bermoral seleweng wang zakat untuk wat menda len. haktuih~. weyh pihak-pihak yang terlibat, korang tahu tak tu bukan duit korang? yang sesuka hati bini korang pegi seleweng uh ape kes? da tak de duit dah? kalo xduit keje la ngek. malu kat kambing. kambing nak mkan pon cari sediri.

korang tau tak harta yang korang amek uh bukan yang korang punya. harta uh hak orang islam yang laen. tahu? harap-harap korang tahu. nih nak bagi tau korang, antara hikmah zakat diwajibkan ialah untuk membantu ekonomi ummat islam. tahu?  tak tahu? (ko memang!!) huh!

sebab itu Islam dipanggil agama kebajikan. harta zakat yang dikumpul akan disalur kepada mereka yang di layak. kesemua 8 golongan. mereka ialah fakir, miskin, amil (orang yang ditugaskan untuk mengutip zakat), muallaf (saudara baru yang memeluk islam), riqab (hamba yang menebus dirinya secara ansuran), gharim (orang yang menanggung hutang dan tidak mampu melangsaikannya), orang yang berjihad fisabilillah dan juga perantau yang terputus bekalan (juga dikenali dengan ibnus-sabil.)

nah, ko termasuk dalam golongan ni ke? korang fakir ke? tapi aku tengok kete gebam-gebum punya. tak kan fakir kot. aku tak paham betul. ade pulak hamba ALLAH gunakan yang zakat untuk biaya kes guamannya. sedih kan? dah la orang keluar zakat pon cket, kao amek pulak yang cket uh untuk perkara yang tak patut. habis, ape yang suadara kita yang fakir uh dapat?

nak bagi satu kisah buat korang. bayangkan korang sorang yang kaya raya. bile harta korang cukup nisab dan tempoh, korang kene kuarkan zakat. dengan hati yang penuh ketaatan se bagai hamba dpan keikhlasan korang keluarkan zakat. dengan izin ALLAH reski korang bertambah. puas korang pikir-pikir. dalam kegawatan ekonomi pon rezki korang masih bertambah. nah~ itulah yang disebut sebagai penyucian harta. hebat kan ALLAH? menfardhukan benda yang menguntungkan untuk hambaNya.

satu lagi buat korang. bayangkan korang seorang yang miskin. untuk makan pon korang terpaksa bekerja dan melakukan aktiviti yang berat walaupon kudrat korang terhad. dibawah jagaan korang ada 5 orang anak. mengikut syarat, korang berhak untuk dapat zakat. tetapi perkara tersebut hanya tinggal angan-angan apabila hak korang uh diseleweng oleh mereka yang tak punya akal dan perasaan. kalo ikutkan peribahase tidak berhati perut. sebenarnya mereka ade jer hati dan perut tapi hanya mampu untuk isi dan buang. huh~

pahtu korang bayangkan anak-anak korang tidak mampu untuk sambung belajar sebab tidak ade duit. ape perasaan korang bila hak korang diselewengkan? bayangkan pulak anak-anak korang terpaksa merayau-rayau mencari kerja dipasar sedangkan tempat mereka bukan disana. tapi di sekolah. jelas? perasaan korang? sedih? terkilan? rasa dizalimi? suma berbaur sebati kan? begitu juga perasaan orang yang telah korang selewengkan haknya.

oke, aku da bagi dua analogi. kalo korang tak terasa gak tak tau la ape aku nak cakap. hanya ALLAH yang layak bagi hidayah kat hamba Dia.

berzakatlah. insyaALLAH rezki itu tidak berkurang bahkan bertambah dengan jayanya. xpercaya? cube buat dan lihatlah hasilnya.

kepada korang yang seleweng duit zakat uh, kembali la ke pangkal jalan. udah-udah la makan harta orang. ALLAH Maha Pengampun. selagi nyawa belum di hujung halkum, selagi matahari belum lagi naek di arah bertentangan, selagi itulah pintu taubat masih terbuka. jangan pula bila golongan fakir miskin bertambah, korang sibuk menunding jari kepada yang tak keluar zakat. padahal ko yang seleweng.

da, entry aku kat ni jer. assalamualaikum~







notatambahan:
*post ni jugak bleh ditag sebagai "entry sedekah dan zakat"

Monday, 23 January 2012

dia pak gajah, bukan gajah

hye pep~ ape kabar? chat?

oke, terus kepada point. 3 hari yang lepas aku join bengkel Ilutrasi buku kanak-kanak. yeh~ semangat gitu tulis. walaupon aku tau tangan aku nih xde seni sangat. tapi sesaje aku nak join. nak conteng-conteng siket. khohoho.

bengkel nih dipimpin oleh papa gajah atau name I/C beliau Yusof bin Ismail. kalo bab-bab lukis lukisan kanak-kanak dye memang taiko. Insya-ALLAH bulan 3 nih dye nak p Italy untuk pameran buku kanak-kanak antarabangsa. dye gak join untuk dapat anugerah ape ntah. aku pon tak tahu. tapi yang penting dye cakap kalo menang bleh 2.5 juta. nah kao!!! termuntah aku dengar. xhabis nak makan weyh.. (memang la xhabis kalo makan duet.. senget~)

pak gajah cakap, sekarang nih malaysia tengah gersang ngan buku kanak-kanak. oleh itu, beliau dan angkatan beliau sedaya upaya melatih golongan muda untuk menjadi pelukis kanak-kanak.

siyes aku kagum ngan beliau. peace ya papa. yang paling sweet papa xdtang sorang. dye bawak mama skali. sweet couple seyh~

dah, xmo ckap memanjang. lyan gmba la pulak.


papa gajah

papa gajah ngan flip book

pak gajah ngan puan norhayati


ibu ngan pak gajah


ibu ngan mama gajah

anak-anak gajah. afiq, farid, aiman n said


afiqah idris zainal

kami ngan mama gajah

nah kao~ melukis cam nak telan pensel

ni kan belog aku. mesti la ade gmba aku



fatin faridah punye lukisan

ehem2~ lalalala...

xtahu ape motif gmba nih. +.+

aku tunjuk yang orang lukis

afiqah abdullah zainal xcited bleh melukis.

cyap2 nak amek gmba kuarga



kuarga besaq kami. art's islamic crew


notakakigajah:
*gmba galeri pak gajah. klik kat sini. eh bukan, sana. haha. =P
**mama gajah pulak aktif dalam tenun batik. kire terkena gak la tempias seni papa gajah. tekan laju-laju. oke? 


Sunday, 8 January 2012

bebellog #3: pukul 3 punya entry

weyh. sihat kalian sume?

korang penah tak wat aktiviti ziarah bilik kawan? tipu kalu korang kate tidak. tapi korang penah tak ziarah dia pada pukul 3 pagi? hah, penah tak? haha... mungkin ade dan mungkin tak. duk cakap pasal ziarah bilik nih aku teringat kembali time aku SPM dulu. tak leh tido punyer pasal, aku pegi wat amalan ziarah bilik kawan aku. siyes mengong. weyh Iman, ko penah makan selipar saiz 7??

kisah dye stat ceni, pada malam uh kitorang pegi kat kelas. konon2nya nak study la kan. 10 minit pertama duk dikelas memang sopan habis. mengadap buku cam mengadap muka ustaz. tapi masuk jer minit yang ke 15, sikap bebal aku datang. secara otomatik mulut aku terus melalot menyanyi lagu yang ntah pape. kelasmate aku da wat muke tak puah ati. cane leh tak puah ati, orang duk tengah bernafsu blajar tetibe putus stim bile dengar aku nyanyi. haha. sori bro!

bile jer aku tengok kelasmate aku buat muke yang tak seberape sedap dipandang, da la muke ko uh da macam  jalan xsiap, buad pulak muke cam uh ak pon terus roger geng aku kelas sebelah. duk bincang-bincang plan ape nak wt memalam buta nih. pahtu kawan aku yang sedia mereng otak dye bagi cadangan. dye cakap ape kate kalo kitorang maen bola. pahtu kitorang pon maen la sampai peluh jantan keluar. bes seyh~

bile lepas maen uh mesti la rase dahaga kan? so, kitorang pegi ceroboh kantin asrama. amik biskut siket (eh, betol ke siket? aku harap 5 paket biskut uh siket bagi korang ea. haha !!) pahtu amek air isi lam baldi pegi minum kat kerusi batu depan bilik. time uh jam da pukul 1.30 pagi.

minum sambil borak-borak sampai la pukul 2.30. timbul lak idea nak wat keje gila laen. huh~ da memang otak giler, giler la jugak keje dye. tak kire pagi ke malam. kitorang pegi bilik air pahtu mandi lam kolah. haha. weyh ko gile mandi memalam bute?

punya la bes mandi dalam kolah. haha. memang excited abih la. korang ingat senang ke nak mandi lam kolah? susah seyh~ oleh sebab kolah uh besar, maka dye telah mencuit keseronokan hati kami. dengan hati yang girang kitorang mandi tak ingat dunia. siyes bes.

siap jer mandi, kitorang wt bising lak. konon-konon nak kejutkan budak bangon subuh la kan. ketuk pintu bilik ni, bilik tu. bising satu asrama. tapi tang tak leh blah bile budak-budak lain sampai kt kolah tengok-tengok aer kolah kering. memang menyirap abih r.. haha. sebab takde air kolah, so sume budak pegi mandi kat masjid bawah. jarak dye agak jauh la. cakap orang tua, satu marhalah lebih (oke, itu tipu..) bile sume budak-budak len da bersiap untok ke masjid solat subuh, kitorang pon amik part ntok tido. siyes mengong perangai aku! bhahaha~

sebenarnya air kolah uh kitorang buang sebab da kotor. dengan peluh kitorang maen bola da bercampur baur sebati dengan air kolah maka secara totomatik aer uh jadi kotor. jadi, duk pikir-pikir kitorang mesti buang sebab aer uh da kotor. agipon ko sanggup ke tanggung dosa bile aer semayang yang budak-budak laen amek xsah sebab korang mandi. hoi~ sumpah tak sanggup.

keesokan pagi uh, orang laen duk syok belajar lam kelas, kitorang duk mengadap muke cikgu disiplin. cuak seyh~ akibatnya, kitorang kene sebat pakej sakali jalan itik keliling court futsal. tapi tak pe, sebat uh adat lam buat hal kat sekola. tak gitu?

oke, entry abes!!


oke, aku tau gmbar xde ketan ngan entry. tapi, ade ku kesa?? haha..

Thursday, 5 January 2012

bebellog #2: kelam kabut ribut

hello chammak challo!!

setelah beberapa minggu aku membiarkan blog aku dihiasi dengan semak, maka aku kembali untuk menuntut hak aku keatasnya. (nya- ganti diri kepada puan Blog). haha. oke saje jer ak wat lawak tapi tak lawak kan? ok fine~ 8'(

emm. oke, gua tak nak bebel banyak-banyak. letih dengan program tahbibul-lughah pon blom ag abes. baru-baru nih guru pelatih sem 1 ambilan Jun 2011 telah selamat amek exam akhir sem. dan selamat juga mendapat keputusan bagi hasil titik-peluh-busuk-ketiak yang dorang lakukan. dengan usaha yang ciput uh ak pon dapat la hasil yang ciput. adil la kan? kalo aku nak hasil yang bapak ciput haruslah aku kene buat usaha yang omak ciput nye. baru la kuar banyak ciput-ciput laen~ ehh, ape aku mengarot nih?? dush~

ceni, dalam post nih aku nak cakap yang aku da nek sem 2. haha. bermakna da 6 bulan aku duk bertapa kat bumi waqafan bangi nih. (aih~ xyah nak waqafan sangat la kan...) siyesly aku cakap kat yuolls (sebut: you alls) yang aku agak teruja dengan mende nih.

dan dalam enrty nih jugak aku nak bagitau kat korang yang aku selamat duk atas muka bumi nih selama 17 taon. dan pada tarikh 30/12/2011 umur aku baru jer masok 18. hehe. terasa diri muda la pulak. padahal bulu penuh kat muka-dada-betis-lengan sampai da tak nampak cam orang. haha. tapi aku still rase aku manusia okey~ hensem xkurangnya..

dah. aku sekadar nk cukup syarat apdet blog ja. bukan nak bebel sangat, tapi terasa la jugak nak apdet. ok dah!! ayat aku da nk bertukar kulit. da nak jadi keling da. selamat tahun baru dan bai~ assalamualaikum.

***



*gila punyer orang, tahun baru da basi weyh! ptuih..
*tengah duk gila lagu chammak challo oo~ oo~ oo~