student A: der, orang da azan la weyh. jom g solat kat masjid sesame. =)
student B: aik, awal lak azan rini. ko pegi r lu. aku nak wat esseimen dulu nih. nati aku solat la nga iman nati kat bilik. jemaah jugak kan~
_***_
kehidupan seorang bapa..
anak: Papa, malam nih ade party kt umah kawan Syasya. nak join bole?
Papa: eh, bole~ (angguk kepala laju)
anak: tapi papa Syasya rase nak pakai skirt la malam nih. baru nampak seksi siket. nati ramai la yang tengok kat Syasya nati. glemer gi2.. auw~
papa: pakai la ape pon sayang. yang penting u xrosakkan papa punye bisnes.
anak; luv u papa!!
_***_
kehidupan seorang artis..
wartawan: ape komen u bile orang cakap u makin seksi?
artis: eh, ape pulak nak komen2.. da memang i nak pakai seksi pon. barula up 2 date!!
wartawan: suami u xmarah ke?
artis: x. suami i xmarah pon. dye paham pekerjaan i. so, redha i terletak bawah tapak kaki suami. wat pe nak ikot orang cakap.
_____________________________________________________________________
bila Rasulullah dihina, semua ummat islam bangkit membantah~
*student
"eh, orang yahudi hina nabi la. kuang hajau betol. jom kita wat demontrasi!"
*bapa
"sayang, mereka hina nabi kita la. sampai hati dorang. nati syasya jangan jadi ceni tau!!"
*artis
(apdet status FB)
"saya sebagai pemenang anugerah bintang paling seksi abad ini mengutuk keras kepada mereka yang hina Rasulullah. Saya sayang Rasulullah!"
*sang balak kepada awek dye
u, u da tengok da ape yang orang kafir buat. dorang hina nabi la. jom apdet status kat FB. oke, i tido lu ye. ummuaahh~ <3... jgan lupa esok date!"
_____________________________________________________________________
Rasulullah pernah bersabda:
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)
bace hadis atas dan faham! hadam! telan! jangan buang!
bile golongan yang memusuhi islam menghina dan mengutuk nabi, kita melenting dan cakap," kuang hajo, baik korang buat permhonan maaf secara terbuka."
betol, kita sayangkan Rasulullah. dan itu adalah tandanya.
tapi, dalam tak sedar kita telah mengkhianati Rasulullah.
kita mengaku bahwa ALLAH adalah Tuhan seluruh alam, dan Rasulullah sebagai Utusan ALLAH.
dan kita juga mengaku bahaa Al-quran itu adalah BENAR
dan mengakui bahawa janji-janji ALLAH itu BENAR
dan beriktikad bahawa Baginda adalah sebaik-baik ikutan
dan kita juga mengakui bahwa islam adalah agama yang BENAR
tapi, kenapa bila Rasulullah cakap aurat itu wajib ditutup, kita tak ikot??
bila Baginda cakap solat jemaah dimasjid adalah lebih afdhal, kita tak beramal??
bila ALLAH cakap neraka itu seburuk-buruk tempat kembali, kita xkesah. yang penting kita enjoy.
kemon bro. cuba pikir andai Rasulullah ada dalam masayarakat kita pada hari ini, mungkin baginda akan tersenyum melihat keberanian kita menentang kaum yahudi laknatullah. Ya, baginda bangga.
tapi, apakah reaksi baginda bila melihat kaumnya tidak menutup aurat dengan sempurna? membiarkan masjid dipenuhi cicak berbanding manusia? melihat akan kedayusan seorang suami? dan melihat sifat mungkir amanah sang bapa?
mungkin menitis air mata baginda.
usah menunding jari kepada mereka. kerana itu adalah tabiat mereka. LAKNATULLAHU 'ALAIHIM.
tapi tugas kita ape? bukan sekadar berdemontrasi. bukan juga sekadar apdet status FB dan buat tweet. tapi lebih dari itu.
cukuplah mengkhianati baginda. kembali kepada sunnahnya. kerana kita Pencinta Rasulullah!
bila duk belek2 FB, aku terkesima dengan status FB seorang kawan. dye cakap:
enemies of islam not fear with burning tyre... but they fear with the crowded mosque. because they knows, the power of muslim come from ALLAH.
dekatkan diri kepada ALLAH. dan kita mampu menandingi mereka. :)
cintakan Rasulullah, ikutilah sunnahnya |
"ini adalah rekaan semata-mata untuk menerangkan hakikat sebenar"
No comments:
Post a Comment