selama aku berkenalan dengan kalian..
tipu jika aku cakap yang aku nih xpenah wat korang sakit ati. bohong kalo aku cakap korang sume suke dengan perangai aku. kelentong jika aku cakap korang bangga ada sahabat macam aku. kan?
*** *** ***
kucing : aku da fedap ngan ko. menyampah gila. puih~
ayam : maaf kan aku. aku tak sengaja. pliss~
kucing : maaf maaf maaf. tu la keje ko dari aku kenal dulu sampai sekarang. buat keje tak penah betol. dah la. malas aku nak layan ko. lembap cam makan semut ja. B@#%H!
ayam : (menitis airmata..)
*** *** ***
kawan...
jika sahabat mu salah, tegurlah dya dengan baek. bukan begitu caranya. dye juga punya perasaan. sama seperti kamu.
kawan...
seorang sahabat bukanlah sesempurna manusia. kerana manusia yang sempurna hanya MUHAMMAD s.a.w.
kawan...
sekali air mata sahabat mu jatuh kerana perbuatan mu, sejuta kejujuran belum pasti dapat menggantikannya. kerana airmata adalah dari hati. jika ia mengalir, maka hatinya sedang terluka.
kawan...
jika engkau mahukan sahabat yang sempurna, maka janganlah engkau hidup didunia ini. kerana sahabat yang sempurna tidak lagi ada di zaman ini.
kawan..
aku tahu aku bukan seorang ilmuan untuk berdamping denganmu. aku juga bukan seorang hartawan untuk aku seiringan dengamu. tetapi aku hanya seorang sahabat yang setia disisi temannya di kala susah dan senang. salah kah perbuatan aku ini?
kawan...
jika engkau merak yang punyai mahkota, maka aku hanya gagak yang punyai bulu yang hitam. tetapi ingat sahabat, merak mana yang mampu terbang? kerana itu tuhan ciptakan aku untuk kamu.
kawan...
jika kau matahari pada waktu siangnya, maka aku tidak mampu bersinar pada malam hari, kerana aku adalah bulan. katakan padaku bulan manakah menyinar tanpa cahaya dari sang matahari? kerana itu DIA ciptakan engkau untuk aku.
kawan...
terima lah aku seadanya. jika itu salahku, maka anggaplah itu kekuranganku. maafkan jika aku bukan terbaik untuk engkau.
kawan...
akhir sekali, jika engkau sebuah berlian, maka aku rela menjadi pasir hanya untuk menyempurnakan perbandingan antara berlian dan pasir. tentunya berlian lebih berharga.
aku sedar dan aku tahu. MAKA AKU LAH PASIR ITU.
friendship isn't how you forget, but how you forgive
not how you listen, but how you understand
not how you see, but how you feel
not how you let go, but how you hold on !
khas untuk kamu yang terluka kerna diriku. airmata mu tangisan diriku. usapilah airmatamu..
saya suka entry nie :) TAHNIAH :) anda buat saya terharu *xdekenamengena :D semua tak sempurna melainkan kekasih ALLAH, NABI MUHAMMAD :) berusahalah menjadi yang terbaik :)) INSYAALLAH :)
ReplyDeletesinggah baca entry.. moga Allah redha :)
ReplyDeletehaha....style meaa
ReplyDelete