(post ini mungkin agak kasar bunyi dia. harap kuatkan mata untuk membaca. tanam dalam-dalam sabar korang. jangan tersentap sudah)
"Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. dan Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui."
-surah At-taubah, ayat 103.
berdasarkan dalil diatas. jelas ALLAH mewajibkan ibadat zakat kepada hamba-hambaNya. kalo di mesia aku agak berbangga sebab ramai yang da mula sedar tentang kewajipan berzakat. tapi dalam reramai yang berzakat uh, masih ramai lagi yang tak berzakat. hadoi~ mungkin hidayah ALLAH belom sampai. *ayatbiasabilekitetanyebilenakwatamal* (puih~ ALLAH xbagi hidayah kalo ko tak mintak)
tapi kebanggaan aku uh berkecai bak kaca yang jatuh atas batu. korang boleh bayang? ceni, korang amek pinggan kaca mak korang, pahtu baling atas batu depan rumah. gedebawq!! hah. camtu lah perasaan bangga aku. teruk tak? memang teruk la kan.
korang tau tak sebab ape aku punya perasaan jadi cam uh? sebab ade pihak-pihak yang tak bermoral seleweng wang zakat untuk wat menda len. haktuih~. weyh pihak-pihak yang terlibat, korang tahu tak tu bukan duit korang? yang sesuka hati bini korang pegi seleweng uh ape kes? da tak de duit dah? kalo xduit keje la ngek. malu kat kambing. kambing nak mkan pon cari sediri.
korang tau tak harta yang korang amek uh bukan yang korang punya. harta uh hak orang islam yang laen. tahu? harap-harap korang tahu. nih nak bagi tau korang, antara hikmah zakat diwajibkan ialah untuk membantu ekonomi ummat islam. tahu? tak tahu? (ko memang!!) huh!
sebab itu Islam dipanggil agama kebajikan. harta zakat yang dikumpul akan disalur kepada mereka yang di layak. kesemua 8 golongan. mereka ialah fakir, miskin, amil (orang yang ditugaskan untuk mengutip zakat), muallaf (saudara baru yang memeluk islam), riqab (hamba yang menebus dirinya secara ansuran), gharim (orang yang menanggung hutang dan tidak mampu melangsaikannya), orang yang berjihad fisabilillah dan juga perantau yang terputus bekalan (juga dikenali dengan ibnus-sabil.)
nah, ko termasuk dalam golongan ni ke? korang fakir ke? tapi aku tengok kete gebam-gebum punya. tak kan fakir kot. aku tak paham betul. ade pulak hamba ALLAH gunakan yang zakat untuk biaya kes guamannya. sedih kan? dah la orang keluar zakat pon cket, kao amek pulak yang cket uh untuk perkara yang tak patut. habis, ape yang suadara kita yang fakir uh dapat?
nak bagi satu kisah buat korang. bayangkan korang sorang yang kaya raya. bile harta korang cukup nisab dan tempoh, korang kene kuarkan zakat. dengan hati yang penuh ketaatan se bagai hamba dpan keikhlasan korang keluarkan zakat. dengan izin ALLAH reski korang bertambah. puas korang pikir-pikir. dalam kegawatan ekonomi pon rezki korang masih bertambah. nah~ itulah yang disebut sebagai penyucian harta. hebat kan ALLAH? menfardhukan benda yang menguntungkan untuk hambaNya.
satu lagi buat korang. bayangkan korang seorang yang miskin. untuk makan pon korang terpaksa bekerja dan melakukan aktiviti yang berat walaupon kudrat korang terhad. dibawah jagaan korang ada 5 orang anak. mengikut syarat, korang berhak untuk dapat zakat. tetapi perkara tersebut hanya tinggal angan-angan apabila hak korang uh diseleweng oleh mereka yang tak punya akal dan perasaan. kalo ikutkan peribahase tidak berhati perut. sebenarnya mereka ade jer hati dan perut tapi hanya mampu untuk isi dan buang. huh~
pahtu korang bayangkan anak-anak korang tidak mampu untuk sambung belajar sebab tidak ade duit. ape perasaan korang bila hak korang diselewengkan? bayangkan pulak anak-anak korang terpaksa merayau-rayau mencari kerja dipasar sedangkan tempat mereka bukan disana. tapi di sekolah. jelas? perasaan korang? sedih? terkilan? rasa dizalimi? suma berbaur sebati kan? begitu juga perasaan orang yang telah korang selewengkan haknya.
oke, aku da bagi dua analogi. kalo korang tak terasa gak tak tau la ape aku nak cakap. hanya ALLAH yang layak bagi hidayah kat hamba Dia.
berzakatlah. insyaALLAH rezki itu tidak berkurang bahkan bertambah dengan jayanya. xpercaya? cube buat dan lihatlah hasilnya.
kepada korang yang seleweng duit zakat uh, kembali la ke pangkal jalan. udah-udah la makan harta orang. ALLAH Maha Pengampun. selagi nyawa belum di hujung halkum, selagi matahari belum lagi naek di arah bertentangan, selagi itulah pintu taubat masih terbuka. jangan pula bila golongan fakir miskin bertambah, korang sibuk menunding jari kepada yang tak keluar zakat. padahal ko yang seleweng.
da, entry aku kat ni jer. assalamualaikum~
notatambahan:
*post ni jugak bleh ditag sebagai "entry sedekah dan zakat"
20sen aq untong ma~
ReplyDeletebuleh doh wt tubik zakat mid.. haha..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehai aisyah :)
Deleteaku komen balik la...
Deletebagus dan bermanfaat!
seram betul la dok amek2 hak orang ni kan..
bala allah~~ allahuakbar.
tq luqman rahim!
hai aisyah,tak menulis ke?nk baca ni,peminat setia~
Deletekenapa komen di atas kena remove?O.o
ReplyDeletetak tahu~
Deleteaku yang remove~ :D
Deletekenapa aisyah remove?
Deletekenapa jam awak pukul 5,salah laa..sy xsuka jam salah tau :P
ReplyDelete