Thursday 10 April 2014

biarkan mereka terus KECEWA

assalamualaikum. hye.

*puh puh puh*

buang habuk kat belog. da hampir 4 bulan aku tak hapdet belog. kalo ikut hukum nikah, da jatuh talak kot antara aku ngan belog. haha.

apa khabar sidang readers? aku harap korang semua sihat. dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini, korang jaga kesihatan betol.

mengenai entry kali ni, aku nak cakap pasal seorang senior aku.

opss, sebelum uh aku nak ucapkan selamat berpraktikum kepada suma dak IPG sem 5, 7. buat habis baik ya~

oke masuk balik tajuk tadi. bukan aku nak cerita perihal diri senior aku. tapi aku nak sentuh cara dia menyampaikan isi pelajaran dia kepada budak-budak. dia hanya menggunakan dalil akli atau contoh yang rapat dengan pelajar. ok jom kite tengok apa yang dia buat - - -

:: Masuk ke kelas tahun 4 dengan memegang sehelai RM50. lalu dilepaskan dari genggaman jatuh ke lantai.. tanpa disuruh, menyerbu beberapa orang murid ke hadapan untuk mengambil duit tersebut.. dengan pantas, aku mengutip semula note RM50 dan memasukkan semula di dalam dompet dan disimpan di dalam poket.mereka kembali ke tempat duduk masing-masing. kecewa barangkali..

"Kenapa kamu semua kelihatan kecewa?" Jawapan yang diterima sudah dijangka- kerana terlepas sesuatu yang berharga.

"Apabila saya menyimpan wang tersebut di dalam dompet, mengapa kamu tidak merebutnya?" Seorang murid menjawab -kerana tersimpan di tempat yang sukar diambil. Dan mustahil untuk merampasnya dari jagaan ustaz.

Murid-murid, begitulah harga diri seorang wanita. Sesuatu yang berharga harus disimpan rapi dan dijaga dengan sebaiknya. Tutuplah aurat. Kerana apabila kamu mendedahkan aurat, senang sahaja diri kamu diambil kesempatan. Kerana peluang itu sudah terhidang. Seringkali kita mempersoalkan ketetapan dan larangan Tuhan tanpa mengetahui Ia sudah tahu apa yang terbaik untuk hambanya.kerana itu kita wajib untuk mengikuti apa yang terkandung di dalam kitab Alquran..

Jadi, hari ini kita akan membaca surah bla3..ayat sekian sekian sekian..

"Ustaz, kalau dah simpan dalam dompet tapi orang ambik jugak?"

"Oh..sebab tu kalau kamu dah tutup, jangan tayang-tayang." ::

- - - -

dua perkara yang aku mahu korang amek dari entry nih,

1- nak mengajar bukan senang. aku seratus peratus bantah sesape yang cakap keje cikgu nih senang. tengok macammane cikgu terpaksa guna macam2 cara untuk bagi anak murid mereka faham. so guys, hormati guru. dan untuk para guru, mohon lebih kreatif dalam menyampaikan isi pembelajaran.

2- wahai wanita solehah penghuni hati-hati lelaki budiman! teruskan mengecewakan tangan-tangan perampas mahkotamu. sisipkan dihati, bahawa wanita adalah yang teristimewa.

tu jer.

kbye.

mohon amal :)

*fb senior :poland
**untunglah ko poland sebab nama kau timbul lam belog aku.


gambar xde ketan*gua skang layang cite nih

1 comment:

  1. analogi yg sangat senang difahami.
    rm50 dan wanita. gud job pendidik!
    nak mendidik itu susah. jika mendidik itu senang, mana mungkin pelbagai masalah timbul. moga kamu tidak pernah jemu untuk mendidik demi menghasilkan generasi yang terdidik. =)

    thanks for reminder

    ReplyDelete