Tuesday, 26 November 2013

UPSR adik-adik

[kisah ini adalah realiti semasa]

Jali: assalamualaikum, eh Najib (bukan name sebenar), anak ko dapat bape UPSR?

Najib: tak dapat A pon. sume C dan D jer. anak ko bape?

Jali: alhamdulillah. anak aku dapat 5A. In sya ALLAH aku cuba mintak MRSM. So lepas uh anak ko nak sambung kat mane?*bangga*

Najib: tak tahu lah. hantar madrasah je kot. tak pon pondok kat hujung sane. *mengeluh*


... ... ... *** abih crite*** ... ... ...

Assalamualaikum. Hye! da lame aku tak hapdet belog nih. last apdet bulan 7 ritu. Ni lak da bulan 11. kire la sendiri bape bulan aku tak buat mende alah ni. mungkin kemahiran berbahasa aku jadi kurang siket kot.

Terus kepada topik utama. Stail macam biasa, aku lebih suka wat dialog untuk korang senang tangkap. Sebab kekurangan aku adalah kurang dari segi penulisan. Mungkin aku nih jenis syok sendiri. *ahakss*

tuan puan yang saya homati, sesungguhnya entry pada kali ini saya khususkan kepada ibu bapa yang boleh berfikir. Bukan kepada ibu bapa yang ada otak tapi akalnya mungkin kurang sihat. *maaf bahasa kurang ajar*. Jika pemikiran pakcik-makcik, tuan-puan adalah seperti Najib diatas, (diingatkan, bukan name sebenar ya!), maka dukacita saya maklumkan bahawa mentaliti pakcik jauh lebih merosot, tidak sehaluan dengan wawasan 2020.

Maaf, jangan cepat melenting. Izinkan saya menjelaskan hajat saya. Sebenarnya aku bukan suka-suka nak apdet belog, mengadap laptop. Tapi aku khuatir mende ini jika dibiarkan akan terus menjadi darah daging masyarakat kita. Dan pada akhirnya bukan darah, tetapi BARAH!

Cuba tanya diri korang, sejauh mana pentingnya Islam pada diri kita. Cukup, pikirlah yang tu dulu. Aku lihat zaman sekarang trend mak bapak bila tengok result anak dorang, mula gelabah cari pondok/madrasah untuk dorang belajar kat sana. bila ditanya kenapa, mereka menjawab hanya tempat itu yang sanggup mengambil pelajar yg berkeputusan 'tak berapa cemerlang' nih.

Tapi bila anak dorang dapat result supa-dupa gempak, sibuk cari borang segala jenis bagai sekolah elit, yang korang labelkan sebagai sekolah terbaik. Berhempas pulas untuk melayakkan anak diorang supaya dapat belajar di 'taman ilmu impian' yang mereka dambakan. Tak cukup dengan borang, di cari kabel Yb-Yb yang berpengaruh, hajatnya satu, anak aku dapat belajar disekolah yang elit.

wow! hebat pemikiran pakcik-makcik sume. Jika yang tak bape nak menjadi, pass kat pondok. Jika yang menjadi, pass kat sekolah yang gile elit.

Cukuplah~ ape jenis penyakit akal yang datang aku pun tak tahu.

Cuba pakcik tengok, celik mate luas-luas, kasi otak yang sempit akal uh jadi seluas mata memandang! Zaman sekarang pendakwah dan ustaz-ustaz diperlekehkan oleh orang ramai. Orang cakap,

-"Eleh, ustaz pondok apa tahu. Cakap english un trabur."

-"Eh budak pondok nih. Lambat tangkap betul lah. Cakap banyak kali baru nak paham!"

-"Euuww, ko kawen ngan budak pondok? ape barang. paling2 tidak bisnes man!"

Dah cukup, kalau aku nak tulis sume jenis contoh, sampai malam tahun baru un tak habis.

Nak tanye, apa punca mende bleh berlaku? sebab apa? sebab..

sebab keBIOLan masyarakat kita!

Kenapa tidak yang cerdik pandai di hantar kemadrasah untuk belajar ilmu dan menjadi ustaz, menjadi pendakwah?

Mari berfikir,
-Orang Kristian semakin hari semakin berjaya memurtadkan orang islam. korang tahu kenapa?

-Orang Kristian ada banyak kaedah untuk memurtadkan orang islam. korang tahu kenapa?

-Orang Budha sanjung tinggi para sami mereka. korang tahu kenapa?

Sebab mereka meletakkan agama pada tahap yang paling utama.

Bila anak dorang dapat cemerlang, dorang anta anak dorang pergi gereja. Supaya bila anak dorang besar nanti dapat jadi paderi. Biar anak dorang gunekan kepandaian dorang untuk agama.

Masyarakat kita?

Yang pandai berlumba-lumba, bahkan kalo boleh merangkak mereka sanggup merangkak, nak daftar anak masuk sekolah berprestasi tinggi. (Walaupon bukan semua ibu bapa begitu, tetapi peratusannya tinggi.)

Yang kurang pandai kat madrasah. Tu pon jenuh cari sekolah yang sanggup terima anak mereka. Jika semua tak terima, madrasah tempat dia. (Walaupon bukan semua ibu bapa begitu, tetapi peratusannya tinggi.)

Eh ape sewel otak masyarakat kita? Nampak sangat agama adalah pilihan yang terakhir. Oo mai gout! Kalau macam ni gaye korang buat pilihan, tak mustahil pekara yang sama akan berlaku pula pada masa akan datang.

-Orang islam berjaya dimurtadkan

-Para pendakwah dan ustaz, ustazah terus-terusan diperlekahkan.

dan, paling aku khuatir, ISLAM terus di-pilihanterakhir-kan.

makcik-pakcik, tak salah keputusan yang pakcik buat. Cuma ketidakwarasan mentaliti pakcik yang saya pertikaikan. Meletakkan agama pada yang terakhir. Itu saja.

Aku akui, ade sekolah elit yang meletakkan nilai-nilai islam pada kehidupan harian mereka. Syabas aku ucapkan.

Akhir sekali, tolong ubah, kalo boleh panjang-panjangkan hal ini. Jika kawan korang ade yang berpikiran begini, sila silalah ketukkan kepala mereka. Agar penyakit akal dan mentaliti ini teros hilang dari otak mereka.

Sekali lagi aku nak cakap, entry ni tujuan untuk bukak minda masyarakat yang meletakkan agama pada pilihan  terakhir.

The last one, doakan aku sihat sepenuhnya. Peratus kesihatan kaki pada hari ini alhamdulillah 70%.

Aku harap korang terima pandangan aku. Andai aku silap perbetulkan, jangan men rembat cakap lepas mulut. Itu cara paling aku tak suka.

Islam pada masa hadapan terletak pada bahu anak-anak kita sekarang. Dan anak-anak adalah tanggungjawab pakcik makcik semua.

Assalamualaikum.

_______
*aku tulis ni sebab ak cukup terkesan dengan ulama melayu pertama yang menjadi tenaga pengajar di Universiti Oxford, Dr Muhammad Afifi Al-akiti, seorang bekas pelajar pondok. Idea ini juga tercetus bila aku mendengar perbualan kawan-kawan bapak aku tentang perihal anak-anak mereka.


Kaedah talaqqi adalah kaedah yang digunakan oleh ulama silam, dan kaedah tu paling berkualiti.

2 comments:

  1. terbaek..(^_^) .... mampu membuka mata masyarakat kini yang cerdik pandai tp kurang membuat pilihan yang bijak.... hahaha...

    ReplyDelete
  2. Membuka minda !! ^______________________^

    ReplyDelete