Monday, 12 December 2011

baek la sangat

dua orang sahabat karib berbual di kedai mamak berhampiran dengan umah dorang. masing-masing bertanyakan khabar kerana sudah lama sudah tidak bersua muka.

sepet : weyh, cun tak awek aku?

sepat : mane?

si sepet mengeluarkan sekeping gambar.

sepat : ni ke? free hair??

sepet : ye la. yang ni. cun tak? kalo ko cakap tak xun aku cabai mulut ko.

sepat : emm. cun la jugak dari lembu yang atok aku bela.

sepet : mulut ko memang nak kene cabai la. cakap elok siket. awek aku nih.

si sepet  mencebik. tak tahan dengan kata-kata sahabat karibnya.

sepat : betol ape aku cakap. cun siket dari lembu atok aku. ko tengok kaler rambut dye, samekan ngan kaler  bulu lembu atuk aku. nak kaler rambut konon. bajet hot la tu.

sepet : ko jangan pandang dye sebelah mate la pat. walaupon dye freehair, kaler rambut, tapi dye baik ko tau tak..

sepat : ak tak pandang dye sebelah mate la. aku pendang dye dengan spec aku ni hah. ape bukti ko kate dye baek?

sepet : ko tau tak si awek aku nih semayang tak tinggal weyh. sumpah~

sepat : nampak benor tipunya. tak kan lah time dye datang bulan pon solat gak.

sepet : sengal la. awek ko pon tak solat kalu datang bulan. sengek~

sepat : haha. pedan muke ko. so, ape bukti ko cakap yang awek ko nih baek?

sepet : macam yang aku kate tadi la. solat dye tak penah tinggal kot. solehah nyer awek aku. wink wink wink...

sepet membayangkan wajah buah hati kesayangannya. mukenya bercahaya. matanya berkaca. membayangkan kebahagiaan yang bakal mereka tempuh. oh sugguh indah hidup ini jika disamping yang tersayang.

sepat : owh. solehah la sangat awek ko uh. ko tak penah tanye kenape dye tak penah tggal solat?

sepet : ape punye bodoh ko nih pat. kan solat uh wajib. ade ke patot tanye soklan cam budak skolah xabis jer.. bebal~

sepat ; amboi pet, bebal ko bagi kat aku? emm.. baek la sangat awek ko uh. solat leh pulak cakap wajib buat. yang tutup aurat uh tak wajib? bongok~

sepet : erk? tapi dye cakap dye belom sedia agi nak pakai tudung.

sepat : owh. cam tu lak? kalo kat akhirat nati ALLAH nak masuk kan dye lam neraka, ko surh la dye cakap cam nih. " sori la ALLAH, saye belom sedia agi nak masuk neraka."

sepet : erk? tapi dye da cakap kat aku yang mungkin pada umur 30-an dye nak bertudung la.

sepat : haha. tak payah uji akal memang bebal awek ko. skang dye umo bape?

sepet : 23. knape?

sepat : ag tujuh taon la dye nak freehair cam uh? ko cakap kat dye, kenape mesti tunggu 30-an baru nak pakai tudung? tak leh ke kalo pakai sekarang?

merah padam muke sepet. tak tahan lagi dengan cemuhan si sepat.

sepet : lah, sukati dye la nak pakai bile pon.

sepat : memang la. tapi dye yakin ke dye bleh idop sampai umo 30. ntah-ntah lebih awal dari uh.

sepet : ko cakap elok siket. aku sayang dye weyh.

sepat : da kalo sayang nasihat la elok-elok. nak cantik bukan begini caranya. islam tak melarang nak cantik. tapi jangan sampai melanggar syariat ALLAH. peribahasa cakap rambut uh mahkota wanita. tapi biarlah mahkota  itu hanya untuk suami tercinta. bukan untuk si pakwe yang buta. aku doakan korang berbahagia sampai la at depan tok kadi. dan ketika inilah peribahasa itu baru boleh digunakan. mahkota permaisuri khas untuk rajanya.

sepet : ye, betol ape yang ko cakap. mahkota permaisuri untuk rajanya. bukan untuk dipertontonkan. sekarang jugak aku nak pegi beli tudung untuk dye!!

sepat : sekarang kepale ko~ air nih sape yang nak bayar?

sepet : wekk.=P sape yang lambat dye la yang kene bayor.

belom sempat sepat bangun. sepet suda memecut dengan motosikalnya. sepat tersenyum. kadang-kadang hidayah ALLAH itu berbagai cara.

*** *** ***



notakakikilala~
*entry spontan. kalo xbesh mnx mahap lah datuk nenek~

Tuesday, 6 December 2011

sudah tersungkur baru akur

"cilake punya orang." cemuh ajib penuh emosi. kelihatan mukanya merah menyala. tidak tertahan lagi marah didadanya.

"weyh, aku tao la ko tengah panas. ilek r beb." ajiz cuba mententeramkan ajib. dye tahu, manusia mane yang tak marah bila keretanya dicuri. tapi, apakan daya. sume telah berakhir. nasi telah manjadi bubur.

"ko cakap senang ajiz. bukan kete ko yang kene curi. kete aku." ajib mencebikkan mulut. tak puas hati dengan sikap ajiz yang cuba menenangkan dia. "nanti la ko manusia jahanam. kalo aku dapat ko, aku kerat 4 badan ko."

ajiz yang mendengar cemuhan rakannya itu hanya mampu tersenyum.

"weyh jib, sini jap ko." ajiz memanggil kawannya. ajiz dan ajib berkawan rapat sejak di universiti lagi. dorang boleh diaangap seperti aur dengan tebing. kemana sahaja mereka pergi mesti berdua.

"kenapa ko nak kerat manusia uh? xkesian ke kat dye?" ajiz bertanya.

"kesian kepala ko!! wat pe aku nak kesiankan dye. memang patut dye kena kerat. pangai cam babun. xder keje laen ke nak buad hah?" ajib menjawab dengan penuh emosi.

"ajib, ko ingat x 5 tahun yang lalu kite bergaduh pasal ape. ko sanggup putus sahabat dengan aku pasal mende nih." ajiz cuba merungkai kisah lame. dengan senyuman dia melirik wajah ajib.

*** *** ***

(5 tahun yang lalu..)

"aku xstuju dengan hukum hudud. tak kan pasal mencuri pon nak potong tangan. tak ke zalim namenye uh." ajib hempaskan surat khabar di tangannya.

"ajib, cakap leklok cket bleh tak? ni hukum ALLAH. sape kau nak pertikaikan hukum Yang Maha Bijaksana?" ajiz merenung dalam ke mata sahabatnya. mengapa begitu cetek pemikirannya? getus hati ajiz sedih.

dia tahu, mungkin pemahaman ajib kurang dalam hal-hal agama. ini mungkin salah satu sebab mengapa ajib memilih sains politik sebagai bidangnya di unversiti. ajiz hanya mampu berdoa agar ALLAH membukakan hati ajib.

"kenapa kau cakap begitu?" ajiz cuba meminta sebuah penjelasan setelah masing-masing diam dengan khayalan sendiri.

"penjelasan ape lagi? da cukup jelas aku cakap macam uh. cuba ko pikir, kalo lah tangan dipotong, ape yang ko bleh buat? nak makan pon susah la." ajib menjawab berbaur emosi. ah, ajib memang begini. getus hati ajiz.

"memang la. tapi ini hukum tuhan. ko xboleh nak pertikaikan. ape ke? mengape? tu sume keje tuhan la." ajiz membalas dengan lembut.

"ko tak kesian ke tengok orang yang kene potong tangan uh? xkesian?" tanya ajib berasak-asak.

"besar sangat simpati ko kat pencuri uh."

"memang simpati yang patot diberikan kepada mereka. bukan hukuman." tegas ajib. "sepatutnya kita kena bagi dorang kerja. bantu dorang cari rezki yang halal. bukan hukuman yang boleh menjejaskan hidop dia." sambung ajib tanpa melihat ke muka ajiz. 

"ko telah tolak hukum ALLAH sahabat." teguran itu lembut kedengaran di telinga ajib.

"tuhan bagi kita akal suruh befikir macammane nak buat hukum yang munasabah. hukum ALLAH patot diubah mengikut kesesuaian masa dan peredaran zaman." 

"aku nak cakap kat ko bahawa kita ni hanya hamba. analoginya begini. logikkah kita membuat undang-undang untuk majikan yang Maha Bijaksana sedangkan kita nih hanya orang pekerja bodoh? patotkah hukum majikan diubah? diamana perginya kuasa majikan uh? bukankah ALLAH itu Maha Berkuasa?" sedikit tinggi suara ajiz.

"da la. penat la aku cakap ngan ko. cube ko bayangkan kalu ko yang kene potong tangan. mampu lagi ke ko nak teruskan hidup?" ajib sudah naik muak dengan sikap ajiz.

"aku sanggup jika itu menyampaikan aku kepada redha ALLAH." jawab ajiz tenang.

"golongan agama memang begini. da la~ tido ah.." ajib da mula berang.

"ko jangan lupa. ko, aku mahupun sume atas dunia nih mulia kerana islam. jangan nak salahkan benda yang betol jika yang ko pikul uh benda yang salah. kebenaran memang pahit, walaupon ia disusun dengan ayat yang indah." ajiz melangkah pergi. dia yakin suatu hari nanti kebenaran itu muncul jua.

*** *** ***

"kau da berubah sekarang." ujar ajiz tiba-tiba.

"ape yang berubah?" ajib tertanya-tanya.

"kau telah menerima hudud." suara ajiz sedikit sinis. "ko tak simpati ke kat pencuri kereta ko uh?"

"bukan tak simpati, tapi..." ayat ajib tergantung disitu. tidak mampu untuk diteruskan.

"tapi terasa dizalimi? dikhianati? terasa sakit bukan?" ajiz cuba meraih emosi ajib.

"hudud bukanlah sampai kerat empat. itu pun hanya apabila dilakukan siasatan yang teliti. hudud bukan untuk menyiksa apatah lagi menzalimi masyarakat. tetapi sebagai didikan kepada orang laen bahawa perbuatan ini adalah haram dan secara tidak langsung mengundang ketakutan untuk melakukan perkara tersebut. sistematik kan hukum ALLAH?" sebuah pertanyaan dengan nada sinis.

"kalo ko dapat pencuri uh, ko xnak bagi kerja ke kat dye? bantu la dye mencari rezki yang halal." sambung ajiz. memulangkan paku keras kepada ajib.

"da kalo pangai babun, bagi la keje pape pon babun la jugak." ajib menjawab perlahan. merah padam mukanya.

"jangan apabila hak ALLAH dicabar kita diam. tetapi jika hak kita dicabar kita marah. jangan apabila perkara ini belaku kepada kita baru kita sibuk menjilat kembali ludah kita. jangan akur selepas tersungkur. hanya sesalan yang menyusul." ajiz berjalan meninggalkan ajib. alhamdulillah doanya dimakbulkan.



syariah law is beautiful and fair









entry panjang: aku kopi peyh je la heh. xder modal..

sebuah pesanan bermula.. tutt~ (tetibe jer.. haha..)

ayah ; along, tahniah sebab along dah lulus temuduga. now, welkem to da club. selamat menjadi seorang jurutera.

along ; okey ayah. tengs ya !! (buad muke bangge)

ayah ; sebagai seorang ayah, ade sedikit sebanyak pesanan ayah untuk along. alah base la. nak basuh cket sebelom masuk keje. em, along ingat tak kisah pasal ikhlas?

along ; kisah mane ni ayah?

ayah ; okey, mungkin along lupe kot. base lah. bapak borek, anak rintik. da kalo ayah pon pelupa, mesti anak pon terikut skali. ye dak? haha.

along ; =.="

ayah ; okey, ayah da nampak along wt muke muak. ayah tak suke, tak suke. ceni, kisah ni diriwayatkan oleh Imam Ghazali dalam kitab Ihya' 'Ulumuddin. ingat?

along ; em. xbpe nak ingat la. ce cite. cam best jer nih.

ayah ; ceni, kisah dia stat bile ad sorang lelaki soleh tau yang kat hujung kampung dia ada sebatang pokok yang bapak besar jadi sembahan penduduk kampung dia. hah, ayat ayah cam keling kan? xpa xpa, ayah susun leklok jap aek. oke, pada zaman dahulu, ada seorang lelaki yang soleh dan kuat beribadat kepada ALLAH tahu yang kat kampung dia uh ada sebatang pkok yang menjadi sembahan orang kampung. pahtu laki ni pon dengan semangat amek kapak untuk pegi tebang pokok uh.

along ; besar ke kapak dye ayah?

ayah ; besar la kot. mne la ayah tau. sambung balik cite tadi. dalam perjalanan uh, sekoq setan ni pon menyamar jadi sorang lelaki. setan uh menghalang lelaki uh dari menebang pokok uh. oleh kerana setan uh tahan dye, maka lelaki uh pon gaduh la ngan setan uh. round fes dorang gaduh si lelaki soleh uh menang. pahtu si setan uh ajak fight ag sekali. kalah jugak. tak puas ati ag si setan uh. dye pon ajak fight sekali ag. kalah jugak.

along ; alahai.. persetan tol setan uh. pah2 ayah cane?

ayah ; pahtu lelaki soleh uh pon meneruskan perjalanan untuk menebang pokok besar uh. tapi kali ni si setan uh tukar strategi. dye berjanji kat lelaki soleh uh untuk bagi satu dinar emas agar lelaki uh tidak menebang pokok uh. dipendekkan cerita si lelaki uh termakan hasutan si setan uh dan balik la beliau dengan tidak menebang poko tersebut.

along ; uit, ayah tertinggal 'k' la kat ejaan pokok kat atas uh. haa~ kantoi xpndai mengeja. kih kih kih..

ayah ; adohai~ mulut along tak der brek eh? laju jer cakap ayah xpandai mengeja. ikot perangai mak kamu la nih. huh. nah, ayah betol kan. pokok. tak cukup agi? ayah bold kan pulak. POKOK. hah, tengok sampai lebam !

along ; amboih ayah. kalu perangai buruk ja cakap ikot perangai mak. bapak borek, anak rintik la ayah~

ayah ; =.="... da da, sambung balik cite tadi. pada keesokan hari, bila bangun ja dari tidoq si lelaki soleh uh pun tengok bawah bantal. perghh~ memang ade la weyh sekeping dinar emas. memang tak percaya. terbaek ah. amat la suka hati si lelaki uh. tak sabar rase hati si lelaki uh untuk menunggu hari-hari yang mendatang. eceyh, ayat novel. pahtu pada hari kedua uh, lelaki soleh uh bagun ja tidoq terus angkat bantal. pergh~ ade jugak. si setan uh memang telah menunaikan janji dia. bagus la setan nih.

along ; tak yah duk puji sangat la ayah oi~ da kalu namenye setan, setan la jugak.

ayah ; betol kata along. da kalu namenye setan, setan la jugak. pada hari ketiga uh si setan tak letak dinar bawah bantal. bila jer lelaki uh angkat bantal, kosong. tak der pape pon. apabila bila dia sedar bahawa dia ditipu, dia bergegas amek kapak uh dan terus menuju kearah pokok besar uh. niatnya hanya satu. TEBANG !!

along ; pergh~ semangat uh.

ayah ; dalam perjalanan, si setan uh menyamar jadi lelaki yang same sebelom nih. dia cuba menghalang lelaki uh. berlaku lah pergelutan antara lelaki soleh dengan setan uh. namun pada kali nih lelaki soleh uh kalah. round 2 stat, kalah gak. ceh, xleh jadi nih. lelaki soleh uh nak lawan lagi, tapi tetap kalah. oleh kerana terkejut dengan realiti itu, lelaki soleh uh bertanye kat setan. ape yang telah berlaku? kenapa dia kalah sedangkan sebelom nih dia boleh mengalahkan setan uh dengan mudah. along tau ape jawapan setan uh?

along ; xtao. ape ayah?

ayah ; jawapan dye senang jer. " engaku kalah kerana kali ini niatmu bukan lagi kerana mencegah kemungkaran dan kerana ALLAH, tetapi kerana dinar emas". lelaki itu mengaku bahwa dia menjadi lemah kerana niatnya sudah tak ikhlas.

along ; owh, ape ketan ngan situasi saye sekarang nih?

ayah ; kaitan nya ialah buad la kerja ngan ikhlas.

along ; tpi ayah 2 cerita lame. dah xder da setan menyamar jadi manusia. dah xrelevan dah cite nih.

ayah ; sape cakap xrelevan? masih ada ag setan cam uh. tapi bukan setan yang berupa manusia, tapi manusia berupa setan. konsep kerja dorang cukup mudah. "hadiah bukan rasuah".

*** *** ***

lihat, apekah perkaitan pesanan tentang ikhlas dari sang ayah kepada anaknya yang bakal menjadi jurutera? 

satu analogi yang mudah, seorang jurutera diamanahkan untuk memeriksa dan membuat laporan pasal sebuah projek mega untuk sebuah syarikat. pada hari pertama pemeriksaan, jurucakap syarikat tersebut telah memberi sepucuk surat sebagai 'hadiah' dari pihak syarikatnya. didalam sampul tersebut terdapat wang yang mampu membutakan mata hati yang telah rabun. alasan mereka senang, bukankah juga nabi pernah menerima hadiah dari seseorang?

syaitan memang kreatif, macam-macam tipu dayanya kepada manusia. bagi sesetengah pihak, mereka tidak menggunakan istilah rasuah, tetapi menggunakan kerjasama. orang sudah tidak menganggapnya buruk. malah untuk melancarkan urusan.

berbalik kepada analogi tadi, mereka memberi sedikit, tapi mengambil banyak. nanti dia akan tipu ukuran pembinaan, kadar bahan mentah, upah pekerja dan macam-macam lagi. jika orang yang diamanahkan pon dah masuk jerat, senang la mereka nak buat hal. I bekap U, U bekap I. itulah maksud kerjasama yang dikatakan.

jadi, tidak peliklah jika zaman sekarang ada yang buat stadium tapi runtuh. buat lebuhraya tapi retak. buat bangunan tapi tak kukuh. semuanya bermula dari satu asas yang susah dicari. IKHLAS.

*** *** ***

ayah ; nak dengar cite ag tak? juga pasal ikhlas.

along ; em.. bleh gak uh.

ayah ; cite berlaku ni pada nabi ALLAH Nuh A.S. pada hakikatnya nabi Nuh adalah seorang jurutera. hal ini dibuktikan dengan adanya bahtera yang telah dibuat oleh beliau. 

along ; ape kaitan bahtera Nuh dengan ikhlas?

ayah ; ceni, ingat tak nabi Nuh ialah salah seorang daripada nabi ulul-'azmi. telah beratus-ratus tahun beliau berdakwah. tapi hanya ciput jer dari kaum beliau yang beriman dengan apa yang dibawa oleh beliau. segala dugaan telah dia lalui. penghinaan, cacian, maki hamun. semua sudah dirasa. malah diaanggap gila kerana membuat bahtera dia atas gunung yang jauh dari pantai dan sungai. bahteranya pernah dikotori najis-najis kaumnya. betol tak apa yang ayah cakap nih?

along ; betol, tapi along masih tak jumpa ape perkaitan bahtera Nuh dengan keikhlasan.

ayah ; (senyum) okey, bila saja ALLAH menyuruh Nabi Nuh membuat bahtera, beliau dengan bergegas membuat bahtera. denga rasa ikhlas dia membina sebuah bahtera diatas bukit. dia tahu bahwa dia hanya hamba dan ALLAH itu adalah Maha Mengetahui. hingga sekarang bahtera itu masih elok. kamu pernah dengar dindingnya retak? atapnya bocor? zaman sekarang laen. stadium tak sampai 2 tahun, dah runtuh.

along ; owh. baru along paham. (muka da berseri-seri)

ayah ; ayah saja mengingatkan. ikhlas lah dalam bekerja. teladanilah Nabi Nuh. bukan sahaja ada kepakaran, tetapi juga kejujuran. dialah jurutera yang sejati. tidak makan pujukan mahupun ejekan manusia. cuba along bayangkan macammana Nabi Nuh menghadapi ejekan kaumnya.

(masing-masing terdiam.)

ayah ; manusia sekarang laen long. mereka hanya tahu, tapi tidak sedar.

along ; O.o??. maksud ayah?

ayah ; mereka tahu rasuah itu haram, tapi mereka tidak sedar bahawa benda yang mereka buat uh balasannya neraka. na'uzubillah..

along ; erk?? owhh~ 


notakaki:
-diubah suai dari buku BEDUK DIKETUK, pahrol mohd juoi, april 2011, telaga biru sdn. bhd. (betoi x ak wt reference? ikot A.P.A system x?? haha..)
--entry terpanjang setakat ini.


'ketukan yang membawa kesakitan'
sape kene ketuk, dia la yang rasa sakit
sape mkan cili, dia la rase pedasnye








Friday, 2 December 2011

lelaki ini...

ada sebuah kesah..

lelaki ini belum pernah merasakan kasih sayang seorang ayah. ayahnya yang tecinta meniggal dunia ketika dia masih lagi dalam kandungan. namun ia tidak sedikit pun menjadi batu penghalang untuk menjadi seorang ayah yang teguh dalam kasih terhadap anaknya.

lelaki ini ditinggalkan ibunya ketika masih kecil. belum puas meneguk kasih ibunya. namun itu tetap takdir. siapakah yang mampu menahan taqdir ini??

lelaki ini menggigil ketakutan apabila didatangi oleh malaikat. lalu diminta untuk diselimutkan oleh isteri tercinta.

lelaki ini pernah dikatakan gila apabila mengatakan bahawa ALLAH itu Tuhan Sekelian Alam. pernah juga dilontar dengan batu hingga patah giginya ketika dalam medan perang.

lelaki ini rela meninggalkan kampung halamannya demi mencipta sebuah tamadun yang beriman kepada ALLAH. juga menjadi seorang pemimpin sebuah negara yang berbilang bangsa. namun kita tidak pernah mencontohi politik beliau.

lelaki ini gigih menyebarkan kebenaran. mengatakan bahawa tiada yang  berhak disembah melainkan ALLAH.

lelaki ini seorang yang buta huruf dan dan tidak pandai menulis. namun apabila berbicara kata-katanya disinari dengan nur ilmu dari ALLAH.

lelaki ini pernah bertahajjud sehingga bengkak kakinya. walaupun dia tahu bahawa dirinya sudah menjadi ahli syurga.

lelaki ini diejek dan dihina ketika dia mengatakan dia diisrak dan dimikrajkan oleh ALLAH dalam satu malam. semua manusia menidakkannya. namun kata-katanya dibenarkan oleh sahabat karibnya.

lelaki ini tidak meniggalkan harta dan kemewahan kepada ummatnya. namun hanya ilmu yang dapat diwariskan.

lelaki ini tidak pernah berputus asa dalam menyampaikan dakwahnya. dia yakin bahawa Tuhan bersamanya.

lelaki ini sangat lembut bicaranya sehinggakan cahaya hidayah itu mengalir melalui kata-katanya.

lelaki ini mengerang kesakitan ketika ajal menjemput. namun ia masih lagi mengingati ummatnya.

lelaki ini amat menyayangi ummatnya sehinggakan ia meminta agar segala azab sakitnya sakaratul maut ummatnya ditimpakan keatasnya.

lelaki ini, ketika malaikat maut datang menjemput untuk kembali kepada kekasihnya, dia bertanya tentang hak ummatnya.

lelaki ini adalah seorang pejuang agama. seorang Mu`allim yang terulung. seorang Muaddib yang unggul.


*****


semestinya kalian tahu siapakah lelaki ini kan? lihatlah betapa kasihnya dia kepada kita. namun sekadar manakah balasan kasih yang telah diberikan? 

bagaimanakah kita menghayati perjuangan dan pengorbanan Rasulullah kepada kita? ingatlah, tanpa kesabaran dan pengorbanan yang dicurahkan, kita tidak mampu menikmati islam pada hari ini.

sebelum TIDO muhasabahlah seketika.


"bukanlah dari kalanganku bagi sesiapa yang tidak mengamalkan sunnahku" 
-mafhum hadith


Allahummasolli`ala sayyidina Muhammad..


Muhammad S.A.W dihati kami


"lelaki ini yang selalu mencintaimu, selalu... tanpa ragu."




notakaki:
*renung dan hayati cinta Rasullah kepada kita.
**aisha, nah entry yang lu nak. tengok tido uh.. wa da bold. kire ade ketan gak la ek.. hehe.. =p
***jayakan kempen cintakan Rasulullah!!