Thursday 14 February 2013

ini hati punye cerita maa!!

tweeett tweeet (bunyi nset lah konon)

"beb, asal hah lelaki pelik ngat bile tengok ustazah2 cam kitorang pake tudung bawal.. padahal kitorang ttup aurat gak. xde la kitorang free hair!! kang ade jugak kitorang gangnam style nati kang.."

keesokan harinya masuk lak satu mesej...

(twweeeeeeettt tweett)

"salam, hina sangat ke kalo pompuan pake tudung bawal yang kecik uh?? mesti ke labuh baru nampak baek? cane kalo pakai tudung labuh tapi ikhtilat tak jage.. maen bercampor jer ngan lelaki. bagi saya hati paling penting~"


______________________________________________

aku rase pelik. kenape pada minggu nih tudung bawal dijadikan isu. sehangat isu kalimah ALLAH dalam arena politik. dan isu Shila Amzah lari dari umah dalam industri hiburan.. seperti isu Nazmi Faiz dan pelbagai isu2 lain.
*xpayah nk tulis semua uh luqman oii~. nak tunjuk up-to-date lah konon.. HAKPUIH!

oke, aku cuba me-respon mesej tersebut. dan itu tak bermakna aku paling layak untuk memberi respon. aku harap korang amik kesa ape yang aku cakap. dan plis jangan terasa ati dengan ape yang aku cakap. mungkin ade pedasnya dan ade manisnya. so sediakanlah air untuk meredakan rasa pedas dan jarum insuline  untuk dicucuk pada diri korang bagi mengurangkan rasa manis pada kencing korang.. erk.. kencing manis la maksod aku.. haha...

. . . . . . . .

sebelum aku pot pet lebih panjang, aku bersyukur korang diberi hidayah oleh ALLAH untuk bertudung dari tak bertudung. dan mungkin korang perlu lebih masa untuk menyempurnakan diri. In syaa ALLAH~

sebenarnya, aku tak kesa enti-orang nak pakai tudung jenis ape sekalipon. bawal ke, jaws ke, ikan bilis un aku xkesa. tapi yang perlu korang tahu ialah SAIZ tudung. jika korang pakai tudung bawal tapi besar dan menutup bahagian dada, ia tak jadi pelik. tapi kalo enti-orang pakai tudung labuh tapi saiz dye ntok budak kecik, tetap juga dianggap pelik. walaupon name dye tudung labuh. kan?

tapi ape guna labuh kalo tudung jarang?? macam bleh telus pandang. silap2 ade orang cakap, "weyh, rambut ko kat bahu jer??" pah uh mula enti-orang ase nak marah kan?? "huish ko neh tak jage pandangan!!"
*cane nak jage kalo da ko pegi tayang terang2 punye. da orang bagi, takkan xtengok!!

ade orang cakap:

"aku tengok dak2 kos laen pakai tudung kecik oke jer. dak Medic oke jer, dak Law, dak TeSL.. xde un orang pandang serong.. tension!!"
*izinkan aku untuk mengambil korang (dak2 kos laen) sbagai contoh... tapi hakikatnya lebih ramai dak kos korang pakai tudung labuh dari dak2 ustaZZASS!! -.-'

erk~ asal enti-orang xsamekan teros ngan orang gila yang tak pakai tudung uh?? pon orang tak pandang pelik kan??

ceni beb, perkara sebenar yang kite perlu tahu ialah SIAPA DIRI KITE SEBENAR?? sedar diri, ko adelah muslimah yang akan ALLAH bagi syurga. apatah seorang ustazah guru agama islam. kemon lah!

penah dengar x ayat ceni..

"xpadan ngan hapal Quran, pangai macam sakai jer.."
*aku penah kene~ T.T

atau ayat yang ceni...

"hey!! ko uh cikgu TeSL, xkan xreti speaking kot!!" atau, "mak datok, cekgu Math un xreti nak darab bahagi??"

jadi, ape orang akan kate kalo guru agama islam pakai tudung kecik?? (termasok semua jenis tudung)
mungkin lebih hebad dari uh kan??

ade juga orang cakap:

"perlu ke labuh untuk nampak baik. don't judge the buku by pembalutnya oke!!"

erk~ sebelom ak pegi lebih jauh nun disana. cuba bace-hadam ayat nih dulu. check it out...


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(al-ahzab : 59)


jelas ayat tadi?? menutup aurat bukan sekadar menutup. tetapi menutup dan melabuh.. nun jelas diatas ayat sana.

ade pulak yang cakap ceni:


"kalao saya pakai tudung kecik tak bermakna saya jahat. mereka nun diluar sana ramai je yang pakai tudung lebuh tapi hati mereka rosak. mereka suka mengumpat. mereka suka menghina. jadi saya selesa dengan cara saya sekarang. biar tudung kecik tapi hati baek."

emm~ aku rase la kan ayat diatas same ngan ayat orang2 yang tak mao bertudung. penah dengar ayat ceni??

"biarpun aku tak bertudung, tapi aku baek. solat aku jaga. puasa aku tak tinggal. plus ngan senin khamis ag. luaran xpenting. yang penting hati.."

nampak persamaan ayat uh? just tukar "tak bertudung" ngan "tudung labuh".. yang laen same jer..
*ayat nih da lapok!! sekian~

aku teringat kate2 ostad ak..

"jika bahasa mencerminkan bangsa, maka akhlak luaran mencerminkan hati dalaman."

mula2 aku un xleh trima ape yang dia cakap uh. tapi bile aku pikir2 balik, ade betul gak. pernah korang dengar hadis nabi tentang hati. jika rosak hati maka rosaklah seluruh tubuh. jika baek hati maka baeklah seluruh amal perbuatannya.

jadi, manakan mungkin hati yang baek tapi luarannya kurang baek. kalo hati baik mesti luaran baek. kalo hati kurang baek mesti luaran kurang baek.

so, adakah nabi tersilap cakap atau kita yang tersilap? bukankah setiap yang nabi kate merupakan wahyu ALLAH. dan nabi tidak pernah sekali-kali bercakap bohong !
(ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD)

jadi kalo kita kate hati yang penting, luaran xpenting.. maknanye ade masalah pade hati kita.

oleh itu, berubah lah walaupon payah.. cuba sedikit demi sedikit. lebih baek telan yang pahit demi kebaikan dari telan yang manis tapi membawa keburukan. sedikit dengan ikhlas menghilangkan kepahitan yang maha menggunung. tapi yakinlah yang pahit itu akan menjadi manis kerana ALLAH tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. lebih2 lagi jika ingin berubah. 

aku harap enti-orang bleh terima ape yang aku cakap. usaha, doa dan berserah milik aku. tapi hidayah tetap milik ALLAH. semoga DIA membuka ruang dan memberi rezki kekuatan untuk berubah. 

"Tuhan kami, tunjukkanlah kebaikan kepada kami dan berikanlah rezki kekuatan kepada kami untuk melakukannya, dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan dan rezkikanlah kekuatan kepada kami untuk menjauhinya.. Amiin~"

*sebenarnya entry nih bukan saja pasal tudung labuh, tetapi sume benda pasal tudung. dari segi saiz, sifatnya tebal atau nipis dan pelbagai aspek agi. indahnya jika berfesyen patuh syariat. buatlah sesuatu dari hati. dan aku mohon maaf dari hati yang serba kekurangan jika korang kurang selesa dengan ape yang aku cakap.

bertudung dengan sempurna milik semua, bukan hanya milik ustazah sahaja. milik semua yang bergelar muslimah. dan untuk bakal bidadari syurga :)

hanya satu sebab aku menegur, kerana masih ade yang sayang. dan tegurlah aku jika aku silap. sangat dialu-alukan~

 assalamu'alaikum!!



nota kaki
*maaflah lame xapdet, bakat menulis un semakin berkurang.
**untuk pengetahuan yang lebih, sila klik sinisini dan sini.. selamat membaca!!
***enti-orang uh ialah enti=awak dalam bahase arab (khas untuk pompuan sahaje).. saje nk praktik bahase arab =)

3 comments:

  1. terbaek...!!! (Y)... andai teguran yang membuatkan seseorang itu terasa adalah teguran yang berhikmah... (sye x ckap.. org laen ckap..)^_^ .. ehm.. pape pon... entry yang terbaik..

    ReplyDelete
  2. penulisan yg baik!! teruskan yer luqman~~~~ rajin tgn ko menaip pjg2~~

    ReplyDelete
  3. i dah lama berangan nk buat blog~~ tp i xd idea ~~~~ huuuaaaaa. i adalah org yg sama dgn anonymus di atas ~~~ zaki som

    ReplyDelete