Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.
(surah Az-zumar : 53,54)
assalamu'alaikum.
Allahumma solli 'ala Muhammad.
segala puji dan puja hanya milik ALLAH, selawat dan salam keatas junjungan yang sangat dicintai, Muhammad S.A.W dan juga kepada sahabat dan ahli keluarganya. dan salam kesejahteraan kepada orang-orang soleh dan para pejuang yang cintakan syahid.
merenung kalam cintaNya diatas, aku tersentak dari mimpi duniawi. indah bermaksiat kepadaNya umpama menelan racun. manisnya dirasa tetapi kesannya sangat pedih. meninggalkan seribu duka bukan pada diri, tapi jua pada hati.
tafakkur kian rancak, menerobos segala hijab yang menghalang. cuba insafi diri sahabat. kini baru aku tahu kenapa semua ini berlaku. ilmu yang ada hanya singgah, tidak bertambah malah tidak mengubah. tidak mengubah diri mereka bahkan aku sendiri yang rebah. rebah dalam dunia yang malap, bahkan gelap! ya, aku kian tersesat~
ayuh teman kembali pada Tuhan. aku mencari berkat diatas apa yang aku dapat. semoga ia kekal sehingga tibanya ajal. biarlah sedikit, tetapi hidup tidak terhimpit. biar banyak, tetapi tidak tamak.
kalam cintaNya berbisik:
kalam cintaNya berbisik:
"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun."(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
(surah Nuh:10-13)
walau banyak yang aku lakukan, tapi tidak berjaya. sedih dan pedih bercantum padu. ku rasakan sesak dada. badan merana hati terseksa.
dan aku tahu apakah puncanya. seruan itu harus ku sahut. taubat itu masih terbuka. rahmat kasih-sayangnya masih menunggu untuk menyapa. menyapa diri yang telah alpa. alpa dari tuhan yang Maha Mencipta. seruan itu kian kedengaran.harus ku sahut! tetapi bila? bukan esok malah lusa. tapi saat ini juga.
dan sekarang aku yakin! taubat itu ubat. ubat kepada orang yang tersesat. dari jalan tuhan yang Maha Hebat.
astaghfirullah~
"Tuhanku, dosa ku menggunung tinggi, tapi rahmatMu melangit luas. Tuhan, selangkah ku rapat padaMu, seribu langkah Kau rapat padaku. Wahai Tuhan, aku berjalan mendekatiMu, Engkau berlari mendapatkan aku. ALLAH, ini tanganku dan ini airmataku. ku angkat memohon hanya padaMu. menangis kerana takutkanMu. wahai Tuhan yang Maha Pengampun, aku pohon redhaMu dan engkau menghadiahkan syurga itu untuk aku. jadikan aku dari golongan hamba-hambaMu yang berpegang teguh dengan agamaMu."
AMIN~"
notakaki:
- agak tertusuk bila terbaca ayat al-quran diatas -_-!
- indahnya bila ade B.I.G (berkat ilmu guru)
Allah... jadikanlh kami hamba2 yang sentiasa memohon taubat dan menyucikan diri dari dosa2...
ReplyDelete