Friday 10 June 2011

malu itu perisai

assalamualaikum. Allahumma solli 'ala sayidina Muhammad, wa 'ala aalihi wasohbihi ajma'in. selamat maenyambut hari jumaat kepada sume readers. dan selamat bermalam jumaat kepada yang dah kawen. haha =p. dan selamat hari lahir kepada sume insan yang menyambut hari lahir pada hari ini, esok, lusa, dan hari-hari yang berikutnya. semoga ALLAH merahmati kalian. dengan nama ALLAH yang Maha Besar, aku memulakan entri ini.

saya tertarik dengan satu hadis nabi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah s.a.w, "iman itu ada 70 bahagian. yang paling tinggi ialah La Ilaaha Illallah dan yang paliing bawah adalah membuang duri dari jalan. dan malu itu adalah sebahagian daripada Iman." (hadis riyawat Bukhari)

jadi, disini nabi telah memberikan peringatan yang cukup jelas. bahkan tepat, telus, jujur dan terbaek!! mengapa?? kerana malu itu adalah perisai yang mampu melindungi maruah insan dari tercalar. fitrah insan, dilahirkan bersama perasaan malu. jadi mengapa perlu 'membunuh' malu sedangkan ia adalah satu aset yang menyelamatkan kita bukan sahaja di dunia bahkan akhirat yang kekal abadi.

sabda Rasulullah s.a.w, "malu dan iman adalah berpasangan. bila salah satunya hilang, maka yang lain juga turut hilang." jadi, kesimpulan yang cukup mudah ialah, malu itu selari dengan iman. jika begitulah malunya, maka demikianlah imannya. oke, sekarang cuba kite fikir sejenak, mengapa masih berlakunya pelbagai masalah sosial dalam dunia sekarang sedangkan banyak ceramah-ceramah diadakan? mengapa masih banyak kes pembuangan bayi walaopon sudah banyak rancangan-rancangan berbentuk kerohanian disiarkan di kaca tv? jawapannya mudah. kerana mereka masih lemah iman!!

sekarang, bagaimana cara untuk mendapatkan rasa keimanan yang jitu. juga jawapannya mudah. mantapkanlah rasa malumu!! malu dan iman boleh diibaratkan seperti roh dan jasad. masakan mampu bergerak jasad tersebut jika tiada roh didalamnya. begitulah juga dengan iman. bagaimana ingin mendapatkan iman yang kental jika malu itu hanya setebal kulit bawang??

malu ini terbahagi kepada dua. malu kepada manusia dan malu kepada ALLAH. ramai yang bertanya, perlukah malu kepada ALLAH? dengan mudah, mengapa tidak sayang!! bahkan malu kepada ALLAH adalah lebih baek daripada dunia dan seisinya. lupakah kita bahawa ALLAH telah mengangkat darjat kite dari setitis air mani yang hina kepada sebuah tittle yang hanya diberikan kepada manusia, iaitu 'sebaik-baik kejadian'. tetapi dalam keadaan sedar kite melakukan maksiat kepada ALLAH. tidak malukah kite?? jadi dengan sifat malu ini kita mampu menghindarkan diri dari melakukan perkara-perkara yang keji. lihat betapa pentingnya malu itu.

sedarlah bahawa ALLAH tidak buta, tuli, dan sesungguhnya ALLAH suci daripada sebarang kecacatan. oleh itu, jika kalian yakin dengan pekara ini, maka perasaan malu kepada ALLAH akan segera harum dan mekar di hati kalian. dan berbahagialah sekiranya perasaan ini berputik dan mewangi di dada kalian.

menjadi sunnatullah, setiap insan dijadikan bersama dengan sebuah maruah. jika rosak maruah ini, maka rosaklah insan ini. jika terjaga maruah ini, maka hebatlah insan ini. ingatlah, maruah ini perlu dijaga oleh sebuah perisai. dan ketahuilah bahawa perisai itu adalah MALU.

oke, sekian. assalamualaikum.



"jika dunia ini diakhir kemusnahannya, maka cukuplah malu sebagai penghalang daripada api neraka."




seorang pemalu.. hikhikhik..


p/s:
*adanya ini kerana ini

2 comments: