Sunday 29 May 2011

tentang jodoh

assalamualaikum dan selamat pagi. sari berita utama. seorang pemuda mereng yang berada di jerteh, terengganu sudah mula bangun untuk menaip entri baru. beliau dipercayai sudah membunuh tragis hampir sepuluh orang nyamuk yang lalu lalang didalam bilik beliau. menurut seorang saksi, lelaki itu cuba untuk menyekeh dahi nyamuk-nyamuk sekelian. tetapi terlebih sehingga menyederakan tulang-tulang halkum. namun bagaimanapun, pihak polis berjaya menenangkan beliau selepas diberikan suntikan jarum menjahit saiz 14. lelaki tersebut dibawa ke balai untuk disoal siasat. sekian~
 
oke, habis untuk berita pagi. hari ini bersama saya Dr. Luqman Rahim Al-khumaasiy untuk mengupas satu tajuk yang cukup femes di kalangan remaja. mungkin ada di kalangan pendengar sekalian yang belum tahu ape tajuk itu. jadi, tajuk yang akan saye kupas pada hari ni ialah.. MILIK SIAPAKAH GADIS INI? (bajet bebebor mamat nih.. haha)


oke, skang aku da xmo bajet2. aku nak siyes. aku nk tnye korang. khususnye kaum adam. Apakah ciri-ciri bini idaman korang? oke, ag skali. APEKAH CIRI-CIRI BINI IDAMAN KORANG? da nmpak?? kalo xnmpak boleh cabut mate ph2 tohok kelaut. haha. jadi, mesti macam-macam jawapan yang korang letak. cantik, baek, lemah lembut, ayu, sejuk mate memandang dan ape segala bagai lagi la jawapan korang. tapi, jawapan yang mesti ade ialah baek, solehah, beriman, bertakwa, sabar, kuat ibadah, taat akan suami dan sebagainya. cubela korang tanye sesape pon. mesti salah satu dari skema jawapan yang atas uh ade dalam jawapan dorang. tak kire la mude ke tua, kecik ke besar, hatta yang abang-abang gengster pon menginginkan isteri yang solehah. jadi, timbul persoalan disini, mampukah kalian-kalian semua mendapatkan isteri-isteri yang solehah?? disini ade tipsnya.

sebelom mendapat yang solehah, seseorang itu mesti menjadi yang soleh. begitu juga dengan yang lain. sebelom mendapat isteri yang baek, korang juga( khusus kaum adam) harus menjadi seorang lelaki yang baek. satu formula yang mudah bukan? soleh=solehah. begitulah juga dengan sebaliknya. ini bukan satu formula yang tak berasas oke. ini telah termaktub indah didalam al-quran. ALLAH telah berfirman yang bermaksud:

"wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita yang keji, dan wanita yang baek adalah untuk lelaki yang baek dan lelaki yang baek adalah untuk wanita yang baek...."-Surah An-nur, ayat (26)

jadi, untuk mendapatkan yang terbaek, kite mesti jadi yang terbaek. mungkin melalui jodoh ALLAH ingin membuka pintu hidayah buat kalian. bukankah ALLAH yang berhak memberikan hidayah kepada sesiapa pon yang dikehendakinya? jadi, jika cahaya hidayah sudah mula menyinar, maka sambutlah ia dengan hati yang terbuka. ini menunjukkan ALLAH masih sayangkan kita. *senyum*

oleh itu, berubah la dari sekarang untuk mendapatkan isteri yang solehah. ingat, semuanya bermula dari kita. jika kite soleh, maka kite akan mendapat isteri yang solehah. jika kita mendapat isteri yang solehah, maka insya-ALLAH kita akan mendapat anak yang soleh. tak gitu?? kemana tumpahnya kuah kalau tak ke pinggang sendiri?

selain itu, berdoalah kepada ALLAH agar jodoh kalian bersama dengan mereka yang rapat denganNya. semoga cinta kalian mekar dan harum sehingga melewati pintu syurga firdausi. sekian~


*ayat cedok di sini


*doa untuk dekatkan jodoh yang tak dekat




notakakitangantubuhbadan;
*sakit tekak sebab batuk kuat sangat.
*demam sebab pegi kg bahagia mandi air bukit yang sangat sejuk.

3 comments: