alhamdulillah, ALLAH da beri kekuatan untuk aku bangkit dan kuiat untuk menaip entry baru.
dan hai followers yang selalu saport aku dan sentiasa tertunggu-tunggu aku punyer tulisan *ade kerr?* masuk bulan hari nih dah 10 bulan aku tak hapdet blogg.
tak ape lah. bukan aku tak sudi nak apdet. tapi kekangan kerja yang sangat ketat.
sekarang alhamdulillah aku semakin sehat dan baby dalam perut pun semakin hari semakin besar *bila la aku nak kurus ni -.-'* walaupun dalam kesibukan dunia student yang kadangkala menghimpit dan menyesakkan dada aku, tapi alhamdulillah makan tetap aku utamakan walaupun kadang-kadang tengah malam. heee
kadang-kadang orang mungkin kata aku sombong sebab tak selalu text dan lepak macam dulu. so please geng, aku tak sombong tapi aku tercungap-cungap mengejar jadual yang sentiasa penuh.
dan....
yeya kali pertama aku pergi ke sekolah sebagai guru dan mengajar subjek major aku. alhamdulillah perasaan agak eksaited. dan terlebih eksaited kot. dan minggu depan adalah minggu last di SK Dengkil. sayang sebenarnya aku nak tinggal SK Dengkil. kat sana aku rasa macam ada satu semangat untuk terus berdiri dalam dunia pendidikan.
banyak menda aku belajar bila aku berpraktikum nih. kawalan disiplin dalam kelas sangat penting. bila aku tengok muka suci budak-budak nih, terus terbayang masa aku sekolah rendah dulu. sememeh kot. haha
dunia pendidikan sekarang tak sama dengan dunia pendidikan dulu. tekanan kerja guru sama saja dengan tekanan kerja profesion lain. mungkin lebih. percayalah.
kini didepan aku adalah hutan belantara yang harus aku pelopori. untuk aku jadikan si kayu jati itu sebagai perabut, si mengkuang itu sebagai tikar. sang singa bukan sahaja gagah malah ada berguna untuk negara. sang serigala yang lincah berkata-kata.
di belantara ini juga ada serangga yang mengganggu, ada duri yang bisa merobek kulit kaki ku. biar darah yang mengalir ini adalah satu bayaran pengorbanan untuk anak didik terchinta.
disini,
aku disini,
digaris permulaan,
sebuah perjuangan.
"Aku Mua'allim, belantara dihadapan ini akan aku ubah menjadi sebuah kota. padanya ada segala. agar mengalir terus pahala, selagi mana ia diguna, walau aku sudah tiada"
bagunlah sebagai seorang muallim :') |
MasyaAllah.. Terbaek ah entry... Terus zuqq nak ngajar naik 100%.. Hehe.. Semoga trus qawiey n thabit dalam pjalanan menjadi muallim, murobbi, muaddib, mudarris, ......
ReplyDelete