Friday, 30 March 2012

colek VS lopak tikey

assalamualaikum. aku ada disini hanya untuk melengkapi kekurangan dirimu. begitu juga dirimu kan?


*** *** ***

weyh kao~ ape kabar? da lame rasenya aku tak menaip belog. mungkin sebab jadual KKP yang sangat padat dan mendesak aku untuk melupakan cik belog nih. (oh belog~plis jangan majok nah..) tapi, dengan sifat kesetiaan yang ada pada aku, mana mungkin aku mendustai ketulusan hati cik belog. kan kan kan???

*aku da abis pendahuluan, isi teros~

dalam entry kali nih aku nk huraikan tentang tajuk yang kat atas uh. tajuknya bunyi ceni, colek VS lopak tikey. (weyh ap uh?) nme sebenar beliau ialah rojak buah VS lompat tikam. ade setengah qaul kata tikam lidah. nah kau. cam belajar feqah lak kan mean qaul-qaul nih.. keh keh keh..

seterusnya, ape yang aku nak kaitkan dengan dua mendalah ni? xde ketan kan? nak kate aku kene wat kkp pasal mende nih memang tak la kan. ape ko ingat ade madah memasak lak ke kat ipg nih? oh pelis~ aku takut ramai lak yang cirit makan menda yang aku masak nati. ahaks~

*entry aku belom abes ag ea..

korang tengok LT (sebut lompat tikam), ade macam2 kaler kan? merah ade, putih ade. tak dilupakan warne ijo. kaler itam pon nak tumpang sekaki. tapi jika salah satu dari warna nih xde, secara otomatik nafsu nak makan jadi kurang. dan mungkin agak pelik kalo warna2 tadi ditukar kepada warna laen.

begitu jugak dengan colek @ rojak buah. semua buah-buahan digaul sebati dengan perisa. ade rase manis, masam, pahit, tasteless dan sebagainya. tapi bila dicampur dengan buah-buahan laen, mendalah uh menjadi lebih superb. dan asenya kurang enak bila salah satu dari buah-buahan asasnya xde.

*dan...

aku nak kias kan kat sini, persahabatan kite macam mendalah ni. aku ade untuk melengkapi korang. dan semestinya hadirnya korang untuk melengkapi aku. manusia tidak pernah sempurna kerana sifat kesempurnaan itu hanya milik ALLAH secara mutlak. 

lihatlah pada kueh LT uh, jika aku sang pulut, maka aku akan kekal menjadi pulut hingga ke akhir hayat. akan tetapi jika aku bersama kalian, aku akan menjadi lompat tikam dan harganya juga meingkat. faham maksud aku kan?

konsepnya same dengan rojak buah. kita berasal dari pokok yang berbeza, warna yang berlainan. dan semestinya juga rasa yang berlawanan. tetapi kita dapat disatukan dalam satu pinggan dan menjadi kegilaan ramai orang awam. hebat kan kita? 

ada kamu untuk melengkapi aku. =)



colek buoh @ rojak buah


tengok uh, ade kaler merah. ijau pon ade. bukan ke uh kaler2 epal? HAHA.
(lompat tikam @ tikam lidah)



ok bai~

Monday, 5 March 2012

maka aku lah pasir itu..

assalamualaikum..

selama aku berkenalan dengan kalian..
tipu jika aku cakap yang aku nih xpenah wat korang sakit ati. bohong kalo aku cakap korang sume suke dengan perangai aku. kelentong jika aku cakap korang bangga ada sahabat macam aku. kan?

*** *** ***

kucing : aku da fedap ngan ko. menyampah gila. puih~
ayam : maaf kan aku. aku tak sengaja. pliss~
kucing : maaf maaf maaf. tu la keje ko dari aku kenal dulu sampai sekarang. buat keje tak penah betol. dah la. malas aku nak layan ko. lembap cam makan semut ja. B@#%H!
ayam : (menitis airmata..)

*** *** ***

kawan...
jika sahabat mu salah, tegurlah dya dengan baek. bukan begitu caranya. dye juga punya perasaan. sama seperti kamu. 

kawan...
seorang sahabat bukanlah sesempurna manusia. kerana manusia yang sempurna hanya MUHAMMAD s.a.w.

kawan...
sekali air mata sahabat mu jatuh kerana perbuatan mu, sejuta kejujuran belum pasti dapat menggantikannya. kerana airmata adalah dari hati. jika ia mengalir, maka hatinya sedang terluka.

kawan...
jika engkau mahukan sahabat yang sempurna, maka janganlah engkau hidup didunia ini. kerana sahabat yang sempurna tidak lagi ada di zaman ini.

kawan..
aku tahu aku bukan seorang ilmuan untuk berdamping denganmu. aku juga bukan seorang hartawan untuk aku seiringan dengamu. tetapi aku hanya seorang sahabat yang setia disisi temannya di kala susah dan senang. salah kah perbuatan aku ini?

kawan...
jika engkau merak yang punyai mahkota, maka aku hanya gagak yang punyai bulu yang hitam. tetapi ingat sahabat, merak mana yang mampu terbang? kerana itu tuhan ciptakan aku untuk kamu.

kawan...
jika kau matahari pada waktu siangnya, maka aku tidak mampu bersinar pada malam hari, kerana aku adalah bulan. katakan padaku bulan manakah menyinar tanpa cahaya dari sang matahari? kerana itu DIA ciptakan engkau untuk aku.

kawan... 
terima lah aku seadanya. jika itu salahku, maka anggaplah itu kekuranganku. maafkan jika aku bukan terbaik untuk engkau.

kawan...
akhir sekali, jika engkau sebuah berlian, maka aku rela menjadi pasir hanya untuk menyempurnakan perbandingan antara berlian dan pasir. tentunya berlian lebih berharga.

aku sedar dan aku tahu. MAKA AKU LAH PASIR ITU.






friendship isn't how you forget, but how you forgive
not how you listen, but how you understand
not how you see, but how you feel
not how you let go, but how you hold on !




khas untuk kamu yang terluka kerna diriku. airmata mu tangisan diriku. usapilah airmatamu..



Saturday, 3 March 2012

ini bukan balasan, tetapi rencah dalam persahabatan

assalamualaikum.. biarkan gambar ini berbicara..



berdiri bersama ketika senang sama ertinya duduk bersama ketika susah



"Ya ALLAH, Tuhan yang menciptakan hati-hati ini. Pemilik tubuh kerdil ini. di tanganMu terlatak nyawa nyawa kami. teguh kan tali ini ya ALLAH. agar ia tidak gentar dan goncang dengan kehadiran cubaanMu. Ya ALLAH, tuhan yang terletak kepadaNya segala kekuatan. campakkan secebis kekuatan untuk kami. agar kami tidak meminta pertolongan selain dariMu. agar kami yakin bahawa persahabatan keranaMu adalah ukhuwah yang sebenar."


اللهم صلي علي سيدنا محمد وعلي اله وصحبه وسلم


اللهم آمين..



notakaki
- maafkan aku, aku bukan terbaik untuk korang. (cubalah untuk senyum walaopun ia susah!)
-sumber gambar, 1hari 1foto. Laily Hassan~