Saturday, 18 June 2011

babak pertama: # semangat yang hilang

assalamualaikum. alhamdulillah. selawat dan salam keatas Nabi Muhammad s.a.w dan juga para sahabatnya yang diredhai, serta para pengamal sunnahnya. alhamdulillah sekali lagi gua mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada ALLAH kerana walaupon semangat ini sudah hilang, namun dia masih lagi meniupkan roh islam dan iman didalam diri ini. adakah gua masih lagi tidak mahu bersyukur? oke, intro yang agak tunggang langgang...

jadi, hari yang dahulunya ditunggu-tunggu sudah hampir menjelma. jika dulu gua rase cam semangat nak mampos jer menuggu hari tersebut. tapi kini da hilang bagai harimau disampuk buaya. (ade ketan x ni??) jika dulu gua rase cam tak sabar je nak duk diamdiamdimejaph2blajaph2kalomengantokguatido tapi skang kesabaran gua teruji bila semangat gua yang taff(lah sangat) seperti body gua ni hilang. hadoi. T.T

dalam hati gua memang nak pegi tapi da kalo name anak bongsu a.k.a anakummiyangcomel+kiut+hensem+terunameletop memang tak leyh tahan la kan. korang cube bayangkan, jika dulu gua hanya perlu bangun pada pukul 6.30 pagi ntok solat subuh. kini kene bangun tepat pada waktu azan subuh berkumandang. pergh! dalam sekelip mate je suasana berubah korang tau x? nak pulak bangun pagi-pagi kene mandi sebab nak masuk kelas pukul 7.45 pagi. lagi haru gua rase der. tapi kalo gua duk kat umah, jangan harap pukul 8.00 pagi, pukul 10.00 belom tentu nampak lobang idung gua nih. haha. bukan tu je der. bangun pulak cyap dengan makanan skali atas meja. bes x? bes kan.. tapi kat sane sendiri bikin maa. kalo sendiri bikin gua xberkira la sangat sebab gua memang terer bab masak memasak. tapi tang yang gua xleh blah kene bayar der. ape tak nampak?? gua boldkan. BAYAR. tang ni yang gua naek minyak nih.

korang pikir ek. cane gua nak kumpul duit nak pinang anak dara orang kalo hari-hari spuloh hinggit gua belanjakan. hadoi. jawabnya umo 41 la gua kawen. huhu.

oke, gua blah lu. gua nak cari balik semangat gua. sekian dan maseh bace entri yang xder motif nih. peace yawy!!



kembali pada ALLAH adalah sebaik-baik tempat kembali




nota(bulu)kaki:

# tajuk entri uh korang bleh pcaye.. tang post uh biarkan. itu hanya merapu aku semata-mata.. haha. =p
# memang gua tengah hilang semangat. sape yang nak bagi kata-kata semangat bleh klik sini untuk ambek no phone gua. (maseh sebab bagi sokongan kepada gua..)
# baru gua ingat, gua da lme x murajaah. mungkin 3 hari koyt. Astaghfirullah.. patot la xder semangat pon. huh.
# oke, yang post uh bleh tinggal. amek motif kt gmbar uh ek. walao ape pon yang terjadi, kite masih ade ALLAH. so, jangan bersedih sesungguhnya ALLAH bersama kite..*senyum*
# link kat atas uh tipu semata-mata.. sape yang tertipu sori ek.. kehkehkeh.. =p 

Wednesday, 15 June 2011

ini pon rojak la jugakkan??

woot2~~

assalamualaikum dan selamat pagi bagi negara mexico. selamat petang bagi egypt dan selamat malam bagi bumi mesia. haha. alhamdulillah, masih hidop dengan sihat. tapi kadang-kadang datang lak batuk yang tak dijemput. biarlah, mungkin itu kifarah dosa.

oke, dalam entri nih aku nak cite pasal perasaan aku skang. perasaan aku skang mungkin sedih+gembira+kecewa+bebal+bongok+sengal+gedik dan sebagainya. tengok, banyak kan mende-mende yang tergaul sebati uh. haha. macam rojak la. tu la pasal aku letak tajuk entri camtu. jadi nampak tak ketan antara tajuk ngan post uh. nampak kan?? iye, mamang aku cerdik pon.. V_V (bajet ade orang puji.. haha..)

nak dijadikan kesah, ade sorang kawan aku nih mintak tolong aku temankan dye pegi KB ntok beli barang. dye sebenarnya budak maktab aku. tapi dye tolak tawaran untok ke maktab sebab dye dapat Universiti Malaya kat nilam puri. so, aku yang dilahirkan dengan rase baek budi bahasa pon merelakan la teman dye. dye yang berasal dari P.pinang  sangatlah sehat berbicara. dengan loghat yang sampai skang aku tak paham-paham. yang tak bleh blah skali dye cakap aku lampi. huh. ni ag satu perkataan loghat yang aku tak paham. mende LAMPI uh woi.!! ko jawab skang. noks..

seterusnya, aku nak ucap maseh sebab bagi singgit. huh. memang kedekut habis ko. laen kali ko lak yang belanja aku. tapi ari ni bia la. nak raikan ko yang baru kat negeri aku. laen kali aku lak nak menggedik ngan ko suruh ko belanje aku. tapi, sume nyer ok la. enjoy habis. walaupon kat ending uh aku berdebar sebab ko xmsok kampus ag walaopon ari dah malam. haha.

oke, bersempena dengan tajuk enti uh rojak, aku nak merojakkan lagi entri aku nih. fisrt skali aku mintak maaf ngan sume readers aku. sori bebanyak ek. aku takot nanti ade yang terasa ati ngan aku. xbesh gak aku blaja nanti kan. pahtu sume kawan2 dari darjah 1 sampei la darjah 6. then terputus jap. pahtu sambung balik taon nih. seribu kali sori. harap sori ini dilevered kepada sume kawan-kawan aku ek..

then untok sume kengkawan, xkire la senior ke junior MTAQ, mintak maaf dari hujung bulu ketiak hingga la ke hujung bulu kaki. jangan amek hati sangat dengan perangai bebal aku uh. oke, sedih lak aku rase. sekian ntok kali nih. aku rase entri aku kali nih memang betol-betol rojak lah. haha..

oke, sekian dan babai...



burung yang KESEPIAN JIWA.. haha


untuk rojak yang lebih PERGHH.. layan mende nih skali..


 


 *maaf, penulisan ak hari nih agak keling.. mungkin sebab aku letih +ngantok+lenguh kaki+lenguh tangan+ kramp kaki dan berikutnya.. huh.. masih lagi rojak~~

*selamat menjawab final exam ntok abang kemba aku yang duk mesir uh.. aku da tak boleh g msir dah. ko je yang dapat bang. tapi ko balik nanti beli la batu-batu permata yang cun untok aku ek. aku nak wt cincin la. ph2, rajin2 la jenguk aku kat bangi nih.. haha..

Friday, 10 June 2011

malu itu perisai

assalamualaikum. Allahumma solli 'ala sayidina Muhammad, wa 'ala aalihi wasohbihi ajma'in. selamat maenyambut hari jumaat kepada sume readers. dan selamat bermalam jumaat kepada yang dah kawen. haha =p. dan selamat hari lahir kepada sume insan yang menyambut hari lahir pada hari ini, esok, lusa, dan hari-hari yang berikutnya. semoga ALLAH merahmati kalian. dengan nama ALLAH yang Maha Besar, aku memulakan entri ini.

saya tertarik dengan satu hadis nabi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah s.a.w, "iman itu ada 70 bahagian. yang paling tinggi ialah La Ilaaha Illallah dan yang paliing bawah adalah membuang duri dari jalan. dan malu itu adalah sebahagian daripada Iman." (hadis riyawat Bukhari)

jadi, disini nabi telah memberikan peringatan yang cukup jelas. bahkan tepat, telus, jujur dan terbaek!! mengapa?? kerana malu itu adalah perisai yang mampu melindungi maruah insan dari tercalar. fitrah insan, dilahirkan bersama perasaan malu. jadi mengapa perlu 'membunuh' malu sedangkan ia adalah satu aset yang menyelamatkan kita bukan sahaja di dunia bahkan akhirat yang kekal abadi.

sabda Rasulullah s.a.w, "malu dan iman adalah berpasangan. bila salah satunya hilang, maka yang lain juga turut hilang." jadi, kesimpulan yang cukup mudah ialah, malu itu selari dengan iman. jika begitulah malunya, maka demikianlah imannya. oke, sekarang cuba kite fikir sejenak, mengapa masih berlakunya pelbagai masalah sosial dalam dunia sekarang sedangkan banyak ceramah-ceramah diadakan? mengapa masih banyak kes pembuangan bayi walaopon sudah banyak rancangan-rancangan berbentuk kerohanian disiarkan di kaca tv? jawapannya mudah. kerana mereka masih lemah iman!!

sekarang, bagaimana cara untuk mendapatkan rasa keimanan yang jitu. juga jawapannya mudah. mantapkanlah rasa malumu!! malu dan iman boleh diibaratkan seperti roh dan jasad. masakan mampu bergerak jasad tersebut jika tiada roh didalamnya. begitulah juga dengan iman. bagaimana ingin mendapatkan iman yang kental jika malu itu hanya setebal kulit bawang??

malu ini terbahagi kepada dua. malu kepada manusia dan malu kepada ALLAH. ramai yang bertanya, perlukah malu kepada ALLAH? dengan mudah, mengapa tidak sayang!! bahkan malu kepada ALLAH adalah lebih baek daripada dunia dan seisinya. lupakah kita bahawa ALLAH telah mengangkat darjat kite dari setitis air mani yang hina kepada sebuah tittle yang hanya diberikan kepada manusia, iaitu 'sebaik-baik kejadian'. tetapi dalam keadaan sedar kite melakukan maksiat kepada ALLAH. tidak malukah kite?? jadi dengan sifat malu ini kita mampu menghindarkan diri dari melakukan perkara-perkara yang keji. lihat betapa pentingnya malu itu.

sedarlah bahawa ALLAH tidak buta, tuli, dan sesungguhnya ALLAH suci daripada sebarang kecacatan. oleh itu, jika kalian yakin dengan pekara ini, maka perasaan malu kepada ALLAH akan segera harum dan mekar di hati kalian. dan berbahagialah sekiranya perasaan ini berputik dan mewangi di dada kalian.

menjadi sunnatullah, setiap insan dijadikan bersama dengan sebuah maruah. jika rosak maruah ini, maka rosaklah insan ini. jika terjaga maruah ini, maka hebatlah insan ini. ingatlah, maruah ini perlu dijaga oleh sebuah perisai. dan ketahuilah bahawa perisai itu adalah MALU.

oke, sekian. assalamualaikum.



"jika dunia ini diakhir kemusnahannya, maka cukuplah malu sebagai penghalang daripada api neraka."




seorang pemalu.. hikhikhik..


p/s:
*adanya ini kerana ini

Thursday, 2 June 2011

medical check-up punye kisah

assalamualaikum. oke, terus ke topik ek. ceni, pagi2 lagi aku da trun dari umah untuk wt medikal cekap. dengan semangat yang terbokar-bokar(terbalik eh? haha.. biakan..)aku dan akak aku setat PAJERO PUTIH then fly ke bndar JERTEH. tapi sebelom uh aku pegi bank BSN lu untuk bukak ekaun. maklumlah pitis elaun masuk ikot bank uh, terpaksa la jugak aku beratur macam kubautengahtngguturnjamban. PFFT!! =.=' amatlah ramai orang. hatoyai, mau nye aku sekeh pale sorang2 kat c2. mengapa time aku masuk bank jer msti ramai orang. xder tempat lain ke korang nk brkumpul?? (woi qemey, ko jgan jadi bebal sangat bleh x? lol..)

then lepas uh, aku g la kat klinik untuk wt medikal cekap. abes sume klinik aku tanye tentang medikal cekap. tpi sume nye hampeh. korang bayangkan dari kul 10 sampei pkul 1 tengahhari aku masuk keluar klinik ntok tnye tentang medikal cekap. da macam orang jual ubat pon ade gamaknya. msuk ngan bagi salam, ph2 tnye kabar, sentiasa senyum walaopon akak yang kat kaunter uh dah marah2 aku. haktuih!! ape ko ingat aku hingin sangat wt medikal kt klinik kao. xkuasa ai nyah.. huh!!

oleh kerana aku frust yang maha amat sangat ketat-ketat sendat-sendat rapat-rapat, ak pon blah balik umah aku. Tido ag bes! getus ati ak. tapi encik apak lak suruh pegi wt kt klinik Rahim, depan sekolah lelaki pasir putih. aku dengan kemalasan yang meneyelubungi  hanya pakai kaen plekat then pegi setat PAJERO PUTIH. aku nekad, kali ni ak nak pegi medikal hanya pakai kaen pelekat jer sebab sangat frust.. =.='

ph2 aku slamat sampai kt klinik uh. segala urusan berjalan dengan baek. bermula dengan check darah sampei la ke pringkat x-tray. sume nye oke. tapi dalam blik x-tray akak uh tanye, knape pakai kaen plekat? aku ngan selamba jawab, "ntah, nak kasi bebas cket.." haha. xde la cm2 aku jawab. aku ckap kt ye aku baru jer slesai solat zohor. rase malas lak nk pkai seluar. akak uh pon senyum kt aku. ala2 nk mengoda g2.(sori kaq, qemey xlyan budak farmasi. haha (V_V) )

lpas uh, perot da mula bedangdut mntak diisi. aku pon masuk la KFC psir puteh jap. nak melantak segala jenis bgai yang ade kt c2. bile ak masuk jer kfc, sume orang pandang ak *pasan hnsem sekejap.. haha* tamat jer sesi amek mengamek order nih, aku pon carik tmpat untuk melantak. untuk melantak dengan sempurna da mabrur, aku memilih meja yang hujung skali. kebetulan sebelah meja aku ade tiga org remaja. dua laki-laki dan selebihnya pompuan.

tnpa mengambil jarak jauh, aku mulakan pemkanan aku dengan basmalah. tengah syok aku melantak, aku terdengar orang sebelah meja gelak2 halus. kali pertama aku biarkan jer. tpi masok kali yang ke empat, agak lantang bebunyi perkataan "pelekat" sambil ketawa girang. kebetulan aku pandang muke salah sorang mmat kt c2, dye ckap kat kwan dye ngan lantang.. "dye pakai pelekat pon pelik ke?? bukannya dye telanjang bulat.." pehh!! dengar jer ayat cm2, mau jer aku potong mamat uh wt  kecik2 ntok megi soup. bhalol!! tapi naseb baek awek kao cun. kensel nk mengamok. tpi cun dye pon cun mekap. ak rase kalu buang mekap uh, konpem cun tapak slipar jepun aku ag berbanding ngan muke dye. haha.

oke, cerita da tamat. babai..



*walaopon berkaen plekat, tapi hnsem xkuang hebatnyer kan. haha