minda terkelu. fikiran terkedu. mata kian galak memerhatikan burung yang riang terbang di udara. sekali sekala tersenyum melihat kerenah mereka. subhanallah... nyaman angin petang dihirup dengan perlahan. cukup untuk membuatkan diri ini mengagungkan tuhannya.. ALLAHUAKBAR..
dengan sedikit kudrat yang dianugerahkan, kaki ini masih lagi mampu untuk berjalan dan melihat kebesaran ALLAH. menyoroti setiap pemandangan kampung. asyik menikmati keindahan ciptaan ALLA, tiba-tiba fikiran diterjah satu soalan yang membuatkan diri ini mengucapkan ALHAMDULILLAH.
mengapakah ALLAH masih memberikan nikmat-Nya walaupon kita sentiasa berbuat maksiat kepada-Nya?? mengapa tidak ALLAH berikan azab kepada kita?? namun semua soalan itu jawapannya ialah kerana ALLAH sayangkan kita. bukankah ALLAH itu Maha Mengasihani?? SUBHANALLAH...
setiap ujian yang diberikan ALLAH itu adalah kifarah daripada dosa-dosa yang kita lakukan. mungkin jua ALLAH ingin melihat sejauh mana keikhlasan kita dan kesungguhan kita dalam beribadat kepadaNya. ALLAH tidak akan memberikan satu pon ujian yang tidak mampu untuk dilaui oleh hambanya. ALLAH mengetahui sekuat manakah kita dalam mengahadapi ujian ini. bukankah ALLAH Maha Mengetahui??
lirik lagu yang cukup mendalam dari kumpulan mestica:
"ALLAH rindu mendengarkan, rintihanmu berpanjangan, bersyukurlah dan tabahlah menghadapi.. segala ujian diberi" - rahmat ujian.
ingatlah, walaupon semua orang meminggirkan kita. menfitnah dan menzalimi kita, ALLAH tetap bersama kita. segala penyakit dan ujian yang diberikan kepada kita adalah tanda 'kasih sayang' ALLAH kepada kita.
sesungguhnya, ALLAH amat mengasihi hamba-hambanya. bersyukurlah dan tersenyumlah, KERANA MASIH ADA YANG SAYANG.
*tersenyumlah.. KErana Masih Ada Yang Sayang..
*untuk 'beliau' yang pening kepale petang xdi.. sabo ye.. mgkin itu kiafarah dosa2 kamu.. (agak gedik kan bile ak kaler BELIAU dengan kaler pink haha..)
nice entry pwer rngers..hikhik..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteahaaa , pehhh . fes tyme kaw bg cegamahh
ReplyDelete