Tuesday 21 February 2012

memang dunia tak adil

(entry ini mungkin akan mengguris hati mana-mana pihak. jutaan kemaafan dipinta sebelum aku memulakan entry ini)

assalamualaikum. selamat pagi dan selamat selamanya.

*** *** ***

lelaki : aku kalo nak pilih bini, aku tak kan pilih bini yang pakai seksi. dedah aurat ke hulur ke hilir. eee~ memang xde moral lah~

perempuan : aku kalo nak pilih suami, aku tak kan pilih yang smoke. euuw~ geli aku. dah la isap asap, bau dye uh memang xleh blah! huh~

*** *** ***

korang penah dengar perbualan-perbualan sedemikian? baik dari pihak laki atau pihak perempuan. sume nak perfect kan? tapi dunia sekarang seolah-olah telah menggelapkan sebelah pihak sedangkan sebelah pihak lagi disuluh dengan terang walaupon sudah jelas. faham maksud aku?

ceni situasi sekarang, jika korang bukak FB mesti belambak gila yang duk wat status "wanita tutup aurat lawa", "ape ke hal pompuan bukak aurat?" "malas aku wat bini pompuan bukak aurat" dan berbagai-bagai lagi status yang memang pergh mantap!

tapi korang penah tak bukak FB tengok status ceni, "orang merokok same cam isap ekzos keretapi", "lelaki merokok tak hensem", "wat pe isap rokok? nak wat kentut pon tak bole, ni kan pulak nak wat kenyang~" dan segala jenis status yang mempunyai maksud yang lebih kurang.

nah~ korang jelas maksud aku kan? sebelah pihak digelapkan dan sebelah pihak disuluh dengan jayanya? maaf, aku tahu entry ni agak ekstrem kan? tetapi sampai bila harus korang menggunakan cara nih? hanya menyuluh haram pada sebelah pihak sedangkan menggelapkan hukum haram  yang selainnya. 

maaf, aku bukan menyokong pembukaan aurat. jauh sekali menggalakkan perempuan untuk bukak aurat dengan senang lenang. hukum dah jelas, aurat wajib ditutup. 

tapi hukum merokok juga haram sahabat. sama sahaja dengan bukak aurat. haram tetap haram.

sekarang, cukup la mengamalkan haram sebelah pihak sedangkan mendiamkan haram yang selainnya. 

disini hujjah nya :

ditanyakan kepada Syeikh Muhammad Salih Al-Utsaimin, "apakah hukum merokok berikutan dalil dalam al-quran dan hadis?"
maka jawabnya : HARAM

dalilnya dalam firman ALLAH :

"dan janganlah engkau membunuh dirimu sendiri. sesungguhnya ALLAH Maha Penyayang kepada mu" 
- (An-Nisa' :29)

"dan janganlah kamu menjerumuskan diri kamu kedalam kebinasaan"
-(Al-Baqarah :195)


tidak diragukan lagi, membeli rokok adalah suatu bentuk pembaziran bahakan di'balas' dengan kemudharatan kepada diri dan orang laen. hal ini merujuk kepada dalil yang kedua. 



*** *** ***

merokok adalah haram. sape buat yang haram maka berdosa. =]


menutup aurat adalah wajib. haram meninggalkan yang wajib.
haram adalah berdosa =]

*** *** ***


buat saudara-saudara ku, 
jika awek korang tolak cinta korang sebab korang smoke, itu ADIL!!

buat saudari-saudari ku,
jika korang ditolak sebab membuka aurat, itu juga ADIL!!

tapi, selagi nyawa masih di jasad, pintu taubat masih terbuka luas. bukankah ALLAH itu Maha Pengampun?

ok bai~

*** *** ***

notakaki:
* maaf, aku bukan nak menyentuh sensetiviti (betol ke aku eja nih? hehe..) mane-mane pihak. tapi ini realiti sekarang.
** maaf kepada yang terasa. aku hanya insan yang menyampaikan buah fikiran. jika betol amik sebagai iktibar. jika salah, suka kiranya aku menerima sebuah teguran.
*** akhir sekali, maaf kepada sahabat dan sahabiah. =].. peace ea~
**** 2nd time taip entry dalam kelas. duduk tepi che mat. 






1 comment:

  1. hehehe... memang bagus untuk djadikan tajuk perbualan sekarang....insyaAllah.. hehehe.. tq atas peringatan yg membuatkan org terjge dri mmpi...

    ReplyDelete