Saturday 2 July 2011

babak ketiga ; # puteriku..

puteriku, aku tersentuh bila ramai dikalangan kalian gugur di tangan kumbang. sedarlah sayang, dirimu untuk suamimu. bukan untuk temanmu.

puteriku, aku meratap bila kalian lebih suke melempiaskan kecantikanmu. jagalah ia, kerana ia adalah mahkota buat dirimu.

puteriku, aku diruntun kesedihan bila melihat malumu semakin pudar. dari masa berganti masa. hari ke hari dan seterusnya. dimanakah ia wahai ibu kepada anak-anakku? teguhkanlah malumu..=)

puteriku, sekali lagi jiwa ku terusik bila melihat kalian lebih suka mengamalkan adat kebaratan dalam berpakaian. adakah kalian akan menjadi jumud jika berpakaian baju kurung? ketahuilah, dengan pakai baju kurung korang akan lebih manis-cun-gah-meletop-mantop-pergh... fuh~~

puteriku, jangan kau ghairah dalam mengejar nafsumu. bersederhanalah dalam berpakaian.

puteriku, aku merindui wanita seperti ummul mukminin Khadijah. rela menafqahkan harta demi perjuangan suaminya.

puteriku, aku merindui wanita seperti ummul mukminin `Aisyah. bersikap matang walaupun masih muda.

puteriku, aku masih menanti seorang wanita yang akan mewarnai dunia ini dengan cahaya kebahagian.

puteriku, aku masih sabar menunggu dunia ini dikurniakan wanita setaat Fatimah.

puteriku, dirimu adalah permata. berhati-hatilah kerana permata adalah kegilaan semua manusia.

puteriku, sedarlah KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA.. =)


woot2~~ cun macam paksdare.. V_V



random:
# 'ku' diatas tiada ketan ngan luqman rahim.
# giler minat awek pakai baju kurung. =)
# hapdet pde pkul 4.03 pagi.. *semangat..*
 # entry nih xder ketan ngan sesape oke. juz nukilan si mamat mamai..

No comments:

Post a Comment